PASSPORT:101010 The Making – part 3

Pada akhir tahun 2009, AbangAbu dan irfan khairi serta Allen duduk makan makan di Mid Valley setelah satu meeting.

Maka 101010 terpapang di satu surat khabar dengan ramai yang telah memohon untuk berkhawin pada tarikh tersebut.

Timbul pada benak fikiran abangabu untuk membuat sesuatu yang unik pada hari tersebut jugak.

AbangAbu ingin sekali nak buat sesuatu tapi pada masa tu takde idea atau tak tau nak buat apa. Jadi saya just simpan dalam fikiran dan tiba tiba saya bincangkan dengan IK ada satu idea yang nak saya buat pada 101010. Mereka juga rasa idea saya ini boleh dijalankan. tapi mungkin untuk melancarkan pada awal tahun tidak sempat kerana takde apa apa yang dilakukan.

AbangAbu secara senyap mula memulakan kerja kerja supaya idea ini akan menjadi realiti. AbangAbu mula bertemu beberapa mentor abangabu dan memberikan sedikit inti  mengenai apa yang ingin saya lakukan.

Mereka memberikan semangat serta melihat idea ini unik dan positif untuk masyarakat. Jadi Abangabu mula membuat persiapan dan satu cara tang boleh mengjadikan masyarakat melayu menjadi perkasa dalam ilmu kewangan serta biznes.

Abangabu juga tidak mahu ini satu lagi seminar, konvensyen atau workshop biasa yang tidak memberikan peluang untuk peserrta mempraktikkan.

Idea yang abangabu kemukan dalam PASSPORT 101010 bernilai lebih $100,000. Nama nama mentor yang akan abangabu temukan pada peserta sudah membuktikan pada dunia bahawa mereka berupaya dan sudah terbukti.

Ini adalah untuk memberikan semua peserta sesuatu yang unik dan dapat merasakan perubahan dalam hidup mereka. insya allah,

Bersambung esok

PASSPORT 101010: The Making – part 2

Simpan Challenge telah membantu ramai orang yang tidak mempunyai sebarang simpanan mula menyimpan. Ramai orang yang tidak tahu cara menyimpan sudah mula merasakan mudah untuk menyimpan dengan menggunakan tip tip praktikal yang paling mudah.

AbangAbu ingin memupuk sifat dan sikap suka menyimpan secara tidak memberatkan malahan amat inovatif sekali. Dengan permintaan untuk meneruskan tip tip harian abangabu semakin bertambah, AbangAbu mula mengumpulkan tip tip praktikal yang baru dan lebih simple untuk dilakukan.

Terciptalah sebuah lagi kumpulan tip tip simpanan sebanyak 60 lagi. AbangAbu amat gembira kali ini tip tip boleh didapati oleh semua orang dengan hanya mendermakan kepada tabung banjir pakistan atas inisiatif AbangAbu sendiri.

Amat tersentuh hati kerana ramai yang menderma sambil mendapatkan tip tip menyimpan. Jika anda belum mendapatkan nya anda boleh ke laman

http://www.mekanikwang.com/bijaksimpan/

Akan disambung pada esok hari insya allah , perjalanan PASSPORT: Cabaran 101010

PASSPORT:101010 The Making- Part 1

Salam cabaran buat semua yang saya kasihi.

AbangAbu telah memulakan satu inisiatif untuk masyarakat melayu kita yang AbangAbu namakan PASSPORT : Cabaran 101010.

Ramai yang ingin tahu akan lebih lanjut mengenai inisiatif ini.Akan AbangAbu terangkan segala galanya.

Bagi yang belum mengenali AbangAbu mungkin merasakan ini adalah satu lagi program kesedaran, bagi yang mengenali pula ada yang faham akan tujuan dan terus menyokong serta membantu dalam mencapai matlamat PASSPORT:Cabaran 101010 .

Ada pula memnyimpan perasaan iri hati dan tidak mempunyai niat untuk meyokong langsung walaupun sedar dan tahu akan nilai untuk masyarakat melayu Singapura.

AbangAbu akan mula menulis semua yang berlaku dari tercetusnya idea ini hingga ke hari perlaksaan inisiatif ini pada January 2011 nanti. AbangAbu perlukan sokongan padu dari semua yang mahu melihat perubahan keadaan ekonomi masyarakat melayu.

Bermula dari diri sendiri dan seterusnya keluarga yang akan menjadikan masyarakat melayu lebih perkasa dalam hal ekonomi yabg boleh membawa pelbagai kejayaan dalam segala bidang bidang lain termasuk keilmuan dan kekeluargaan.

Usaha AbangAbu untuk PASSPORT: Cabaran 101010 berniatkan untuk yang maha pencipta. Dimulakan dengan niat untuk membantu diri sendiri , keluarga serta keseluruhan masyarakat melayu singapura.

Inisiatif ini tercetus pada awal tahun lalu di Kuala lumpur ketika AbangAbu bersama sama dengan rakan karib AbangAbu , Dr Irfan Khairi.

Sedang makan makan danberbuakl mengenai satu project bersama dengan beliau AbangAbu terlihat satu tajuk 101010 yang mana ramai orang mendaftarkan untuk melangsungkan perkhawinan mereka.

Dalam Fikiran AbangAbu pula bermain satu idea untuk memulakan satu inisiatif untuk membantu masyrakat melayu. Ketika itu hingga kini Abangabu masih menjalankan program program bersama agensi pemerintah dalam membantu masyarakat melayu dalam hal hal kewangan seperti PROGRAM BIJAK BELANJA yang mendapat perhatian perdana menteri Singapura juga.

AbangAbu sedar akan kepentingan ilmu kewangan ini dalam menjadikan masyarakat yang berpendapatan rendah dalam mengharungi kehidupan seharian. AbangAbu terperanjat sekali dengan melihat akan betapa susah kehidupan harian antara saudara melayu kita. Dan masih ramai lagi memerlukan bantuan sentiasa. Puncanya juga kerana tiada ilmu kewangan serta tiada simpanan.

Setelah hampir 2 tahun membantu pihak MENDAKI dalam menyemai ilmu kewangan dan mula menampakan sedikit hasil dengan melihat ada keluarga yang sudah boleh berdikari.

Kemudian dalam masa rapat umum national Day 2009 . PM Lee telah menyarankan agar masyarakat melayu mula menyimpan dan jangan terlalu boros. Beliau telah juga mengingatkan statistik kaum melayu yang tidak ada simpanan. Ia amat merungsingkan kerana keseluruhan ekonomi singapura juga terbabit.

Disinilah terciptanya idea SIMPAN Challenge yang istimewa dalam membantu masyarakat melayu menabung. Satu kempen yang berjaya mendapat sambutan baik dari semua golongan masyarakat , dari menteri , media serta masyarakat keseluruhannya.

SIMPAN CHallenge berlangsung selama hampir 30 hari dalal membantu memberikan tip tip praktikal dalam seni menyimpan. Hasilnya telah dilihat sendiri dengan liputan meluas didalam akhbar harian melayu Berita Harian.

Amat menggembirakan diri AbangAbu adalah ucapan terima kasih yang tidak putus putus dari peserta pesrta yang menjangkau lebih 900 orang. Ini menjadikan diri AbangAbu lebih bersemangat dalam meneruskan perjuangan untuk mempertingkatkan keadaan ekonomi masyarakat melayu

Akan AbangAbu sambung the MAKING of PASSPORT: cabaran 101010 esok.

Sertai PASSPORT: Cabaran 101010 sekarang