Belia dan bisnes : Tip mendapatkan harga borong.

Ramai yang ingin tahu cara dapatkan pemborong untuk barangan dan perniagaan anda. Hari ini AbangAbu ambil kesempatan semasa menunggu seorang teman yang lewat….

Tip dalam mendapatkan pemborong untuk memulakan perniagaan anda

Satu cara yang baik untuk menambahkan keuntungan anda dalam perniagaan anda adalah dengan mendapatkan barangan anda pada harga borong atau dari pemborong. Tetapi bagaimana untuk mendapatkan pemborong bagi produk anda, juga cara untuk mendapatkan harga yang baik.

KAJIAN#1

Anda harus membuat kajian jika anda ingin mendapatkan keuntungan dari membeli barangan secara borong. Juga dapatkan maklumat akan barangan yang anda ingin jual tadi , jika terdapat permintaan yang tinggi di pasaran.

MEMBUAT TAWARAN#2.

Ingat, Jangan terus membayar harga yang diminta sebaliknya anda harus membuat tawaran yang lebih rendah . Jika anda tidak meminta maka anda tidak akan dapat. Juga katakana pada mereka bahawa anda akan datang lagi jika mereka memberikan harga yang baik. Pemborong suka pada pelanggan tetap. Anda boleh dapat harga yang amat rendah jika anda membeli barangan yang tidak begitu laris di tempat pemborong itu.

PASTIKAN PEMBORONG BERLESEN#3.

Sebelum anda membeli barang dari pemborong ,pastikan mereka mempunyai lessen perniagaan yang sah. Pastikan juga mereka mempunyai alamat perniagaan , no talian talipon,. Juga talipon mereka untuk mendapatkan kepastian, Jangan membuat bank transfer jika mereka suruh membuat demikian jika anda kurang pasti. Lakukan panggilan talipon dahulu untuk memastikan .

BUAT DUIT #4.

Setelah anda mendapatkan barangan pada harga borong,kini anda harus menjual secara runcit kepada pelanggan anda. Anda akan mendapat pelanggan yang lebih ramai jika anda dapat menjual pada harga yang berpatutan. Ramai yang inginkan produk anda itu. Gunakan alam cyber untuk memasarkan secara percuma. Mulakan Blog anda sendiri.

Anda juga boleh mendapakan tempat di bazaar bazaar dalam menjual barangan anda. Untuk permulaan jangan dapatkan gerai yang mahal sewanya sebaliknya bincangkan dengan yang sudah mempunyai gerai. Minta izin mereka untuk meletakan barangan anda di gerai mereka. Ramai gerai gerai yang memerlukan barangan untuk dijual , lebih lebih lagi di musim perayaan.

Satu tip yang baik sebelum berjumpa pemilik , anda pastikan bahawa barangan anda itu unik, atau mempunyai permintaan yang tinggi.

Bagaimana ? Anda sudah join SIMPAN Challenge ….. Tinggal 18 hari sahaja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *