PASSPORT 101010: The Making Part 4

AbangAbu meminta maaf atas kelewatan dalam membuat update di Blog AbangAbu. Banyak perkara telah berlaku dalam masa 2 minggu ini.

Perjalanan PASSPORT 101010 berterusan. Ada orang yang merasa sangsi akan inisiatif ini., ada pula yang mengatakan bahawa ini adalah untuk kepentingan diri AbangAbu sendiri.

Biar apa pun mereka katakan AbangAbu tetap akan teruskan perjuangan dalam membentuk masyarakat melayu islam yang berjaya dalam dunia ekonomi serta perniagaan.

Sokong media yang abangabu harapkan tidak diperolehi, Walaupun inisiatif ini boleh membawa kebaikan kepada masyarakat pihak media yang selalunya menyokong AbangAbu tidak pula memberikan apa apa semangat , mungkin mereka telah disalah gunakan oleh pihak pihak lain yang mengambil kesempatan. Jadi AbangAbu tidak menyalahkan mereka,

Abang Abu percaya dengan niat yang baik dan semua ini dilakukan kerana ALLAH maka Abangabu tidak perlu khuatir akan apa apa rintangan yang akan ditempuhi.

Alhamdullilah, pihak RADIO  memberikan satu slot selama 1 jam dalam memperbincangkan mengenai inisiatif ini.

AbangAbu amat gembira akan support dari mereka. mudah mudahan semua orang yang menyokong serta memahami akan konsep ini diberikan ganjaran yang baik oleh Allah.

Setelah program selama 1 jam itu, AbangAbu serta team mendapat panggilan yang banyak dan sehinggi hari ini selam 212 orang sudah mendaftarkan diri.

AbangAbu semakin bersemangat kini dalam menjadikan program ini berjaya untuk semua.

Untuk anda yang ingin menyertai sila layari http://cabaran101010.com

Satu peluang untuk mendapatkan ilmu perniagaan yang lengkap serta menjana wang untuk memperkasakan keadaan ekonomi anda.

Salam Cabaran

AbangAbu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *