Usahawan istimewa kongsi cara buat duit

GARAJ WANG @ SINGAPORE( 13th Feb 2010) Saturday , Sabtu

TEMPAT : WISMA INDAH, #03 – Besebelahan MASJID KASSIM ,

Masa : Sesi 1 230pm to 530pm , sesi 2 , 730pm to 1030pm

Daftar : 62200701 call, sms 91463164 or 83647260

KAEDAH CARI WANG: Abang Abu (kiri) dan Encik Mohd Arshad akan menyampaikan ceramah Sabtu ini untuk membantu peserta memperbaiki kedudukan wang dan menjana kewangan menerusi Internet. — Foto NOWASIA


11 Feb 2010

EKONIAGA

Usahawan istimewa kongsi cara buat duit menerusi e-book dalam seminar

Belajar sendiri selok-belok Internet dan hasilkan buku untuk peroleh $5,400 sebulan

Oleh
Rosebi Mohd Sah
BELIAU terpaksa berkerusi roda sejak berusia empat tahun kerana menghidap penyakit berkaitan saraf.

Namun, itu tidak menghalang Encik Mohd Arshad Mohd Yusof, dari Kedah, menjadi mahir dalam bidang Internet.

Usahawan istimewa yang kini berusia 23 tahun itu, yang juga seorang guru mengaji, belajar sendiri kursus-kursus Internet secara dalam talian selama setahun lebih untuk meningkatkan kemahirannya dalam pelbagai bidang Internet.

Dengan kemahiran IT itu, beliau, yang suka mengarang buku dalam bahasa Melayu di Malaysia, kini dapat menjual hasil karyanya menerusi Internet dan menjana sekitar RM13,000 ($5,400) sebulan.

Antara buku yang beliau hasilkan berkaitan motivasi peningkatan diri, merancang kewangan, bagaimana berfikir secara minda genius dan bagaimana membuat dan mereka laman dan blog.

Encik Mohd Arshad akan berkongsi pengalaman, ilmu dan kemahiran yang diperolehi dan memanfaatkannya dengan menjana kewangan menerusi penjualan beberapa karyanya menerusi e-Book pada Sabtu ini di Wisma Indah, Changi Road..

Kursus selama tiga jam anjuran syarikat motivasi NowAsia itu diadakan dalam dua sesi – dari 2.30 petang hingga 5.30 petang, dan 7.30 malam hingga 10.30 malam.

‘Saya mempelajari dan mendalami pelbagai kursus di Internet sendirian selama setahun lebih mengenai pelbagai aspek Internet dan memanfaatkan kemahiran saya, terutama dalam menulis pelbagai jenis buku yang saya pasarkan menerusi e-Book di Internet.

‘Walaupun dalam keadaan fizikal saya yang kurang sempurna ini, saya berupaya menjana RM13,000 sebulan.

‘Itulah antara yang saya ingin kongsi dalam ceramah saya itu nanti walaupun saya tidak berpelajaran tinggi dan banyak kekurangan,’ katanya semasa dihubungi Ekoniaga menerusi panggilan jauh.

Seorang lagi penceramah ialah Encik Abuayubul Ansari atau lebih dikenali sebagai Abang Abu dari NowAsia.

Beliau akan menyentuh tentang konsep Enjin Wang dan Kompas Wang – cara-cara ‘merawat’ dan memperbetulkan perbelanjaan wang serta cara menjana wang.

Bayaran $51 dikenakan bagi setiap peserta tetapi bagi kumpulan tiga orang diberi diskaun dengan bayaran $42 setiap seorang, sementara bagi kumpulan lima orang pula, $33 setiap seorang.

Para peserta akan turut diberikan buku kompas wang Abang Abu, buku cara menggunakan e-Book oleh Encik Mohd Arshad dan poster tentang Enjin Wang.

Mereka yang berminat menghadiri seminar dalam bahasa Melayu itu boleh menghubungi NowAsia di talian 6220-0701 atau 9146-3164 atau 8364-7260.

Sokongan anda akan menjadikan saudara arshad mendaki puncak yang lebih tinggi. Ameeen


2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *