Belia dan Biznes: 5 June 2009

BELIA & BISNES

PENTINGNYA MEMBINA JENAMA BAGI PERNIAGAAN ANDA Oleh
Abang Abu
PENJENAMAAN atau branding sering dianggap hanya untuk perniagaan besar.

AbangAbu rasa sudah sampai masa bagi peniaga Melayu kita membina jenama untuk mendapat pasaran yang lebih luas.

Sering kali juga, usahawan menganggap penjenamaan memerlukan banyak wang.

Hakikatnya, mendapatkan khidmat pakar penjenamaan memang bukan murah. Namun, Abangabu akan memberikan tip-tip bagi anda mengorak langkah tanpa mengeluarkan kos yang tinggi.

LOGO

Ia amat berguna. Namun anda tidak perlu mendapatkan logo yang eksklusif.

Yang penting, biar apa jua logo pilihan anda, ia harus dimanfaatkan, baik dalam kad nama, surat, invois, risalah atau pintu pejabat dan sebagainya.

LAMAN WEB

Mempunyai laman web profesional amat penting dalam membina jenama anda.

Laman web anda ini akan memaparkan imej perniagaan serta diri anda. Dengan mempunyai laman web yang baik, ia dapat bantu meningkatkan keyakinan bakal pelanggan anda.

Pastikan juga laman anda sentiasa dikemas kini.

BLOG

Satu lagi cara membina jenama adalah dengan memulakan blog sendiri.

Ini boleh dilakukan secara percuma. Dapatkan blog percuma di www.blogger.com.

Untuk contoh, bolehlah anda ke blog www.abangabu.com sendiri.

PROFIL

Siapkan satu profil syarikat anda. Profil ini tidak perlu lebih daripada satu muka surat.

Isikan maklumat yang mudah dibaca mengenai syarikat anda. Ini akan menjadikan perniagaan anda lebih profesional.

Walau sekecil mana pun perniagaan anda, mewujudkan profil syarikat yang menarik akan memberikan keyakinan kepada pelbagai pihak.

RANGKAIAN

Hadirkan diri dan kenalkan perniagaan anda kepada sesiapa sahaja dan di mana sahaja.

Pastikan anda mempunyai kad nama ke mana sahaja anda pergi. Ini adalah antara cara terbaik bagi membina jenama syarikat atau perniagaan anda.

MANFAATKAN TUKILAN

Jenama anda akan lebih dikenali jika anda melakukan hanya satu perkara atau bidang yang memang menjadi kepakaran anda.

Dengan ini jenama anda akan dikenali untuk perkara tersebut. Ini penting bagi menjadikan anda sebagai seorang pakar.

PASUKAN ANDA

Untuk membina jenama yang ulung, semua orang terlibat harus memainkan peranan masing-masing.

Pekerja anda harus diberikan ilmu dalam menjaga imej jenama yang dibina itu manakala pelanggan anda perlu mempunyai pandangan positif terhadap jenama anda.

Ringkasnya, strategi penjenamaan amat penting dalam mencapai kejayaan jangka panjang niaga anda.

Ramai usahawan berpendapat penjenamaan adalah sekadar mewujudkan logo yang menarik. Ini tidak benar sama sekali.

Penjenamaan adalah lebih kepada menjaga emosi serta minda pelanggan anda terhadap imej perniagaan anda.

Dalam membina jenama yang terkenal, anda harus memulakannya daripada awal lagi.

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) melalui Pusat Pembangunan Keusahawan (EDC) menawarkan khidmat penjenamaan.

Beberapa pihak swasta juga menawarkan harga yang rendah, mengikut profil sesebuah perniagaan.

Hanya satu syarikat Melayu yang telah memulakan khidmat penjenamaan di sini – dapatkan maklumat di www.chillipadi.webs.com.

AbangAbu berharap dengan adanya khidmat seperti ini dapat membantu usahawan kita membina jenama yang dikenali bukan sahaja di sini, malah di persada antarabangsa.

Untuk maklum balas serta pandangan, sila e-mel abangabu@nowasia.sg. Juga dapatkan pelbagai tip niaga di blog www.abangabu.com.

3 Comments

  1. Cahaya nurani

    Terima kasih abang abu.. Atas info dan tips2 ya ada..
    Smg kedepan lbh banyak lg syarikat2 /orang2 mlayu yg sukses..

    amin..
    cmangadh..!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *