Membasmi Hutang 200K: Part 6

animebutton.gif

Sudah hampir 6 minggu proses membasmi hutang ini. Bagaimana dengan anda yang sedang mengikuti proses ini.

Hari ini AbangAbu ingin berkongsi pengalaman yang berlaku pada diri abangabu sendiri. Pelbagai masaalah akan datang setelah anda membuat semua pelan untuk membayar balik hutang kepada semua yang anda berhutang.

Ini termasuklah dari keluarga anda sendiri, rakan kerja, pihak yang memberikan anda hutang dan sebagainya. Ini lah masa untuk anda bertawakal dengan bersendiri memdalami diri anda.

Mula bayangkan setiap orang yang anda perlu bayar dan minta mereka untuk menerima pelan bayaran anda kepada mereka. Dan pada masa ini anda harus bersedia menerima segala macam tomohan serta pelbagai imej yang akan diberikan kepada anda. Anda harus berserah kepada tuhan yang maha esa kerana niat anda adalah untuk membayar semua hutang kepada mereka. Jadi sabar jika mereka memcerca atau sebagainya.

Setelah anda melalui pengalaman itu , kini anda akan lebih selesa kerana anda telah pun memberitahu mereka perkara sebenar serta membuktikan anda terus membayar walaupun ada ketika terlambat atau terkurang dari apa yang dijanjikan. Yang penting anda terus membayar dan mula mengurangkan jumlah hutang.

Jadi minggu ini adalah untuk anda betul betul menyediakan diri serta minda dan hati anda untuk berterus terang serta yakin dalam membayar kembali hutang anda semua itu.

Jangan Lupa untuk menghadiri program MAP untuk KAYA. Ini adalah program yang akan memberikan anda idea idea baru dalam menguruskan hal hal kewangan anda.

Create your own banner at mybannermaker.com!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *