Promosi Bajet untuk Biz Anda.

Salam tahun 2011. Sudah 3 hari anda semua berada dalam 2011. Dalam 3 hari ini sahaja AbangAbu sudah mendapat banyak soalan mengenai promosi perniagaan mereka. AbangAbu ingin hari ini memberikan cara promosi yang boleh di amalkan oleh kebanyakan usahawan.

Jadi 3 perkara yang anda boleh lakukan untuk mempromosikan biz anda .

1) mengunakan nama , slogan dan alamat URL  dalam semua bahan bahan seperti bil, surat, envelope, pen, hadiah, bag, dan semua yang terdapat dalam perniangan anda. Malah ketika menjawap phone pun bagus kalau anda mulakan seperti mengenalkan nama biz anda pada sesiapa sahaja yang membuat panggilan. Semua bil bil harus mempunyai slogan dan alamat web biz anda. Surat dan samplu juga perlu mempunyai laman web anda serta slogan anda. Ini akan menjadikan setiap pelanggan anda mengingati anda dengan slogan tersebut.

2) Mengunakan internet , rangkaian sosial seperti facebook dan lain lain. Menghantar email yang bersesuaian dan kerap akan menjadikan biz anda sentiasa diingati. Tapi harus menghantar benda benda yang akan memberikan mereka faedah cepat dan bukan surat atau brochure jualan sahaja, Yang terbaik kalau diberikan tip tip yang baik dan diakhiri dengan sedikit promosi yang ringkas dan menarik perhatian.

3) Menadikan setiap masa riadah masa untuk anda menonjolkan nama biz anda atau slogan anda. Mengenakan tShirt yang tertulis nama biz anda atau slogan anda adalah satu cara terbaik, Dan masa anda beriadah pun dapat mengembangkan nama biz anda. Dilengkapkan dengan leman web sekali,

AbangABu harap ini sedikit sebanyak dapat memberikan idea yang boleh kita lakukan tanpa mengeluarkan duit yang banyak dalam membuat promosi yang efektif.

Walaupun nampak senang dan tak power tapi percayalah AA banyak kali dapat biznes dari kaedah ini.

Selamat Mencuba.

Salam AbangAbu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *