SIMPAN Challenge – Updates and comment and views.

Salam semua,

AbangAbu harap semua dalam keadaan sihat. AbangAbu nak peserta kongsikan pengamalan menjalankan tip tip SIMPAN Challenge disini , juga kalau ada apa apa pertanyaan juga boleh diajukan disini.

AbangAbu mahu anda semua aktif dan juga berkongsi pengalaman juga pendapat agar semua yang lain juga dapat belajar bersama.

Untuk permulaan saya akan kongsikan 3 pengalaman dari peserta di sini dan harap akan terus berlanjutan

PLEASE DO COMMENT AND GIVE YOUR VIEWS at the comment box.

Dari seorang peserta

1) A’laikum ,
Saya salah satu peserta SIMPAN challenge,Raihanah =) . Abg Abu ada tips bagaimana cara mahu minta diskaun di kedai-kedai yang saya rasa tidak akan dapat diskaun.
Saya terkejut abg abu dan rakan dapat diskaun di KFC dan pasar raya.
Terima Kasih
Sekian,
Raihanah
2) salam simpan challenge abang abu..

alhamdulillah saya rasa dah berjaya ikut tip 1 yang diberikan abang abu.. duit syiling di rumah saya memang bersepah di mana2..dari dulu ibu saya selalu kutip dan letak di bilik saya..tapi saya buat bodoh jer konon tak nak anggap duit tu duit saya..semalam, saya kutip duit tu semua dan letak dalam tabung yg saya da sediakan.. tapi masalah sedikit, saya tak belanja hari2 jadi duit syiling tu saya tak simpan hari hari2..macam mana tu?

dan masalah 2, ttg tip 2 minta tawar ketika membeli..saya tak belanja sangat kecuali jika perlu..dan klu belanja saya selalu pergi ke NTUC sbb dapat linkpoints..di NTUC mana bole dpt discount? itu je lah yg sy sdg fikir buat masa ni..

salam simpan challenge,
Rafidah

Salam Abang Abu,

TIP HARI INI – DISKAUN /TAWAR

Hari ini Abang Abu telah sampiakan tip untuk minta diskaun dan kebetulan saya ada peristiwa.

Semalam saya telah ke KFC untuk membeli ayam goreng dan lainnya dengan mengunakan kupon diskaun. Setelah cashier ambil order saya dan ingin membayarnya, jumlahnya $30.25. Saya ternampak di dalam beg duit saya ada kad member KFC. Apalagi, saya pun bilanglah dengan cashier yang saya ni member.Cashier tun macam tak suka untuk memberi diskaun, alasan nya dia sudah record dalam komputer dan saya gunakan kupon diskaun. Entah macamana diapun kasih juga diskaun tapi untuk kali ini saja. Jadi saya cuma bayar $27.25.

Bayangkan kurang $3 jadilah untuk simpan di tabung…

Itulah peristiwanya yang kebetulan tip hari ini juga….

Sekain
Liza

PLEASE DO COMMENT AND GIVE YOUR VIEWS at the comment box.

46 Comments

  1. Sister raihanah , terima kasih kerana sharing
    Walaikum Salam .

    Okie, Saya akan bincangkan ini di blog juga nanti jadi semua peserta boleh juga bincangkan betul..

    Okie senang saje, ini adalah minda kita sahaja, pada permualaan mungkin rasa malu , tetapi bila di biasakan ia jadi lumrah sahaja,

    Apa yang abangabu syorkan , tanya sahaja, katakan kita beli apa apa barang, tanya saja ” boleh saya dapat discount?” , walaupun anda tahu yang anda tidak akan dapat. just do it and nanti mesti ada berita yang anda akan kongsikan nanti.

    Great , Saya memang nak kempen in aktif sekali , banyak sudah yang ditanya akan saya kongsikan di blog abangabu.
    salam

  2. Salam

    Tak belanja hari hari takpe..
    bila belanja than sister rafidah buat.

    Same time bagi tau semua dirumah tentang syarat dimana kalau ada duit syiling mereka bawak balik kena masuk tabung Simpan Challenge tu.

    Memang tak boleh kat NTUC , maksud Abangabu amalkan sahaja dimana mana , heheheh . kekadang dapat jugak benda lain.

    Salam

  3. Salam , Thaniah kerana melakukan tip ini dan teruskan , bayangkan save 3 dollar , kalau dimalakan dimana jua mesti boleh capai 20 – 100 .

    tahniah sister liza

  4. Rudi

    salam,

    semalam buat pertama kali dalam hidup saya setiap barang yang saya beli saya minta discount… 🙂

    pagi-pagi bila buka emel saya terus menelefon isteri untuk amalkan tips semalam… beliau terus melakukannya dengan meminta diskaun apabila membeli ubat… walaupun tak dapat saya rasa ianya satu permulaan yang baik… terima kasih…

  5. Salam Abang Abu,

    Tip yang Abang Abu berikan hari ini memang susah untuk saya lakukan. Selalu terlebih berlanja, ikutkan kerena anak2, akan tetapi saya akan cuba lakukan dengan tekun. Mudah-mudahan saya dapat catit apa yang saya beli dan jimat apa yang tak perlu di beli.

    Tip semalam, saya akan beli in-house brand (seperti NTUC/Giant/Cold Storage) terlebil dahulu selain kupon2 yang boleh dapat di akbar tempatan atau flyer. Ini lagi menjimatkan.

    Peserta Simpan Challenge

  6. Anuar

    Assalaimuailaikum Abg Abu

    Saya, Anuar ingin bertanya sekiranya saya telah menetapkan hari pada hari Khamis untuk tidak berbelanja tetapi pada hari itu anak atau saya jatuh sakit boleh tak pada minggu itu saya tukar pada hari yang lain.

    Harap Abg Abu dapat menjawab soalan ini.

    Terimakasih

    Anuar Kayat

  7. Walaikumsalam,

    Sudah tentu boleh, dan apa yang abangabu ingin tanamkan adalah sifat tidak berbelanja benda benda yang tidak diperlukan, tetapi perkara seperti jatuh sakit harus kita beri keutamaan , dan tidak boleh ditangguhkan.

    Harap ini dapat membantu ,

    Dan cadangan brother Anuar untuk menukarkan hari adalah satu inisiatif yang baik , Semoga teruskan usaha dalam menjadi masyarakat melayu penyimpan , ameen.

    AbangAbu

  8. Salam Abang Abu,

    Saya tertarik dengan concept no spending day.
    Tapi, hampir setiap hujung minggu mesti ade geng ajak kluar buka luar.

    Apa alasan yang boleh diberi untuk menolak dengan cara baik setiap
    kali diajak makan luar?

    T.Kasih

  9. Salam, Kalau sekali sekali okei , tapi kalau every minggu member- member tu ajak than kena hati hati lah,

    Yang best ajak mereka sekali turut serta Simpan Challenge, jadi sama sama tau apa yang berlaku,

    AbangAbu rasa itu lah terbaik, mungkin limitkan sekali dalam sebulan sekali keluar takpe, bagaimanapun pada hari yang dah ditentukan tak boleh belanja memang you tak boleh kluar makan pakai ur duit, kalau orang lain belanja than boleh. hehehehehe.

    Okei tak ….

    Ada pandangan lain…….dari yang lain?

  10. Khalidzah Bte Aman

    Salam Abang Abu,

    Tip hari ini memang kena dengan saya. Saya memang ada loan dengan dua bank dan empat credit cards untuk di lunaskan, itupun dengan bayaran minimun. Since I take part in Simpan Challenge, saya telah simpan kesemua credit cards saya. Kalau nak beli pun kena fikir dua, three kali… Saya mengharap untuk lunaskan secepat mungkin. Insyallah.

    Terima Kasih

  11. Okie , Untuk sister saya ada satu tip untuk lunaskan dengan satu cara yang akan abangabu bagi pada sister melalui email.

    Dengan cara ini sister akan boleh terus habiskan semua bayaran dalam masa yang singkat.

    Email saya sister, than saya akan hantarkan satu cara bayaran yang sesuai. insya allah.

  12. Assalaimuailaikum Abg Abu

    Saya, Anuar ingin bertanya sekiranya saya telah menetapkan hari pada hari Khamis untuk tidak berbelanja tetapi pada hari itu anak atau saya jatuh sakit boleh tak pada minggu itu saya tukar pada hari yang lain.

    Harap Abg Abu dapat menjawab soalan ini.

    Terimakasih

    Anuar Kayat

  13. Asalam sesudah baca email atau tip yang ke 6, saya sungguh berminat untuk
    menabung setiap bulan macam mana caranya boleh terangkan lebeh lanjut
    terima kasih wasalam.

  14. Hi Abang Abu! =)

    I hope you don’t mind that I am about to share my mistakes of my past in English as I think I will take forever if I’m going to do it in Malay. Hehe.

    One major mistake I made and I believe I am still making this mistake, is to spend money like water. Since I am working part time, I am able to afford whatever things I want.

    I have tried ways to spend within my means but ended up spending beyond it. Often times when I am about to spend on something, I ask myself if I need it. I know deep down I don’t because I have ten thousand of those things at home but will still end up justifying to myself and in the end, still buying the thing.

    Another mistake I have made and yes, still making it is that I do not say NO or rather I seldom do. I have my social life and many circle of friends. The problem with me is that, every time my friends come up with a plan to catch a movie or dine at a restaurant and anything that has got to do with spending, I will 95% of the time say Yes, even at times when I know I am going broke, I still do. Perhaps, it could be because I don’t want to hurt my friends feelings. So somehow, I’ll find a way to manage the spending.

    But one thing for sure, whenever I am running low on money, I make sure I have enough for transport because that is important. I don’t mind starving to save, but taking transport to work and to school is more important.

    Another thing, although it may seem very bad the way I am managing my money, I am just glad that I do not ask my parents for money. Not that they won’t give me, they will, but since young I have been trained, for whatever things, clothes, accessories, electronic gadgets that I want, I need to learn to save and pay for it.

    Now that I am working part time and schooling full time, I received only school allowance and school fees paid by my parents. Other than that, all my personal expenses I will pay it myself.

    I hope to learn from my mistakes and the results to be a sustaining one.

    PS : I hope I didn’t bore you with my long essays (:

    Best Regards,
    Zana 🙂

  15. wahidah

    salam, Abg Abu, makanan berlebihan juga boleh disimpan didalam petisejuk dan dipanaskan semula keesokan hari,kita selalu membeli juadah berbuka berlebihan kerana ikut nafsu lapar, kemudian makanan berlebihan terbuang begitu saja, apa kata sebagai denda, keesokan harinya tak boleh beli sselagi baki makanan semalam masih banyak, jadi duit untuk belanja makanan berbuka boleh masuk tabung.- idah.

  16. Salam ,

    Wah Bagus tu cadangan dari wahidah.

    Betul , kalau dah beli berlebihan , harus disimpan dan dihabiskan dulu sebelum boleh beli makanan baru.

    Tip yang bagus,

    Tahniah , semua yang email saya atau comment akan dapat satu ebook misteri untuk anda.

  17. Wan

    Salam Abang Abu,

    Saya ingin kongsi kesilapan paling bodoh yang pernah saya lakukan. Sekarang saya ada 4 pinjaman dari bank. Saya mempunyai 6 kad kredit. 3 kad kredit saya bayar kadar minimum setiap bulan. 3 lagi kad kredit masih mampu bayar full. Kesilapan ini, pada pendapat saya, disebabkan sikap saya yang tidak mahir menangguh pembelian barang yang tidak urgent. Bukan itu saja, apabila saya tidak dapat membayar penuh bil kad kredit pertama, saya fikir kad kredit kedua boleh menyelesaikan masalah. Agaknya hampir semua bank saya dah ada kredit kad mereka. Kalau dapat turn back the clock, saya akan fikir sejuta kali sebelum membuat apa-apa pinjaman bank atau permohonan kredit kad. Sekarang ini saya sedang memikirkan samada saya ingin mengambil loan yang berinterest rendah bagi melunaskan ketiga-tiga bil kredit yang caj interest yang sangat tinggi.

  18. Terima kasih Wan. ini sesuatu yang memang ramai hadapi, Insya Allah , Abangabu akan memberikan satu tip dalam melunaskan kad credit dengan satu cara yang sistematik.

    Ini kerana memang ramai email abangabu mengenai perkara ini, maka abangabu rasa adalah baik untuk memberikan tip ini .

    Tip hari 14 insya allah

  19. Khalidzah Bte Aman

    Salam Abg Abu,

    Saya ni bukanlah karang guni tapi kan saya suka simpang barang2 terpakai seperti botol kaca/plastik, tin dan suratkhabar untuk di jual dan ditukarkan kepada wang tunai(recycle for cash). Ahad lalu saya telah menjual pakaian terpakai dan dapatlah juga $3.40. Ini saya simpang di tabung and I always repeat the same.

    Kalau Abg Abu nak tahu, saya telah siapkan bukan satu tabung tapi dua, di rumah dan di ofis. Di ofis pulak saya akan mestikan saya akan simpan $2 setiap hari. Tak kiralah hari sabtu,ahad ke cuti umum mesti kena simpan. My intention is to save $60 every month.. Insyallah.

    Liza

  20. Congratulations.

    Tahniah kerana dah ada displin yang tinggi.

    Sifat inilah yang perlu ada untuk melangkah jauh insya allah.

    Teruskan dan pasti sis akan berjaya

  21. Salam Abang Abu

    Re savings on phone bills – there is a ‘CALL BACK’ service that can save dollars
    Most people are not for this as they see it as troublesome. Neverthelss, you can save many dollars as charging is based on the concept of ‘free incoming calls’ offered by most telco. Most people are not comfortable with being uncomfortable as they don’t see the value of little, little leads to many many simpan

    Most foregn workers here are using this service and with the little savings from phone bills, they are able to send more money for their family back home.

    International calls are also much cheaper. You can even forward your call to a central number when you are overseas and billing will be charged as ‘local’.

    Not sure whether this suggestion is appropriate but this will definitely add more simpan to the main coffer.

  22. Great Tip.

    Ini yang AbangAbu nak, It surely will give some people ideas to cut and save more bills,

    I think your tips is good sis, keep posting ..

    If one want to save money , than they cannot look at the inconvenience, they have to do that extra work…

    Bravo

  23. idah

    Salam Abg Abu,
    Saya nak kongsi hias rumah yang jimat belanja, setiap hari raya kita selalu nak beli barang baru, untuk kelihatan baru tidak semestinya dengan barang baru, kita boleh ubah suai kedudukan barang-barang yang ada, atau sembunyikan sebahagian barang di ruang tamu dalam bilik, dan barang yang sesuai dalam bilik dikeluarkan(tak mungkin katil nak letak di ruang tamu!), atau mungkin ada benda-benda dalam stor yang boleh dikeluarkan untuk dijadikan hiasan tambahan. Susun dulu barangan diruang tamu baru fikir apa yang perlu dibeli, jadi tidaklah membazir… sebenarnya yang penting kreativiti bukan barang baru, betul tak abg abu? duit lebih macam biasa masuk tabung!

  24. Salam Sejahtera abangAbu,

    Saya razizainon,dari Kedah Malaysia.
    Saya amat menghargai usaha abangAbu memberi panduan dalam Program Simpan Chellenge.
    Saya anat terkesan dengan Tips ke 3dan4 (kerana saya dapat praktik terus) dan dapat melihat perubahan dalam perbelanjaan saya terutamanya dalam bulan puasa.
    Lebih membanggakan, saya sudah mampu belajar sabar dari membeli juadah tidak perlu, malahan saya kadangkala mampu untuk tidak makan makanan ruji saya(nasi) dan digantikan dengan roti.
    Hal ini membuatkan saya cepat kenyang dan tak perlu berbelanja lebih.
    Idea berbelanja semasa kenyang amat menguntungkan dan terima kasih berkongsi idea!

  25. Salam Abg Abu,

    Saya amat bersetuju dgn pendapat Abg Abu mengenai tip ini. Pengalama saya ketika membeli perabot dari Court dgn cara ansurans selama 3 tahun amat memeritkan, dan kalau dihitung memang bayarannya melebihi harga perabot tersebut.

    Walaupon ansurannya kecil $70 sebulan, tetapi ia tetap melebihi harga asal. Saya cuba sedaya upaya untuk melunaskany secepat munkin, dgn membayar dua kali ganda pada bulan-bulan yang saya ada kelebihan.

    Sekian Terima kasih.

  26. Pada bulan Jan, saya dapat jimat $25, tetapi pada bulan berikut pula, saya harus menokok lebihan $10, atau saya “rollover” pada bulan depan. Ini kerana wang yang diperuntukan sudah di gunakan.

    Soalan saya ialah, bagaimana untuk membuat peruntukan yang bijak agar tidak terjadi keadaan yang saya alami.

    Perlukah saya menggunakan wang simpanan untuk menokok demi melangsaikannya atau “rollover” pada bulan ahadapan.

  27. Salam ,

    Tahniah ahar kerana mengikuti SIMPAN Challenge,

    Untuk soalan Zahar.

    Pertama apa yang anda lakukan amat baik sekali, ini dapat memberikan satu trend penggunaan servis tersebut.
    Cara untuk menyimpan wang lebih bulan pertama untuk dibawa ke bulan kedua itu amat baik, bagaimana pun memandang pada trend penggunaan menunjukkan kenaikan yang berterusan.
    Disini anda boleh kaji kenapa ianyaberlaku? adakah apa apa pembaziran? dan anda mula perlu mengawal jika ada apa apa pembaziran kerana bil di bulan pertama lebih kecil .

    Anda juga harus ketepikan $10 setiap bulan lebihan untuk bayaran lebih , mungkin kerana ada perkakas baru atau pun sessutau jamuan yang memerlukan penggunaan tenaga yang lebih contohnya.

    Apakah yang anda lakukan ini sudah baik dan dengan tanbahan tadi ia akan menjadi lebih sempurna.

    Okei tak

    Salam
    AbangAbu

  28. Salam Abg Abu,

    Lately saya busy lah, untuk siapkan raya yang akan datang.

    What I do bila mencuci pakaian, saya akan simpan air yang last untuk di basuh for the next pakaian. Yang lebihannya saya akan cuci tandas atau lantai yang kotor. Pabila mandi pun, saya akan siapkan baldi dan tak pakai paip hujan (waste air juga).

    Itu saja yang saya boleh fikirkan..

    Terima kasih

  29. Khalidzah Bte Aman

    Selamat Hari Raya Abg Abu,

    Tip #20 – Bawa bekal ke tempat kerja

    Saya memang bawa bekal ke tempat kerja tak keralah sarapan pagi atau tengh hari, cuma hari jumaat aja saya keluar makan bersama kawan2 ($4×4 = $16×16 = $256-$16 = $240). Wow banyaknya saya boleh jimat! Tak sangka….

    Tip #21 – Banyak barang2 tak digunakan

    Saya memang tertarik dengan tip #21. Stor saya memang penuh dengan barang2 tak terpakai cuma sayang nak buat atau jual. Teringin juga untuk turut serta di flea market tapi takut tak terjual barang2 ini lagipun suami saya malas orangnya. Kalau boleh barang2 yang tak terpakai akan di buang saja. Boleh tak Abg Abu beri saya nasihat on this.

    Sekian

  30. rozana

    salam..cukup teruja dengan program di MHI pagi ni..saya kerap minta diskaun especially di kedai runcit,tapi diskaun yang saya dapat,x pernah ditabung…paling2 masuk balik dalam purse untuk digunakan semula..hari ini dapat ilmu yang cukup dapat dimanfaatkan untuk kegunaan longterm..dan akan cuba minta diskaun di restoran makanan segera pula…alhamdulillah,lepas2 raya ni dapat pula teknik untuk menabung….syukur…

  31. Salam Abang Abu, saya baru dapat tips ke 9 tentang belajar dari kesilapan lalu. Ye lah, baru saya sedar tentang berbelanja lebih daripada pendapatan, dulu saya pon macam tu suka berbelanja ikut suka tanpa fikir cukup duit ke tidak. Sekarang saya ken mulakan langkah untuk berbelanja kurang daripada pendapatan.

  32. rosila

    Salam abang abu. Saya ingin berkongsi tentang belajar dari kesilapan lalu.

    Selama ini, ketika ke kedai anak2 saya akan ikut sekali. dan akibatnya mereka akan meminta utk membeli bermacam2 barang yang tidak perlu seperti permainan, gula2 dll. Dan setiap itu juga saya akan berbelanja lebih dari tujuan asal.

    Sekarang apabila mehu ke kedai, saya akan cakap pada mereka, kalu nk ikut boleh tapi x mahu beli mcm2. Mulanya memang sukar dan setiap kali balik dari kedai saya akan beritahu mereka “mama x nk bwk lagi sbb beli mcm2”. Berkali2 juga la perkara ini berlaku.

    Berkat dari kesabaran saya, kini anak2 mula memahami dan berjanji tidak mahu apa2 lagi. Dan sebagai balasan nya saya akan belikan juga mereka sedikit gula2 sebagai habuan kerana memahami walaupun mereka tidak meminta.

    Apa yg saya belajar ialah kita perlukan kesabaran dan disiplin yang tinggi untuk mengubah tabiat lama. Kad kredit juga saya telah terminate kan kerana tidak mahu menanggung hutang lagi. Alhamdulillah…hati saya lebih lapang sekarang.

    Terima kasih kerana mengadakan SIMPAN Challenge ini. Walaupun banyak tip2 yg diberikan saya sudah tahu, tapi saya x pernah praktikkan.Namun,sekarang saya rasa lebih berjaya.

  33. Salam…
    Terima kasih di atas tips2 berguna setiap hari. Semenjak saya join simpan challenge nie, saya mula bersemangat untuk merealisasikan impian saya utk menabung, dan berbelanja mengikut keperluan bukan mengikut kemahuan.
    Sebelum nie dah banyak kali cuba utk berbelanja dengan berhemah, buat list, buat budget, tetapi selalunya gagal. TIDAK KONSISTEN tu yg masalah UTAMAnya….kalo dapat sebulan pun dah kira berjaya, ini nak sampai ke bulan gaji yg seterusnya pun tak sempat…huhuhuh
    So semenjak join nie, perubahan yg saya buat, saya buat list, buat budget, belanja ikut list seperti dulu, dan kali ini bezanya…saya cakap kat hubby saya sedang on SIMPAN CHALLENGE…so mintak dia bekerjasama dan menyokong usaha murni ini ….so far so good laaa.lagi satu, duit syiling sepah, biarpun 5 sen saya kutip masuk tabung…..kalo saya berjaya mengekalkan cara ini hingga ke bulan yg seterusnya..saya update k…
    TQ..

  34. SAlam Semua…

    Saya harap,korg sume sihat2 belaka..Thanks to Members Simpan Challenge,especially Abang Abu as Founder & Abang Irfan Khairi.

    Saya Berterima kasih sgt kat Abg Abu,coz menganjurkan Program nie.Saya sempat ikut nie pn,sbb kolo sblh pagi Saya suke nonton MHI.So nampak le Abg Abu & Abg Irfan time tu tgh promotekan program nie.sbb tu,Saya rase bersemangat nak join program nie.pd hari tu gak le,saya trus p cc dan daftarkan diri utk program nie melalui Abg Irfan.
    ‘Good Luck’ for all members Simpan Challenge.

    Sorry,lambat sikit nak bg komen.biasa le,busy ngan keje. e2pn,just ambil mse sikit p cc utk buka email baca TIPS.tu yg tak de feedback,huhuhuhuhuhuh8.. 🙂
    tp tak ape,nnt Saya akan bg komen pd Abg Abu gak tu..?
    Ape2 pn,Thanks a lot…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *