Berita Harian report on MAP2BRICH

Salam all,

This is from Berita harian http://cyberita.asia1.com.sg/mekoniaga/story/0,6879,146332,00.html?

1 Ogos 2009

EKONIAGA

Kursus urus wang menerusi talian

Oleh
Atiyyah Mohd Said
INGIN tahu cara pengurusan kewangan tanpa menghadiri kelas atau seminar?

Kini orang ramai yang sibuk atau yang ingin berjimat boleh mempelajari asas pengurusan kewangan peribadi serta mencari sumber kewangan sendiri menerusi program online selama 12 bulan.

Program MAP2BRICH itu yang dianjurkan oleh syarikat pendidikan kewangan dan keusahawanan setempat NowAsia telah dilancarkan dua bulan lalu dan sejauh ini telah menerima sekitar 50 peserta.

Menurut pemiliknya, Encik AbuAyubul Ansari, yang juga dikenali sebagai Abang Abu, program itu diadakan kerana telah menerima banyak maklum balas daripada golongan ibu bapa serta orang dewasa yang bekerja yang ingin belajar dari rumah tanpa mengeluarkan banyak wang untuk menghadiri seminar dan bengkel.

‘Sejak kes-kes H1N1 meningkat serta kegawatan ekonomi, kami memutuskan membantu orang ramai belajar dan meningkatkan ilmu kewangan dengan membimbing mereka selama setahun menerusi e-pembelajaran,’ ujar beliau.

Program berkenaan mengajar isu wang secara berperingkat-peringkat melalui cara menarik selama setahun manakala fasa langkah tindakan diadakan setiap empat hari untuk menyesuaikan jadual para peserta yang padat.

Kurikulum itu menumpukan pada aspek hubungan psikologi seseorang dengan wang dan meneroka prinsip dan strategi yang mengajar seseorang berdikari dalam memperolehi sumber pencarian.

Harga biasa bagi kursus tersebut ialah $48.48. Para pembaca Berita Harian diberi diskaun sebanyak $28.50.

Untuk maklumat lanjut, sila lungsuri laman www.map2brich.com/special atau hubungi talian 6220-0701.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *