SIMPAN Challenge

animebutton.gif

AbangAbu berharap anda sudah join SIMPAN Challenge , dan bagi tau orang yang belum join lagi to join.

Ni ada email pasal tip semala dari seorang mahasiswa UM , AbangAbu nak share supaya yang lain pun bersemangat.

Salam..
Terima kasih untuk tip simpan challenge ini..
Untuk tip ke-2, minta diskaun, saya sendiri tak terfikir untuk buat macam tu..

Baru tengah hari tadi, saya makan bersama-makan kawan saya di kafeteria fakulti (saya seorang mahasiswa UM)..
Saya dikenakan bayaran RM4..Tapi sekadar bergurau, saya mengatakan, “Apa, RM3?” dan senyum..
Tiba-tiba saya diberikan balik RM1.5 (saya memberikan not RM5)..Jimat 50 sen..
Walaupun sikit tapi bernilai..

Tip yang saya amalkan; simpan RM1 sehari dari bajet harian yang dirancangkan.
Saya menetapkan saya makan sehari tidak melebihi RM8..
Dan saya pastikan saya akan menyimpan RM1 sebelum saya mula membeli pada hari tu..
Oleh itu, saya akan mengurangkan belanja makan pada setiap hari untuk memastikan tidak berlebihan dalam belanja.
Hasilnya? Saya dapat menyimpan RM30 tiap bulan (saya cuma seorang pelajar dan belum bekerja)..

Create your own banner at mybannermaker.com!

2 thoughts on “SIMPAN Challenge

  1. Salam,
    Abg Abu tips2 yg diberikan selama 5 hari ni sangat2 berguna kepada saya serta kawan2, alhamdullilah kami dh mula berjimat dan nampak hasilnya, untuk pengetahuan Abg Abu, tips2 ini telah diamalkan oleh bapa sy sejak berpuluh tahun dahulu sehinggalah sekarang usianya menjangkau 74thn. Thanks again Abg Abu….

  2. Salam kejayaan buat semua,

    Saya nak kongsikan pengalaman saya ikut program simpan challenge sebelum ianya bermula pada 1/11/09.

    Saya cuma praktikkan 2 tip percuma yang Abg Abu berikan kepada saya dalam bulan Oktber, dan hasilnya pada hujung bulan saya berjaya simpan RM440.75. Alhamdullillah.

    Maklumat lanjut bagaimana saya boleh simpan, ada saya tulis dalam blog saya di http://hamdanmohammed.com/

    Terima kasih Abang Abu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *