Bengkel Bisnes untuk WARGA JOHOR

AbangAbu amat gembira sekali kerana kini berpeluang untuk berbakti untuk negeri Johor. Sebagai Anak Johor memang tersirat di hati untuk menjadi pemangkin pembangunan keusahawanan dan ekonomi warga Johor ini.

Setelah belajar di Sekolah Tasek Utara Johor Bahru dan terus berhijrah ke Singapura dalam mencari rezeki dan ilmu. Alhamdullilah setelah hampir 20 tahun dapat kembali ke Johor bukan sebagai hanya seorang pelawat tapi sebagai Anak Johor yang ingin menaburkan bakti dengan melakukan apa yang penting untuk seseorang dan sesebuah keluarga juga untuk sesuatu kaum dan masyarakat.

pembangunan dalam kesedaran kewangan serta keusahawanan perlu menjadi jihad dalam diri seseorang, AbangAbu akan memulakan pelbagai inisiatif dalam mencapai matlamat tersebut.

Bermula dengan sekolah , remaja dan setrusnya suri rumah yang ingin memajukan diri dalam kehidupan.

Program yang akan diusulkan akan muncul tidak lama lagi bagi Warga JOHOR. Nantikan kehadiran program program dan update dari AbangAbu setiap minggu.

Bulan July ini akan bermula beberapa program untuk warga Johor. Selalu selalulah singgah Blog saya ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *