Belia dan Bisnes BH – Azam dan matlamat tahun baru

18 Dis 2009

EKONIAGA

BELIA DAN BISNES
Azam dan matlamat tahun baru

Oleh
Abang Abu
SALAM maal hijrah. Selamat menyambut Muharam hari ini. AbangAbu mendoakan agar tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik.

Minggu ini, AbangAbu ingin berbincang mengenai tip-tip menulis dan menetapkan matlamat tahun baru.

Matlamat dalam Create your own banner at mybannermaker.com!perniagaan adalah penting. Ia akan menentukan kejayaan serta arah tujuan perniagaan anda. Namun, matlamat yang terlampau tinggi boleh menjadikan anda merasakan diri anda tidak berupaya mencapainya, malah ada kemungkinan anda akan menyerah kalah tanpa berusaha.

Sebalikya, jikalau matlamat anda terlalu mudah, anda mungkin tidak akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya.

Sebagai panduan AbangAbu ingin berkongsi 10 rahsia yang akan menjadikan matlamat anda satu reliati.

  • ‘Passion’ – minat mendalam
  • Apa yang menjadi nadi dalam mencapai impian atau matlamat anda ialah minat yang mendalam tentang yang anda ingin capai. Pastikan anda mempunyai passion yang mendalam dalam perkara yang anda inginkan itu.

  • Realistik
  • Sekiranya matlamat anda adalah untuk mencapai jualan $1 juta pada tahun akan datang, dan anda hanya berjaya mencapai setengah juta dolar, maka anda telah gagal mencapai matlamat anda itu. Bagaimanapun, anda telah mencapai jualan setengah juta dolar. Bukankah itu satu kejayaan? Jadi adalah lebih baik jika matlamat anda itu anda jadikan sesuatu yang boleh anda capai dan memberikan semangat untuk melakukan lebih baik daripada matlamat itu. Ini akan memberikan kepuasan serta semangat baru dalam diri anda.

  • Nilai murni
  • Dalam mencapai matlamat anda, sifat-sifat murni juga harus disemat bersama. Sekiranya matlamat anda bertentangan dengan nilai diri anda, maka adalah baik jika anda melihat kembali matlamat anda itu. Anda akan lebih yakin melakukan perkara yang selari dengan peribadi anda.

  • Terperinci
  • Menulis matlamat sahaja tidak mencukupi. Yang penting ialah menulis dengan terperinci tentang maklumat mengenai matlamat anda itu. Contohnya, bilakah masa anda akan mencapainya, berapa yang ingin anda capai (misalnya $500,000 atau $300,000) dan bagaimana ia akan mengubah kehidupan anda. Ini akan memberi anda gambaran yang lebih jelas.

  • Pelan
  • Menulis pelan dalam mencapai matlamat itu amat penting. Dengan adanya pelan yang lengkap, ia akan menjadikan anda tidak lari daripada perkara yang harus anda lakukan. Ini juga membolehkan anda mengetahui perjalanan untuk mencapai matlamat anda.

  • Rekod
  • Adalah baik jika anda mempunyai seorang mentor atau rakan untuk anda ‘laporkan’ perkembangan dalam mencapai matlamat anda itu. Tetapkan satu tarikh setiap bulan untuk anda memberitahu rakan anda itu sejauh mana pencapaian anda. Ini akan menjadikan anda sentiasa memikirkan cara untuk mencapai matlamat anda secara konsisten. Ini juga akan menjadikan anda bertanggungjawab untuk mencapai matlamat tersebut.

  • Ceria
  • Setiap perkara yang dilakukan dengan rasa ceria dan gembira akan membuahkan hasil yang baik. Ini juga akan membuatkan anda tidak berasa tertekan walaupun perkara tersebut sesuatu yang sukar dilaksanakan. Sekiranya apa yang dilakukan menjadi sukar, ambil masa beriadah dan kembali semula setelah anda berasa lebih tenang.

  • Percaya akan matlamat anda
  • Ramai yang menulis serta melakarkan matlamat tahunan tidak percaya mereka akan dapat mencapainya. Mungkin pelik bagi anda yang membaca tip ini. Tetapi inilah yang selalu berlaku. Ramai menulis matlamat tetapi tidak yakin akan mencapainya. Ini akan menyebabkan anda tidak akan melakukan perkara yang harus anda lakukan kerana anda sendiri tidak berasa yakin. AbangAbu mahukan anda percaya dan yakin setiap matlamat anda itu akan tercapai.

  • Dapatkan Sokongan
  • Ramai tidak mahu mengakui bahawa mereka perlukan bantuan dan sokongan dalam mencapai matlamat mereka. Anda harus mempunyai sokongan daripada pelbagai pihak – keluarga, kakitangan perniagaan, rakan dan ramai lagi. Jangan cuba mencapai matlamat anda berseorangan kerana anda akan gagal.

  • Jangan putus asa.
  • Inilah yang AbangAbu tulis dalam rencana lalu. Walaupun matlamat yang anda lakarkan tidak dicapai, anda tidak boleh berputus asa. Sebaliknya, cari jalan serta idea-idea baru. Yang penting anda masih mahu serta mempunyai minat mendalam untuk mencapai matlamat anda itu serta anda berasa ceria dalam melakukan perkara-perkara untuk mencapai matlamat anda itu.

    Lebih 50 peratus peniaga gagal mencapai matlamat yang ditulis kerana mereka tidak melakukan semua perkara yang dibincangkan di atas.

    AbangAbu harap anda semua akan menjadikan perkara-perkara ini sebagai asas dalam melakarkan matlamat tahun baru anda.

    Semoga anda semua akan mencapai kejayaan serta mencapai segala matlamat yang anda inginkan.

    Untuk sebarang maklum balas sila e-mel abangabu@nowasia.sg, juga untuk tip-tip perniagaan yang lain sila layari http://www.abangabu.com.

    Apa Perserta SIMPAN CHALLENGE kata tentang SIMPAN CHALLENGE !

    Salam,

    Jumlah Simpanan yang dapat di laksanakan semasa Simpan Challenge ni.. adalah sebanyak RM372.40

    Terima kasih.. di sbb kan simpan challenge ini.. saya dah mula menabung.. walaupn sblm ini saya menabung juga .. tapi tak dapat sebanyak ini. dah hanya dibuat sekali sekala aje. berbanding sekarang.

    Saya akan teruskan tabiat menabung dan akan mengajar anak-anak untuk menabung apabila dia mula bersekolah…..

    Hana Azreen
    JB

    iapa – siapa nak join …. boleh join click sini.

    Do check out the latest happening by clicking the link below.

    PS: Konvensyen DARI KOSONG SAMPAI JUTAWAN january 17 di KL

    PPS: Join the FUN2SAVE and start enjoying saving money in a fun way

    PPPS: Get your self ready for the new year with a year long ecoaching for an affordable price at MAP2RICH

    22 Comments

    1. Assalamu’alaikum Abang Abu..

      Salam Maal Hijrah. Terima Kasih atas tips yang abang abu bagi tu 🙂 . Insya-allah, saya akan ikut 10 tip yang abang abu ajar tu. Apa ilmu yang abang abu ajar itu memang berguna 🙂 Chaiyok!!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *