TIP HARI 1 – SIMPAN Challenge

Salam Semua,

AbangAbu pasti semua sedang begitu bersemangat dalam memulakan SIMPAN Challenge , Sebagai permulaan AbangAbu ingin kongsi TIP Hari 1 ini dengan semua orang agar mereka tahu betapa tip tip yang akan mereka dapat selama sebulan nanti adalah tip tip yang amat praktikal sekali.

Ini juga untuk membolehkan sesiapapun yang mungkin terlewat berdaftar juga dapat merasakan akan bagusnya tip tip yang mereka akan dapat,

Untuk yang ingin menyertai selepas tarikh 31August2009 , anda boleh hubungi 62200701 atau email simpan@nowasia.sg .

Inilah dia TIP hari pertama yang semua peserta akan dapat diemail mereka insya allah pada hari ini. Diantara jam 8pm to 3am . Ini adalah kerana penyertaan yang ramai memerlukan sistem untuk menghantar berperingkat peringkat.

TIP HARI #1 – $IMPAN CHALLENGE- SEDIAKAN TABUNG

oleh – AbangAbu

Tahniah kerana anda menyertai kempen SIMPAN Challenge . Kempen untuk memupuk sifat menabung dikalangan masyarakat melayu.

AbangAbu syorkan supaya seluruh keluarga bersama sama bincang dan lakukan tip tip yang diberi dalam kempen SIMPAN Challenge kerana cara ini memberikan kesan yang paling baik

Sediakan satu tabung kosong ( container kosong) Jangan beli !sebaliknya gunakan yang mungkin sudah ada didalam rumah anda.

Gambar contoh.

*Hari pertama , AbangAbu mahu anda sediakan satu tabung kosong.

*Mulai hari ini semua duit syiling yang anda bawa pulang kerumah hendaklah dimasukan kedalam tabung ini.

*Duit syiling yang anda jumpa di lantai, bilik atau dimana mana dalam kawasan rumah anda mesti dimasukkan kedalam tabung ini.

*Duit yang masuk kedalam tabung ini tidak boleh dikeluarkan untuk apa apa tujuan sekalipun sehingga diberitahu kelak.

Contoh :

“Jika anda hanya masukan $2 sehari maka itu sudah mencapai $60 dalam masa 30 hari”

PEDOMAN HIDUP

Your browser may not support display of this image.Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Ankabut ayat 17, yang bermaksud:  “Oleh itu carilah rezeki dari sisi Allah, dan sembahlah akan Dia, serta bersyukurlah kepadaNya; (ingatlah), kepada Allah jualah kamu akan dikembalikan”.

Dalam kita menabung atau berbelanja, hendaklah kita pastikan sumber kewangan kita hanya dari hasil yang diyakini bersih serta diredhai Allah s.w.t. Sumber yang halal merupakan salah satu faktor pencorak personaliti individu Muslim yang baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *