Sebagai rasa terimakasih dan juga sebagai meneruskan perjuangan membantu masyarakat melayu berjaya dalam menangani kemelut ekonomi diri dan keluarga .AbangAbu memulakan PROJECT $$ sebagai asas SIMPAN CHALLENGE yang begitu efektif sekali. AbangAbu syorkan anda semua menyertai SIMPAN Challenge.
Satu perkara yang menjadikan pengurusan kewangan mencabar adalah bil bil bulanan. Ramai pula hanya membayar tanpa membuat meneliti apakah yang dibayar dan mengapa?
AbangAbu ingin mencabar anda semua untuk mengambil masa sejam sehari dalam meneliti semua bil bil yang anda telah bayar dan cari jalan dalam mengurangkan apa yang anda bayar.
Langkah yang harus anda lakukan
Pertama, Dapatan semua bil bil bayaran yang telah anda lakukan secara online atau ditempat bayaran. pastikan semua bil bil bayaran yang terbaru juga.
Kedua, Semak semula secara rambang dan lihat jika ada antara bayaran atau bil yang boleh dihentikan atau tidak. Seperti bulanan perkhidmatan yang tidak anda gunakan atau majalah langganan yang anda tidak baca, serta macam macam lagi.
Setelah anda lakukan proses diatas, kini mula lihat pula servis servis yang ada dalam setiap bil bil yang mungkin anda tidak perlukan lagi.Seperti mobile internet didalam phone anda yang tidak diduga di caj dalam bil AbangAbu sendiri.