Belia dan Bisnes

<!– @page { margin: 0.79in } P { margin-bottom: 0.08in } –>

Sebelum mulakan buat kajian dahulu.

AbangAbu begitu terharu dengan sambutan pembaca rencana belia dan bisness kerana begitu ramai email AbangAbu dengan tajuk rencana lalu. Lebih menggembirakan saya kerana 80% email adalah dari pihak belia yang berumur diantara 15 hingga 30 tahun.

Ini membuktikan bahawa minat untuk berniaga dikalangan anak remaja melayu amat tinggi. Antara perkara yang ingin diketahui adalah bagaimana untuk memulakan perniagaan. AbangAbu minggu ini ingin berbincang mengenai perkara yang harus dilakukan dahulu sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Ini amat penting agar kerugian boleh di elakan.

Sebelum memulakan sesuatu perniagaan , AbangAbu sarankan agar anda membuat kajian dalam bidang atau produk yang anda ingin mulakan sebagai perniagaan. Ini amat penting untuk mengetahui samada idea anda itu mempunyai potensi atau tidak . Ramai peniaga yang gagal dalam perniagaan dalam masa satu tahun perniagaan tersebut dimulakan adalah kerana tidak melakukan kajian rapi. AbangAbu juga pernah melakukan kesilapan yang sama dalam beberapa perniagaan sebelum ini.

Maka itulah AbangAbu ingin berkongsi sedikit pengalaman yang harus dilakukan oleh seseorang yang ingin memulakan perniagaan.

Anda harus memulakan kajian anda dengan memastikan produk atau servis anda ada permintaan oleh orang ramai. Untuk melakukan ini anda harus memulakan dengan bertanya kepada orang ramai samada mereka akan membeli atau mengunakan produk dan servis anda. Jangan hanya bertanya pada kenalan atau kaum keluarga sahaja. Ini akan memberikan anda satu idea samada produk atau servis anda itu akan mendapat sambutan nanti.

Sedia kan jawapan seperti dibawah, pastikan anda sertakan harga yang anda ingin jual:

  1. Akan pasti beli atau gunakan

  2. Akan menggantikan produk sekarang

  3. tidak akan beli atau gunakan produk atau servis .

Dari jawapan diantara 3 yang diseneraikan ini anda akan tahu apa yang anda perlu lakukan. Dan jika sekiranya kajian tadi memberikan anda jawapan yang begitu positif barulah anda mulakan proses seterusnya.

Proses seterusnya , barulah anda boleh dapatkan produk tersebut secara kuantiti yang kecil untuk dijualkan. Jangan melaburkan duit anda dengan membeli stok yang banyak.Anda harus mula memasarkan produk anda.Ini adalah dengan tujuan untuk memastikan berapa ramai yang berminat dengan produk anda. Untuk permulaan anda boleh menggunakan cara pemasaran menggunakan kos yang kecil ,seperti email, tele sales, dan iklan akbhar, serta media lain .

Memberi brocer di tempat tempat yang dikunjungi ramai juga boleh dilakukan.

Ini akan memberikan anda kepastian samada produk atau servis anda mendapat perhatian. Ini juga akan memberikan anda untuk membuat keputusan seterusnya. Jika anda membuat keputusan untuk meneruskan perniagaan anda kerana maklum balas yang positif , maka kini anda ke proses seterusnya.

Dapatkan seorang mentor yang boleh membantu anda, Mentor tersebut mestilah seorang yang sudah menjalankan perniagaan yang anda ingin ceburi. Mungkin dimasa ini anda bertanya , apakah mereka akan membantu anda kerana perniagaan anda mungkin tandingan kepada mereka? Jawapan AbangAbu adalah seorang mentor yang berjaya akan berkongsi ilmu kepada orang yang ingin mempelajarinya. Dapatkan mentor yang sudi membantu. Mentoring secara online juga boleh didapati dengan peredaran teknologi yang pantas. Hadirkan diri dalam sesi bertemu(networking) , anda boleh dapatkan mentor yang berjaya disana.

Proses seterusnya dengan menjadikan membaca satu amalan . Kerana membaca akan memberikan minda kita pengetahuan dalam bidang yang ingin kita ceburi. Juga skil skil pernigaan juga boleh diperolehi dengan membaca.Ini adalah satu sifat orang yang berjaya dalam bidang perniagaan. Juga baca buku buku yang ditulis usahawan yang berjaya.

Akhir sekali , sentiasa lihat akan peluang peluang yang terdapat di pasaran. Seperti dapatkan sesuatu yang sudah terdapat dipasaran dan tambah nilai pada bahan tersebut dan dipasarkan semula.

Jadi , semua belia belia serta kepada semua yang ingin memulakan perniagaan, AbangAbu berharap akan menggunakan tip minggu ini sebagai permuluan.

One Comment

  1. dear bro abu.

    sy mohd hazimin dari johor. saya megenali seorang yg mahu melabur dalam perniagaan remotely operated vehicle (ROV). dalam masa yang sama saya punya kawan yg brkerja di bahagia ROV itu sebagai pegurus projek di sigapura. kemudia pelabur itu meminta supaya sy menbukak syarikat mengunakan nama saya (kerana beliau seorng waganegara indonisia), modal dikeluarkan oleh beliau. apa pendapat anda bro abu tentang cerita ne?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *