Belia dan bisnes BH column

Perkara Perkara yang boleh diambil ketika perniagaan lembab.

Apa khabar semua? Semoga semua usahawan sudah pun bersedia berhadapan dengan kelembapan ekonomi yang melanda seluruh dunia. Keadaan ini akan mengakibatkan para pelanggan akan mengurangkan perbelanjaan mereka dan ini akan menjadikan perniagaan lembab.

AbangAbu ingin berkongsi pendapat serta berbincang akan beberapa langkah yang boleh diambil oleh para usahawan dalam mengharungi masa sukar ini. Usahawan yang berjaya dan bijak sudah pasti akan mengambil tindakan yang boleh membantu meningkatkan perniagaan mereka. Untuk itu AbangAbu akan berkongsi sama perkara perkara yang boleh anda lakukan dalam masa perniagaan yang lembab di waktu ini.

1. Hantarkan email pada pelanggan tetap anda dengan memberikan mereka peluang untuk mengetahui promosi , serta tip tip yang berguna kepada mereka dalam mengunakan produk atau servis anda. Ini akan menjadikan pelanggan anda merasa diri mereka dihargai. Nama perniagaan anda juga akan sentiasa diingati.

2. Sediakan peraduan peraduan yang boleh disertai oleh semua dengan memberikan hadiah hadiah. Ini akan menarik bukan sahaja pelanggan tetap anda sebaliknya bakal pelanggan anda juga. Ini akan menjadikan perniagaan anda menjadi perbualan orang ramai yang akan memberikan publisiti pada perniagaan anda.

3. Menjadikan premis perniagaan anda lebih menarik dengan membersihkan atau mengubah posisi tempat berkerja misalanya. Semak semula fail fail lama , serta aturkan semula semua didalam permis perniagaan anda agar anda boleh mendapatkan sesuatu yang dicari dalam masa yang singkat.

4. Ambil kesempatan musim cuti juga perayaan dengan menghantarkan kad ucapan yang boleh disertakan dengan voucher diskaun produk atau servis anda.Anda juga boleh sertakan voucher diskaun yang boleh diberikan kepada sahabat handai serta kaum keluarga mereka.

5. Semak akaun akaun perniagaan anda, kemas kini akan segala akaun perniagaan.AbangAbu sendiri selalu tidak dapat melakukan perkara ini dimasa waktu yang sibuk dan dalam masa yang kurang sibuk ini adalah masa yang sesuai untuk anda mengemas kini segala akaun akaun perniagaan anda.

6. Ini juga masa yang paling sesuai untuk anda melihat kembali matlamat matlamat yang telah anda lakarkan sebelum ini. Anda juga boleh mengubah matlamat anda agar ia bersesuaian dengan pelan anda. Lakarkan pelan pemasaran yang baru untuk keadaan ekonomi yang lembab.

7. Kembali ke sekolah.Apa yang AbangAbu maksudkan adalah baik sekali ketika keadaan pernigaan yang lembab ini anda mengambil krusus krusus yang boleh memberikan anda ilmu ilmu yang berguna untuk perniagaan anda. Banyak sekali krusus serta seminar seminar yang bermutu dianjurkan oleh badan badan seperti Dewan Perniagaan , Spring dan sebagainya.

8. Anda juga boleh mendapatkan pemeriksaan kesihatan diri anda sendir pada masa seperti ini. Ramai usahawan yang sentiasa sibuk lupa untuk menjaga kesihatan yang boleh membahayakan diri . Ini adalah kesempatan terbaik untuk mengenali serta mengetahui keadaan keseluruhan kesihatan anda.

9. Luangkan masa dengan keluarga dan rakan rakan. Ini juga amat penting untuk usahawan agar pihak keluarga memahami akan keadaan perniagaan anda. AbangAbu sendiri  tidak dapat meluangkan masa dengan keluarga dalam masa sibuk. Ini akan mengakibatkan pihak keluarga tidak memahami keadaan anda serta perniagaan anda. Dalam masa perniagaan yang lembab adalah masa yang sesuai untuk anda meluangkan masa yang lebih bersama keluarga serta memberitahu akan keadaan perniagaan anda. Dengan memahami keadaan pernigaan anda, pihak keluarga akan memberikan sokongan terhadap anda.

10. Minda yang positif amat penting pada saat seperti ini. Baca buku buku yang boleh memberikan semangat , dengar audio audio yang boleh memberikan anda sentiasa berada dalam keadaan yang positif. Bertukar tukar pendapat dengan rakan rakan anda juga akan memberikan anda semangat untuk terus melalukan apa yang perlu dalam mengharungi kelembapan perniagaan .

AbangAbu yakin dengan melakukan perkara perkara yang dibincangkan diatas akan dapat membantu anda serta perniagaan anda untuk terus maju. AbangAbu juga amat mengalu-alu kan sebarang pertanyaan dan maklum balas dari semua pembaca. Sila email ke abangabu@nowasia.sg

2 Comments

  1. neinim kinsun

    adakah tindakan saya betul sekiranya saya berhenti kerja dan ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan?

  2. untuk ketika ini AbangAbu berpendapat sekiranya kita mempunyai tanggungan dan memerlukan duit setiap bulan maka adalah silap untuk berhenti kerja, apa yang baik adalah untuk terus berkerja dan mulakan perniagaan secara kecil kecilan dari rumah.
    Sehingga pendapat pernigaan menyamai atau melebihi gaji kita barulah kita berhenti dari berkerja.

    Sebaliknya jika anda mempunyai simpanan untuk 2 tahun perbelanjaan maka anda boleh berhenti kerja dan mulakan perniagaan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *