MEMBASMI HUTANG 200 Ribu Part 2

SIMPAN Challenge NOVEMBER 2009- Join Sekarang

Ramai ingin mengetahui akan cara cara membasmi hutang. Hutang telah menjadi punca kepada pelbagai perkara .

Dari individu ke keluarga , Hutang menjadi punca keretakan rumah tangga , kesihatan dan macam macam lagi.

AbangAbu ingin membincangkan dengan anda semua cara cara yang boleh anda lakukan dalam membasmikan hutang anda.

Semua orang akan pada satu ketika mengalami masalah ini, AbangAbu sendiri. Jadi bagaimana untuk membayar kembali hutang anda. Lebih lebih lagi jikalau hutang yang amat sangat.

AbangAbu merasakan bahawa untuk memulakan , seseorang itu harus berjanji anda tidak akan melakukan kesilapan yang membawa anda dalam keadaan ini. Apa jua punca harus anda tidak ulangi lagi

Jadi , untuk hari ini , fikirkan bagaimana anda berada di situasi ini. Tuliskan perkara perkara yang anda boleh ingat. Ini akan memberikan anda punca ianya terjadi . Setelah anda mendapat tahu puncanya maka kini anda harus berjanji anda tidak akan melakukan kesilapan itu lagi.

proses ini boleh dilakukan dengan cepat oleh sebahagian dari anda manakala ada yang mungkin mengambil masa yang lebih panjang. Apa yang penting mulakan proses hari ini juga.

Kocek anda kosong? Jangan Risau……

SERTAI SIMPAN CHALLENGE NOVEMBER.

83 Comments

  1. Mula dengan artikel hari ini. just fikir kan how you get into this debt. understand what make you get into that. thats will be the first step..
    okie.

Leave a Reply to shima man Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *