Belia Dan Bisnes : 4 perkara bantu usahawan

BELIA & BISNES

EMPAT PERKARA BANTU USAHAWAN HADAPI KEMELESETAN

Oleh
Abang Abu
APA khabar para usahawan semua? Sejak akhir-akhir ini bermacam-macam cerita yang kita dengar mengenai ekonomi dunia.

Bagaimana dengan anda? Adakah anda sentiasa mengikuti berita di akhbar dan televisyen mengenai kegawatan ekonomi?

Hari ini, AbangAbu akan bincangkan empat perkara yang perlu diberi perhatian oleh usahawan bagi mengurangkan kesukaran dalam menghadapi kegawatan ekonomi ini.

  • Pertama, AbangAbu syorkan anda mula memberi perhatian kepada pelanggan anda serta dekatkan diri anda dengan mereka. Jangan risau akan masa depan, sebaliknya mula bertanya soal kegawatan daripada pelanggan anda. Keadaan gawat ini tidak akan kekal. Dalam keadaan gawat, masih ada yang membeli produk anda. Adalah menjadi tugas seorang usahawan memberikan tumpuan kepada keperluan pelanggan.
  • Hanya pada waktu seperti ini para usahawan perlu lebih gigih dan bekerja keras. Anda juga perlu bijak menguruskan perniagaan dengan lebih efektif. Dalam keadaan ekonomi hangat, selalunya para pelanggan akan mencari anda, tetapi dalam keadaan ekonomi meleset, anda pula yang perlu mencari pelanggan serta meluangkan sedikit masa berbincang dengan mereka.

    Dalam abad ini, anda perlu menjadikan pelanggan anda sebagai rakan perniagaan anda, bukan sekadar pembeli sahaja. Dalam keadaan ekonomi meleset, hubungan antara peniaga dan pelanggan akan menentukan kejayaan sesebuah perniagaan. Pelanggan akan sentiasa menyokong anda dalam apa jua keadaan ekonomi sekiranya mereka dapat layanan yang baik daripada anda.

  • Kedua, anda harus tahu akan aliran tunai kewangan anda. Berapakah wang yang anda belanjakan dan berapakah wang yang dibawa masuk?
  • Teliti trend bajet perbelanjaan tahun lalu, mungkin ada sesuatu yang tidak penting dibelanjakan tahun ini. Ini perlu diberi perhatian, contohnya mungkin anda mempunyai perjumpaan pekerja setiap minggu di sebuah hotel mewah tetapi tahun ini adalah lebih baik jika ia diadakan di tempat yang lebih menjimatkan.

    Satu lagi perkara yang penting adalah aliran wang yang perlu masuk. Anda perlu memulakan operasi meminta pelanggan anda membayar segala yang perlu dibayar. Jangan biarkan akaun kredit ini kerana anda juga perlu bayar kepada pemborong anda misalnya. Sekiranya anda membiarkan pelanggan anda melambatkan bayaran, mungkin anda akan menghadapi masalah aliran tunai.

    Kalau dulu anda mempunyai pekerja untuk melakukan operasi memungut bayaran daripada pelanggan, di masa gawat anda sendiri perlu melakukannya.

  • Ketiga, semakin banyak anda bincang soal kegawatan mungkin akan menimbulkan perasaan serta minda yang negatif. Ini akan menyebabkan anda mengambil tindakan yang kurang kreatif.
  • Anda perlu menjaga emosi anda agar tidak meleset. Kurangkan mendengar berita yang negatif, sebaliknya tumpukan pada jualan anda.

  • Keempat, anda perlu menimba ilmu kewangan dan perniagaan. Bayangkan anda ingin mengembara ke sebuah tempat yang baru dan anda tidak faham bahasa di sana. Selain daripada persediaan mengembara, baik jika anda belajar bahasa tempat itu juga. Itu adalah yang terbaik.
  • Seperti dalam perniagaan, ramai usahawan hanya terjun botol tanpa mempelajari ilmu perniagaan.

    Perkaya diri dengan ilmu perniagaan.

    One Comment

    Leave a Reply to MIJI Cancel reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *