Saturday Sling: Chit Chat

Salam tahun baru.Ramai yang sudah membuat persediaan untuk tahun 2010 . AbangAbu mengambil kesempatan ini untuk mendoakan agar semua pelan pelan dan azam tahun 2010 ini akan dicapai dalam tahun 2010 juga. Moga moga yang terbaik adalah menjadikan tahun 2010 ini lebih baik dari tahun 2009.

AbangAbu juga banyak pelajari akan pelbagai perkara yang telah berlaku pada diri abangabu sendiri. Banyak rintangan serta cabaran yang begitu serious juga telah dilalui . Bagaimanapun semua ini adalah sesuatu yang membuatkan diri AbangAbu lebih bersedia dan lebih berpengalaman untuk meneruskan perjuangan hidup AbangAbu.

Minggu ini AbangAbu melihat kembali apa telah dilakukan oleh abangabu.com dan nowasia.sg keseluruhannya.

Setiap Hari akan AbangAbu ceiritakan mengenai setiap produk dan program yang telah abangabu lakukan.

1) MAP untuk KAYA 2) MAP2BRICH.com 3) BIJAK BELANJA 4) MICRO BISNES 5)BUKU KOMPAS WANG

6) Dan lain lain yang dijalankan seperti SIMPAN CHALLENGE.

Hari ini bermula dengan Program MAP untuk KAYA

Program yang telah AbangAbu mulakan pada tahun 2007 telah mendapat sambutan hangat dari masyarakat setempat. Hampir 900 orang telah menyertai program MAP untuk KAYA ini.

AbangAbu memulakan program ini dengan niat untuk membantu masyarkat melayu islam lebih memahami hal hal kewangan dan yang bersangkut paut dengan kewangan. Malah apa yang menyebabkan AbangAbu betul betul ingin memulakan program ini adalah kerana takde program program yang seumpana ini ditawarkan pada masyarakat melayu,  malah yang adapun mahal mahal belaka. Jadi AbangAbu mengambil peluang untuk semua mengahdirkan diri dan menimba ilmu kewangan yang menajdi semakin penting.

Banyak laporan akhbar serta liputan dari media juga telah diberikan kepada MAP untuk KAYA ini. Program unik ini adalah satu satunya program yang complete.

Ini adalah satu satunya program yang perlu dimiliki oleh setiap individu yang berminat untuk menjadi individu yang berjaya dari segi kewangan. Samada anda ingin memulakan bisnes, melabur, memulakan perniagaan internet dan sebagainya,

Ramai yang gagal dalam apa jua yang mereka ceburi adalah kerana tidak mempunyai asas ( foundation). MAP untuk KAYA ini adalah asas sebelum memulakan apa apa sekalipun. Jadi mulakan tahun baru anda ini dengan menghadiri bengkel MAP untuk KAYA january 2010

Tahun 2010 akan menyaksikan MAP untuk KAYA terus mengekalkan niat membantu masyarakat Melayu . MAp untuk KAYA akan mula dinikmati oleh masyarakat Malaysia juga.

Pelbagai pembaharuan juga telah diberikan pada program ini supaya akan menjadi program yang paling bererti untuk seseorang individu dalam menjayakan diri mereka.

Satu almuni telah dimulakan untuk membantu semua graduan graduan yang lalu. Juga stau sistem email selama 15 minngu di perkenalkan untuk membantu mereka mencapai matlamat mereka.

Bagi anda yang telah melalui program ini boleh menghubungi abangabu@nowasia.sg untuk di mendapatkan sistem email itu.

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *