Belia dan Bisnes : Etika Perniagaan

SIMPAN Challenge Update and view and comments CLICK HERE

Weekly Cash Challenge(WCC) will be back again on 7th October 2009

11 Sep 2009


EKONIAGA

BELIA DAN BISNES
Etika perniagaan

Oleh
Abang Abu
SUASANA di bazar-bazar semakin meriah selepas agak sepi dalam minggu pertama.

Persiapan menyambut Syawal menjadikan ramai usahawan di bazar menjadi lebih sibuk.

Minggu lalu AbangAbu berkongsi tentang etika perniagaan yang harus dipegang kuat oleh semua usahawan agar perniagaan mereka mendapat keuntungan berpanjangan.

Dalam rencana hari ini, AbangAbu ingin menyambung beberapa lagi etika yang harus menjadi milik setiap usahawan.

Seorang usahawan mestilah berlaku adil dalam timbangan tanpa sebarang penipuan. Pengguna harus mendapat hak yang sejajar dengan harga yang mereka bayar.

3. Pembantu

Dalam menjadi usahawan berjaya anda pasti mempunyai pembantu dan pekerja. Dalam aspek ini, anda harus menjalin hubungan yang baik dengan mereka dan menjaga kebajikan mereka.

Ini akan membantu perniagaan anda dengan adanya pekerja berkomitmen tinggi dan bertanggungjawab.

Antara etika dalam hal ini ialah:

(a) Memberikan gaji yang berpatutan dengan kerja yang dilakukan.

(b) Memberikan mereka kelonggaran untuk memberi pandangan terhadap sebarang tindakan anda.

(c) Menyediakan tempat kerja yang selamat dan harmoni.

(d) Memberi peluang kepada mereka mengikuti kursus-kursus kemahiran yang boleh membantu diri mereka serta perniagaan anda.

4. Mutu

Menjaga mutu produk anda adalah etika perniagaan yang tinggi. Produk yang tidak bermutu boleh menjejas usaha membangunkan masyarakat dari sudut mental, moral, dan kesihatan.

Masalah keracunan makanan, penyakit barah dan sebagainya berpunca daripada bahan yang tidak bermutu.

Tindakan undang-undang akan diambil terhadap seseorang usahawan sekiranya ini berlaku dan akan merugikan pihak usahawan sendiri.

5. Harga

Seorang peniaga haruslah menetapkan harga yang adil dan berpatutan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan untuk pembeli.

Harga yang berlebihan akan menyebabkan golongan yang tidak berkemampuan tidak dapat memiliki barangan keperluan mereka. Ia juga akan menyebabkan inflasi.

Menaikkan harga tanpa sebab yang munasabah semata-mata mahu menambahkan keuntungan akan memberi kesan negatif terhadap jualan barangan jangka panjang.

6. Tanggungjawab agama

Keusahawanan merupakan satu ibadat dalam konteks yang luas dan usahawan akan mendapat balasan yang baik sekiranya dia mempunyai niat yang baik.

Tetapi sebagai usahawan, anda harus juga melaksanakan tanggung jawap yang lain. AbangAbu mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri AbangAbu sendiri serta semua usahawan agar jangan lupa melaksanakan tanggungjawap agama.

(a) Sembahyang: Apabila tiba waktu, tunaikan sembahyang dan cari rezeki selepas laksanakan tuntutan agama ini. Ini adalah etika seorang usahawan Muslim.

(b) Zakat perniagaan: Menjadi kewajipan seseorang usahawan agar melaksanakan zakat perniagaan. Kajian menunjukkan ramai yang mengabaikan kewajipan ini. Zakat ini merangkumi segala bentuk perniagaan dan pelaburan. Keterangan mengenai zakat perniagaan boleh didapati di laman www.muis. gov.sg dan semua masjid.

Perniagaan kecil-kecilan juga harus dikeluarkan zakat baginya. Bagi peniaga kecil, risalah cara mengira kadar zakat pernigaan kecil juga disediakan.

Mudah-mudahan semua usahawan akan dapat merasakan nikmat berzakat yang pasti akan membawa berkat ke atas diri mereka dan keluarga.

Untuk maklum balas, sila hantar e-mel kepada abangabu@nowasia.sg. Juga dapatkan petua bisnes di blog www.abangabu.com.

Sempena bulan Syawal yang akan tiba , AbangAbu ingin sekali meminta ampun maaf daripada semua pembaca ruangan Belia dan Bisnes sekiranya terdapat kesilapan daripada tulisan AbangAbu. Selamat Aidil fitri.

36 Comments

  1. biela

    solan…
    “Pasaran-pasaran bebas paling memperuntukkan barang dalam ekonomi dari segi sosial cara yang bermanfaat dan menentukan kemajuan.” Untuk takat apa adalah kenyataan ini benar? Untuk takat apa yang melakukan anda fikir ia adalah palsu ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *