EKONIAGA NEWS ; SIMPAN CHALLENGE

SIMPAN Challenge Update and view and comments CLICK HERE

BERITA HARIAN 12 SEPT 2009

MAHU BUANG SIKAP BOROS: Siti Fairuzana Yasit (kanan) dengan sokongan keluarganya berjaya menabung setiap hari dan bertekad mencapai sasaran $500 pada akhir kempen ini. — Foto ihsan SITI FAIRUZANA

Mudah cetak
E-mel

12 Sep 2009

EKONIAGA

Peserta Simpan Challenge jaya menabung

Amal pelbagai tip dalam dua minggu sejak kempen dilancar

Oleh
Atiyyah Mohd Said
PARA peserta Simpan Challenge rata-rata berjaya menabung setelah hampir dua minggu mengamalkan tip-tip simpanan yang diberikan.

Ini meskipun ada di antara mereka tidak pernah menyimpan wang sebelum ini.

Bagi pelajar tahun kedua Politeknik Republic, Siti Fairuzana Yasit, usaha menabung selalu terbantut ekoran sikap boros yang menyebabkan wang yang disimpan akhirnya dibelanjakan juga.

Penuntut berusia 19 tahun itu merupakan antara sekitar 900 peserta Simpan Challenge, kempen menabung selama sebulan yang dianjurkan bersama Kelab Ekoniaga Berita Harian dan firma pendidikan kewangan, Nowasia.

Kempen itu bertujuan memupuk semangat menabung dan berjimat dengan memberikan petua setiap hari menerusi e-mel kepada para peserta.

Bagi Siti Fairuzana, tabiat berbelanjanya semakin ‘menjadi-jadi’ apabila beliau mula bekerja sambilan sebagai seorang jurulatih pendidikan di Kumon lebih setahun lalu.

‘Selalunya setiap minggu saya boleh berbelanja sekurang-kurangnya $100, sekarang saya bertekad mengurangkan perbelanjaan mingguan saya sebanyak $50 dan pada akhir kempen ini menyimpan $500,’ kata pelajar Sains Sekitaran itu.

Seorang lagi peserta, Cik Rosmini Maksudi, yang sebelum ini sukar untuk menabung secara berkeluarga, berkata kini keluarganya telah menubuhkan akaun simpanan khas Simpan Challenge yang akan berfungsi sebagai dana kecemasan keluarga.

‘Kalau dulu nak simpan $100 cara berkumpulan pun susah, tetapi sekarang dengan meminta setiap anggota keluarga mengikrarkan simpanan, kami dapat kumpulkan minimum $500 sebulan. Saya amat gembira kerana sekarang kami sudah ada dana kecemasan keluarga selain simpanan peribadi.’

Bagi Encik Helmi Hakim, seorang penasihat kewangan berusia 24 tahun, beliau berminat untuk mengetahui strategi menabung yang boleh memanfaatkan kliennya.

‘Apa yang berbeza daripada tiptip yang diberikan ialah ia merupakan cara praktikal untuk simpan duit dan dapat melakukannya dengan serta-merta.

‘Contohnya, tip menyediakan tabung dan menyimpan semua wang syiling adalah mudah dan sebilangan besar peserta dapat melihat wang lebihan itu dengan segera, sekurang-kurangnya $20 hingga $30 dengan mudah,’ ujar Encik Helmi.

Ini terbukti apabila beliau sendiri mengamalkan petua itu dan mendapati bahawa pada hari pertama sahaja, beliau mengumpulkan $20.

Simpan Challenge menampilkan tip daripada pemilik Nowasia, Encik Abuayubul Ansari, dan pedoman hidup oleh Ustaz Abdul Rahman Md Sahid.

Kempen itu turut disokong badan Melayu/Islam seperti Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Persatuan Ain, Angkatan Karyawan Islam (AMP), Masjid An-Nur dan Rangkaian Usahawan Muda Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (YEN@SMCCI).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *