THE FIGHT IS “ON”

Alhamdullilah , Assalamualaikum ,

Selalunya dalam masa anda di landa pelbagai ujian adalah masa tebaik untuk melihat banyak perkara.

1. Anda dapat lihat kekuatan diri anda sendiri dalam menghadapi ujian tersebut. Bagaimana kekuatan mental anda dalam menangani pelbagai emosi yang melanda, Anda akan faham diri anda sendiri.

2. Anda juga dapat melihat dan merasai pelbagai perasaan serta kreativiti anda sendiri. Anda mula paham akan potensi diri anda yang mungkin selama ini terpendam atau tidak pernah menjelma.

3. Anda juga akan melihat akan gugurnya kawan kawan anda yang anda ingatkan akan membantu anda ketika anda di landa ujian , malahan anda akan tahu akan siapa yang sebenarnya kawan kawan anda yang anda boleh harap kan , juga anda akan tahu siapakah yang amengambil kesempatan dan memang tidak boleh di harapkan.

4. Anda mula membentuk perjalanan anda dengan lebih keyakinan serta juga wawasan yang lebih baik yang muncul dari pengalaman dari peristiwa dan akibat dari ujian ujian yang berlaku .

AbangAbu ucapkan terima kasih kepada semua rakan rakan saya yang membantu saya ketika pelbagai dugaan dalam hidup saya . Saya juga ucapkan terima kasih yang mula mengasingkan diri dari saya kerana dugaan dugaan dalam hidup saya kerana sikap anda menguatkan diri saya .

yang lagi BEST ada yang dulunya bukan main memuji malahan menjadi orang kuat dalam perjalanan saya tiba tiba berpaling tadah tanpa apa apa berita atau apa apa penerangan malahan membuat andaian sendiri….. Saya syukur sangat Allah tunjuk kan orang orang seperti anda agar saya berwaspada .

BEST BEST BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *