Home + Belia dan Bisnes Column
Category

+ Belia dan Bisnes Column

Alhamdullilah, program MBA 4 KIDZ yang julung kali dijalankan di Johor Bahru berlangsung dengan begitu meriah sekali. MBA 4 KIDZ  yang dijalankan selama 2 hari di TESCO Desa Tebrau telah melihatkan 35 kanak kanak berumur diantara 9 hingga 13 tahun telah di didik dengan ilmu keusahawanan yang unik dan kreatif oleh AbangAbu dan disertai oleh Muhammad Ahshik (penerima KIDS ENTREPRENEUR AWARD USA 2009)

Program ini telah menarik perhatian ramai pengunjung yang datang ke Tesco. Program ini memang begitu menarik perhatian kanak kanak dan juga ibu bapa mereka,

Apa yang ingin AbangAbu capai dari program ini adalah untuk memupuk 500 kanak kanak memulakan perniagaan mereka. Satu portal online akan dimulakan untuk semua peserta MBA4KIDZ ini memulakan perniagaan mereka,

Portal ini akan membantu mereka memasarkan produk produk mereka.

Untuk mengetahui lebih info mengenai program MBA 4 KIDZ . anda boleh hubungi Team Syifa – 0137556195

June 4, 2012 0 comment
0 Facebook Twitter Google + Pinterest

Salam rindu dan salam sayang dari AbangAbu kepada semua. Apa khabar? Moga moga harap dalam keadaan gembira dan ceria.

AbangAbu ada beberapa update yang harus diberikan kepada anda semua. Mungkin kerana kesibukan tak dapat AbangAbu update blog www.abangabu.com

memang banyak betul yang berlaku dalam seminggu bermula 2012, Alhamdullilah.

Kolej Kolej , IPTA , Universiti tempatan , AbangAbu sudah mula mengembangkan sayap team AbangAbu ke institusi pelajaran tinggi, Program keusahawan dan kewangan seperti Kem Bisnes bersama AbangAbu , Talk talk di universiti sudah mula berlangsung. KOLEJ PROFESIONAL MARA , seperti Kolej Profesional Mara Beranang telah menikmati hasil program dan akan terus menjadikan Kem Bisnes sebagai acara tahunan insya allah. Kolej Profesional Mara Bandar Penawar pula melihat lonjakan peserta yang menyertai PNS ( persatuan Niaga Siswa ) lebih 50% dari tahun 2011 setelah talk AbangAbu di kolej mereka. Jika anda ingin mengadakan program keusahawan atau kewangan sila hubungi AbangAbu di facebook atau email abangabu@nowasia.sg

Sambung esok

January 10, 2012 0 comment
0 Facebook Twitter Google + Pinterest

Do you have a mastermind group on your own?

Do you only work on your own?

AbangAbu saw how mastermind created  great product s and partnerships.

Newbie’s , experience people also need this.

Recently , AbangAbu were invited to be at cuti santai , a program that created out of a mastermind group that called themselves Team Penang.

It shows that newbie, experience person,  wannabie and aspiring people come together and form a team of their own. the result was awesome as they see bigger opportunities.

The program that they created become reality and looking forward in become an exclusive event for all the internet marketer.

What make me so amaze is that in that event , more mastermind team was formed among the attended the event.

AbangAbu also had chance to synergies with few of them to come out product and programs . The important of have your own mastermind is so critical in winning .

Make this coming year as a year that you will forma very strong mastermind group that will be able to work together.

December 7, 2010 0 comment
0 Facebook Twitter Google + Pinterest

Mudah cetak
E-mel

12 Mac 2010

EKONIAGA

BELIA & BISNES
Kalau tidak tahu, hendaklah bertanya…

Oleh
Abang Abu
RAMAI usahawan baru beranggapan mereka tidak berupaya mendapatkan pandangan ataupun nasihat untuk memulakan perniagaan kerana mereka perlukan wang bagi membayar konsultan perniagaan.

Mereka juga beranggapan hanya syarikat besar sahaja yang mampu mempunyai pasukan penasihat dalam perniagaan mereka. Mereka juga malu bertanya dan inilah satu punca utama mengapa banyak perniagaan usahawan Melayu tidak dapat bertahan lama atau tidak dapat berkembang.

March 12, 2010 2 comments
0 Facebook Twitter Google + Pinterest

4 Dis 2009

EKONIAGA

BELIA DAN BISNES
Usah putus asa dan jadikan kegagalan resipi kejayaan

Oleh
Abang Abu
APA khabar semua? Semoga sentiasa dalam keadaan ceria walau apa jua keadaan melanda. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, pastikan anda belajar daripada setiap yang berlaku.

Kita sudah berada di penghujung tahun 2009 dan akan melangkah ke tahun 2010.

Mungkin banyak perkara yang ingin dicapai tidak kesampaian atau tidak dapat dipenuhi. Yang penting jangan patah semangat.

Anda harus lihat apa yang perlu dilakukan untuk menjadikan impian serta matlamat anda satu kenyataan.

December 4, 2009 22 comments
0 Facebook Twitter Google + Pinterest

SIMPAN Challenge Update and view and comments CLICK HERE

Weekly Cash Challenge(WCC) will be back again on 7th October 2009

11 Sep 2009


EKONIAGA

BELIA DAN BISNES
Etika perniagaan

Oleh
Abang Abu
SUASANA di bazar-bazar semakin meriah selepas agak sepi dalam minggu pertama.

Persiapan menyambut Syawal menjadikan ramai usahawan di bazar menjadi lebih sibuk.

Minggu lalu AbangAbu berkongsi tentang etika perniagaan yang harus dipegang kuat oleh semua usahawan agar perniagaan mereka mendapat keuntungan berpanjangan.

Dalam rencana hari ini, AbangAbu ingin menyambung beberapa lagi etika yang harus menjadi milik setiap usahawan.

Seorang usahawan mestilah berlaku adil dalam timbangan tanpa sebarang penipuan. Pengguna harus mendapat hak yang sejajar dengan harga yang mereka bayar.

3. Pembantu

Dalam menjadi usahawan berjaya anda pasti mempunyai pembantu dan pekerja. Dalam aspek ini, anda harus menjalin hubungan yang baik dengan mereka dan menjaga kebajikan mereka.

Ini akan membantu perniagaan anda dengan adanya pekerja berkomitmen tinggi dan bertanggungjawab.

Antara etika dalam hal ini ialah:

(a) Memberikan gaji yang berpatutan dengan kerja yang dilakukan.

(b) Memberikan mereka kelonggaran untuk memberi pandangan terhadap sebarang tindakan anda.

(c) Menyediakan tempat kerja yang selamat dan harmoni.

(d) Memberi peluang kepada mereka mengikuti kursus-kursus kemahiran yang boleh membantu diri mereka serta perniagaan anda.

4. Mutu

Menjaga mutu produk anda adalah etika perniagaan yang tinggi. Produk yang tidak bermutu boleh menjejas usaha membangunkan masyarakat dari sudut mental, moral, dan kesihatan.

Masalah keracunan makanan, penyakit barah dan sebagainya berpunca daripada bahan yang tidak bermutu.

Tindakan undang-undang akan diambil terhadap seseorang usahawan sekiranya ini berlaku dan akan merugikan pihak usahawan sendiri.

5. Harga

Seorang peniaga haruslah menetapkan harga yang adil dan berpatutan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan untuk pembeli.

Harga yang berlebihan akan menyebabkan golongan yang tidak berkemampuan tidak dapat memiliki barangan keperluan mereka. Ia juga akan menyebabkan inflasi.

Menaikkan harga tanpa sebab yang munasabah semata-mata mahu menambahkan keuntungan akan memberi kesan negatif terhadap jualan barangan jangka panjang.

6. Tanggungjawab agama

Keusahawanan merupakan satu ibadat dalam konteks yang luas dan usahawan akan mendapat balasan yang baik sekiranya dia mempunyai niat yang baik.

Tetapi sebagai usahawan, anda harus juga melaksanakan tanggung jawap yang lain. AbangAbu mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri AbangAbu sendiri serta semua usahawan agar jangan lupa melaksanakan tanggungjawap agama.

(a) Sembahyang: Apabila tiba waktu, tunaikan sembahyang dan cari rezeki selepas laksanakan tuntutan agama ini. Ini adalah etika seorang usahawan Muslim.

(b) Zakat perniagaan: Menjadi kewajipan seseorang usahawan agar melaksanakan zakat perniagaan. Kajian menunjukkan ramai yang mengabaikan kewajipan ini. Zakat ini merangkumi segala bentuk perniagaan dan pelaburan. Keterangan mengenai zakat perniagaan boleh didapati di laman www.muis. gov.sg dan semua masjid.

Perniagaan kecil-kecilan juga harus dikeluarkan zakat baginya. Bagi peniaga kecil, risalah cara mengira kadar zakat pernigaan kecil juga disediakan.

Mudah-mudahan semua usahawan akan dapat merasakan nikmat berzakat yang pasti akan membawa berkat ke atas diri mereka dan keluarga.

Untuk maklum balas, sila hantar e-mel kepada abangabu@nowasia.sg. Juga dapatkan petua bisnes di blog www.abangabu.com.

Sempena bulan Syawal yang akan tiba , AbangAbu ingin sekali meminta ampun maaf daripada semua pembaca ruangan Belia dan Bisnes sekiranya terdapat kesilapan daripada tulisan AbangAbu. Selamat Aidil fitri.

September 13, 2009 36 comments
0 Facebook Twitter Google + Pinterest
Mudah cetak
E-mel

31 Julai 2009

EKONIAGA

BELIA DAN BISNES BERSAMA ABANG ABU


Petua dapatkan untung daripada niaga bulan Ramadan

APA khabar semua?

AbangAbu merasakan bahang bazar Ramadan sudah bermula. Anda yang akan menjalankan perniagaan pada musim ini sudahkah bersedia?

Sudahkah anda membaca mengenai langkah-langkah niaga pada bulan Ramadan dalam rencana lalu? Bagi yang tidak berkesempatan, anda boleh melayari blog www.abangabu.com.

Hari ini, AbangAbu akan berkongsi enam lagi petua bagi memastikan perniagaan anda menguntungkan.

(1) Dapatkan perhatian media. Semua orang pasti ada berita untuk disampaikan kepada orang ramai. Cara terbaik ialah menerusi media – media cetak, radio atau televisyen. Tulis rencana ringkas yang dapat menarik perhatian media.

(2) Ramai wartawan dan penerbit televisyen dan radio memerlukan berita untuk disiarkan. Hantarkan berita kepada mereka yang membuat liputan. Sentiasa dapatkan sesuatu yang unik dalam produk atau khidmat anda dan yang mungkin menarik untuk disiarkan. Wartawan juga manusia biasa dan mereka menerima beratus-ratus e-mel dan berita untuk disiarkan. Rencana yang menarik akan mendapat perhatian mereka.

Berita mengenai produk atau khidmat anda yang tersiar dalam media akan mendapat perhatian orang ramai yang ingin mendapatkan khidmat anda.

(3) Mulakan blog dan menulis mengenai khidmat atau produk serta perniagaan anda di alam siber akan cepat mendapat perhatian ramai. Anda juga boleh menulis e-report (e-book) yang ringkas untuk pengunjung blog anda. Ini juga akan memberikan reputasi yang tinggi kepada anda.

Anda juga boleh menghantar rencana anda ke semua pihak media alam siber.

Anda tidak perlu mengeluarkan wang dalam memulakan blog sendiri. Ia seperti menulis diari; begitu mudah sekali. Dapatkan blog percuma daripada www.blogger.com.

(4) Mulakan sesuatu kempen mengenai produk atau khidmat anda. Memulakan kempen bagi membantu masyarakat akan menolong membina dan menguatkan reputasi perniagaan anda. Dapatkan pakar-pakar dalam bidang anda untuk memberikan taklimat kepada pelanggan anda.

Contohnya, Mendaki yang memulakan kempen ‘Bijak Belanja’ menggalak masyarakat berhemat pada musim perayaan. AbangAbu sendiri akan memulakan kempen menabung mulai September ini bagi menanam sifat menabung dalam kalangan masyarakat.

(5) Rebut peluang berucap. Satu cara terbaik memperkenalkan khidmat serta produk anda ialah dengan mendapatkan peluang berucap di depan khalayak.

Salah seorang usahawan yang AbangAbu latih telah mendapat banyak tempahan kuih pada musim perayaan ini dengan cara ini.

Anda boleh berhubung dengan Kelab Masyarakat setempat bagi mendapatkan peluang berucap. Kebanyakan kelab ini mencari idea untuk kegiatan mereka. Sediakan profil dan kepakaran anda dan hantarkan kepada mereka.

Anda juga boleh menyertai Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) dan kelabkelab perniagaan yang memberi peluang kepada anggota mereka mempromosikan produk masing-masing.

(6) Anda juga boleh memanfaatkan teknologi maklumat (IT) dalam mendekatkan diri kepada bakal pelanggan anda.

Dapatkan bantuan rakan-rakan anda dalam memanfaatkan rangkaian sosial alam siber.

Facebook, Multiply, My Space, YouTube adalah antara rangkaian luas untuk anda bina hubungan niaga.

Jangan lupa join SIMPAN CHALLENGE by clicking htttp://www.abangabu.com/simpan-challenge/

July 31, 2009 36 comments
0 Facebook Twitter Google + Pinterest

7 Julai 2009

SINGAPURA

BELIA & BISNES
Strategi 3R untuk peniaga musiman

Oleh
Abang Abu
DENGAN kedatangan Ramadan bulan depan, ramai peniaga musiman akan timbul di bazar-bazar Ramadan.

Ada merupakan peniaga yang berpengalaman dan ada juga usahawan baru.

AbangAbu juga menjangka ramai yang kehilangan pekerjaan akan cuba berniaga. Sebagai permulaan, AbangAbu ingin bincangkan perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh peniaga musiman ini.

Strategi perniagaan musiman amat berlainan daripada perniagaan sepanjang tahun.

Pemasaran 4P – produk, harga (price), promosi, tempat (place) – adalah strategi yang selalu digunakan oleh perniagaan sepanjang tahun.

AbangAbu ingin memperkenalkan pemasaran 3R – reputasi, hubungan (relationship), rujukan – untuk perniagaan musiman.

AbangAbu akan melakarkan 10 kegiatan yang harus anda lakukan dalam memastikan perniagaan musiman tahun ini akan membawa keuntungan yang luar biasa.

1) Mantapkan hubungan dengan pelanggan tetap anda

Tahukah anda kos untuk mendapatkan pelanggan baru yang membeli daripada anda adalah lima kali ganda lebih tinggi daripada pelanggan tetap anda? Apakah yang akan anda lakukan untuk mendapatkan maklumat daripada pelanggan anda pada tahun ini? Sediakan sesuatu yang membolehkan anda dapat maklumat mereka supaya anda dapat berhubungan dengan mereka.

Mungkin dengan menghantar kad Hari Raya atau memberikan mereka potongan istimewa. Fikirkan sesuatu yang kreatif agar mereka akan ingat anda dan memperkenalkan kenalan mereka kepada anda.

Tahukah anda 20 peratus pelanggan anda akan memberikan 80 peratus perniagaan baru serta akan memperkenalkan kenalan mereka kepada anda? Cari siapakah mereka ini dalam perniagaan anda.

2) Dapatkan rujukan daripada pelanggan tetap anda.

Tuliskan semua orang yang pernah berhubungan dalam perniagaan anda tiga hingga enam bulan sebelum ini. Dapatkan sekurang kurangnya 30-50 nama – pemborong, pembeli, rakan-rakan kenalan anda, penghantar stok, pemilik gerai anda atau penyewa gerai dan sebagainya.

Dapatkan pendapat mereka mengenai perkhidmatan serta produk anda dan minta pandangan mereka dalam memperbaiki dan membaharui perniagaan anda.

Beritahu mereka bahawa anda tidak membuat sebarang iklan yang mahal dan mengharapkan bantuan mereka memperkenalkan rakan dan kenalan mereka tentang perniagaan anda dan anda akan menghargai perkara itu.

Ingat! Apa yang anda minta itu tidak penting. Yang paling penting adalah siapa, bagaimana atau cara dan waktu yang mana anda minta.

3) Kerjasama dengan perniagaan lain

Peniaga yang bijak akan membina kerjasama dengan peniaga lain. Anda boleh mula menjalin hubungan dengan perniagaan yang pelanggan mereka juga perlukan khidmat anda. Misalnya, jika anda menjual kain yang belum dijahit, anda boleh bekerjasama dengan usahawan dalam bidang jahitan.

Cuba fikirkan apakah pelanggan anda mungkin perlukan sebagai tambahan daripada perkhidmatan atau produk anda. Juga fikirkan pelanggan siapakah yang memerlukan perkhidmatan serta produk anda.

Jalinkan hubungan dengan perniagaan itu. Juga bincangkan bagaimana anda berdua boleh mendapat kejayaan bersama daripada hubungan itu. Kerjasama yang mantap dengan perniagaan lain hanya boleh dicapai jika terdapat kepercayaan yang tinggi di antara mereka. Anda harus menjalin hubungan jangka waktu yang panjang supaya kepercayaan yang mantap boleh dipupuk di antara satu sama lain.

4) Kembangkan jaringan dan rangkaian anda

Mula hadiri pertemuan pelbagai persatuan dan rangkaian dalam membina jaringan anda. Jadikan matlamat menghadiri satu sesi pertemuan setiap minggu. AbangAbu pasti 80 peratus peserta yang menghadiri pertemuan begini tidak langsung mengetahui apa yang anda lakukan.

Ini membuka peluang kepada anda mendapatkan pelanggan baru untuk perniagaan anda.

Tip emas! Jangan berbual panjang mengenai perniagaan anda dalam acara sebegini. Dapatkan kad nama dan cuba berbual perkara yang lebih menyeronokkan. Hubungi mereka di lain hari untuk bertemu dan berbincang mengenai perniagaan.

Satu kesilapan yang sering dilakukan oleh ramai peniaga ialah mereka tidak akan berhubung dengan kenalan yang baru mereka temui itu setelah acara tersebut tamat.

AbangAbu harap empat kegiatan itu akan menjadikan anda mula sibuk. AbangAbu akan berkongsi enam lagi kegiatan di rencana akan datang.

Last thing to do
1. Leave a comment on this post describing your name and also encourage others to join)
2. Want to attend some workshop on starting your own biz – MAP untuk KAYA

3. Want to do Charity click this post – I AM RICH BY GIVING

If you liked this tip, check out my MAP2BRICH eCoaching — 2 long, tactical tip per week. Save money or get a 100% refund.

July 17, 2009 21 comments
0 Facebook Twitter Google + Pinterest

BELIA & BISNES

PENTINGNYA MEMBINA JENAMA BAGI PERNIAGAAN ANDA Oleh
Abang Abu
PENJENAMAAN atau branding sering dianggap hanya untuk perniagaan besar.

AbangAbu rasa sudah sampai masa bagi peniaga Melayu kita membina jenama untuk mendapat pasaran yang lebih luas.

Sering kali juga, usahawan menganggap penjenamaan memerlukan banyak wang.

Hakikatnya, mendapatkan khidmat pakar penjenamaan memang bukan murah. Namun, Abangabu akan memberikan tip-tip bagi anda mengorak langkah tanpa mengeluarkan kos yang tinggi.

LOGO

Ia amat berguna. Namun anda tidak perlu mendapatkan logo yang eksklusif.

Yang penting, biar apa jua logo pilihan anda, ia harus dimanfaatkan, baik dalam kad nama, surat, invois, risalah atau pintu pejabat dan sebagainya.

LAMAN WEB

Mempunyai laman web profesional amat penting dalam membina jenama anda.

Laman web anda ini akan memaparkan imej perniagaan serta diri anda. Dengan mempunyai laman web yang baik, ia dapat bantu meningkatkan keyakinan bakal pelanggan anda.

Pastikan juga laman anda sentiasa dikemas kini.

BLOG

Satu lagi cara membina jenama adalah dengan memulakan blog sendiri.

Ini boleh dilakukan secara percuma. Dapatkan blog percuma di www.blogger.com.

Untuk contoh, bolehlah anda ke blog www.abangabu.com sendiri.

PROFIL

Siapkan satu profil syarikat anda. Profil ini tidak perlu lebih daripada satu muka surat.

Isikan maklumat yang mudah dibaca mengenai syarikat anda. Ini akan menjadikan perniagaan anda lebih profesional.

Walau sekecil mana pun perniagaan anda, mewujudkan profil syarikat yang menarik akan memberikan keyakinan kepada pelbagai pihak.

RANGKAIAN

Hadirkan diri dan kenalkan perniagaan anda kepada sesiapa sahaja dan di mana sahaja.

Pastikan anda mempunyai kad nama ke mana sahaja anda pergi. Ini adalah antara cara terbaik bagi membina jenama syarikat atau perniagaan anda.

MANFAATKAN TUKILAN

Jenama anda akan lebih dikenali jika anda melakukan hanya satu perkara atau bidang yang memang menjadi kepakaran anda.

Dengan ini jenama anda akan dikenali untuk perkara tersebut. Ini penting bagi menjadikan anda sebagai seorang pakar.

PASUKAN ANDA

Untuk membina jenama yang ulung, semua orang terlibat harus memainkan peranan masing-masing.

Pekerja anda harus diberikan ilmu dalam menjaga imej jenama yang dibina itu manakala pelanggan anda perlu mempunyai pandangan positif terhadap jenama anda.

Ringkasnya, strategi penjenamaan amat penting dalam mencapai kejayaan jangka panjang niaga anda.

Ramai usahawan berpendapat penjenamaan adalah sekadar mewujudkan logo yang menarik. Ini tidak benar sama sekali.

Penjenamaan adalah lebih kepada menjaga emosi serta minda pelanggan anda terhadap imej perniagaan anda.

Dalam membina jenama yang terkenal, anda harus memulakannya daripada awal lagi.

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) melalui Pusat Pembangunan Keusahawan (EDC) menawarkan khidmat penjenamaan.

Beberapa pihak swasta juga menawarkan harga yang rendah, mengikut profil sesebuah perniagaan.

Hanya satu syarikat Melayu yang telah memulakan khidmat penjenamaan di sini – dapatkan maklumat di www.chillipadi.webs.com.

AbangAbu berharap dengan adanya khidmat seperti ini dapat membantu usahawan kita membina jenama yang dikenali bukan sahaja di sini, malah di persada antarabangsa.

Untuk maklum balas serta pandangan, sila e-mel abangabu@nowasia.sg. Juga dapatkan pelbagai tip niaga di blog www.abangabu.com.

June 5, 2009 3 comments
0 Facebook Twitter Google + Pinterest

Lima Kunci Kejayaan Dalam Bisnes

Dalam keadaan gawat ramai usahawan ingin mendapatkan tip tip yang boleh memberikan keyakinan dalam perniagaan. Dalam rencana hari ini AbangAbu ingin memberikan 5 kunci kejayaan dalam bisnes anda.

  1. Pakar atau Terbaik

Jadikan matlamat anda untuk menjadi seorang yang paling mahir dalam bidang anda.Sentiasa menimba ilmu yang boleh menjadikan anda pakar dalam bidang yang anda ceburi.Berikan perkhidmatan yang terbaik serta yang memberikan kesan kepada pelanggan anda. Ini akan menjadikan diri anda sebagai pakar dalam bidang tersebut. Dengan status pakar anda boleh mengembangkan rangkaian perniagaan anda yang akan membuka peluang peluang baru.

  1. Dapatkan niche

Niche merupakan sesuatu bidang yang memberikan keuntungan yang besar dan tiada saingan. Contohnya , lakukan sesuatu yang tiada orang lain lakukan. Dengan memahami niche ini anda boleh menumpukan target anda. Ini adalah satu kunci yang menjadikan sesuatu perniagaan itu berjaya tidak kira dalam keadaan gawat sekalipun.Mulakan kajian anda supaya perniagaan anda

  1. Pertingkatkan keberkesanan

Anda harus mempertingkatkan keberkesanan dalam cara anda menjual perkhidmatan atau produk anda kepada seberapa ramai pelanggan serta dalam waktu yang singkat.Pemasaran adalah kunci.Dapatkan pelanggan anda menjadi pemasar perkhidmatan serta produk anda.Adakan satu sistem jualan yang unik. Anda harus sentiasa mencari idea idea yang baru untuk mengembangkan perniagaan anda.

  1. Adakan Kerjasama

Sifat berkerjasama diantara usahawan usahawan serta perniagaan lain juga adalah satu kunci kejayaan. Ini akan membuahkan hasil yang paling baik kepada semua pihak yang berkerjasama. Bagaimanapun semua pihak harus memahami akan tanggung jawap masing masing. Disamping itu hasil yang dirai perlulah seimbang dan bukan hanya menguntukan satu pihak sahaja. Dua atau lebih kuasa yang bersatu akan dapat mengeluarkan kuasa yang lebih hebat dan besar. Mulakan kerjasama dengan usahawan dan perniagaan lain.

  1. Tumpukan pada hasil

Hasil adalah tujuan amat penting dalam perniagaan . Sentiasa perhatikan matlamat anda serta hasil yang anda sudah perolehi sehinggi kini. Adakah anda dalam perjalaan seperti yang telah anda lakarkan? Ini akan memberikan anda peluang untuk membuat kajian serta menukar strategi lain agar anda kan mendapatkan hasil yang anda inginkan dalam jangka waktu tertentu. Sentiasa lihat sejauh mana anda dalam mencapai matlamat serta arah tujuan anda.Tumpukan perhatian anda pada hasil.

Secara keseluruhanya AbangAbu yakin dengan 5 kunci yang dibincangkan boleh menghasilkan perniagaan yang lebih mantap dan berjaya.Kelima lima kunci kejayaan ini telah diamalkan oleh semua perniagaan yang berjaya seperti Starbucks, McDonald, Body Shop . Dengan mengimplitasikan kelima lima kunci ini akan memberikan kepuasaan pada pelangan pelangan dan juag pekerja anda.

AbangAbu amat berharap agar semua usahawan kita akan mengunakan kunci kunci ini untuk membuka lebih banyak lagi peluang peluang untuk terus berdaya dalam mengharungi dunia perniagaan.

Salam Maju Jaya

Bengkel KOMPAS WANG , satu bengkel interaktif 2 jam dalam mendalami cara cara menguruskan kewangan anda dengan kaedaah yang unik oleh AbangAbu. Anda juga akan membawa pulang kompas wang beserta dengan buku kerja kompas wang. Semua in hanya $25 sahaja. Tempat terhad hanya 15 orang sahaja. Daftar sekarang dengan menelipon 62200701.

butir butir

pada 28hb FEBUARY 2009 Sabtu

jam 230ptg – 430ptg

Tempat : 25 Peck Seah Street , #07-09 Singapore 079315

hanya 15 pax sahaja..

February 27, 2009 1 comment
0 Facebook Twitter Google + Pinterest
Newer Posts