KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW

Khutbah ini disampaikan pada
09 Zulhijjah Tahun 10
Hijrah di Lembah
Uranah Gunung Arafah.

“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak Ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah Aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap Muslim sebagai amanah suci.
Kembalikanlah harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.
Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui TUHAN kamu, dan DIA pasti akan membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.
ALLAH SWT telah mengharamkan riba.
Oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan Agama kamu, dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak keatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak
mereka keatas kamu, maka mereka juga berhak untuk dibari makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka, kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu keatas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang lain yang tidak kamu sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata Ku ini,
“Sembahlah
ALLAH SWT, Dirikanlah Sembahyang lima (5) kali sehari, Berpuasalah dibulan Ramadhan, dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu, Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu”.
Ketahuilah setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Takwa dan Beramal Soleh. Ingatlah bahawa kamu akan mengadap ALLAH SWT pada suatu hari untuk dipertanggung-jawabkan diatas apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanKu.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasKu dan tidak akan lahir Agama baru. Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataKu yang telah Ku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya Aku tinggalkan kepada kamu dua (2) perkara; yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya itulah “Al-Quran dan SunnahKu”.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapan Ku menyampaikan pula kepada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kata Ku dari mereka yang mendengar terus dariKu.
Saksikanlah YA ALLAH, bahawasanya telah Aku sampaikan RisalahMU kepada hamba-hambaMU.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *