Membasmi Hutang 200K – Part 4

SIMPAN Challenge NOVEMBER 2009- Join Sekarang

Setelah anda memperkemaskinikan nota hutang anda mengikut kepada siapa dan berapa hutang anda.

Kini anda tahu jumlah keseluruhan serta siapakah orang yang anda harus langsaikan hutang. Minggu ini adalah paling mendebarkan sekali, kerana anda harus berhubungan dengan pemberi hutang anda.

Anda harus menghubungi semua orang yang anda berhutang dan lakarkan satu cara bayaran kepada mereka. Beritahu akan kedudukan anda yang sebenar, walau apa pun janji anda pada ketika anda membuat pinjaman sekarang anda harus bertemu dengan mereka untuk memberitahu akan keadaan anda sekarang serta apa yang anda sedang lakukan untuk membayar balik hutang hutang tersebut.

Anda juga harus memberitahu kepada mereka bahawa anda akan sedaya upaya anda akan menurut pelan yang telah dilakarkan.

Itu sahaja untuk minggu ini, pastikan anda menghubungi semua orang yang anda perlu dalam melaksanakan proses membasmi hutang ini.

Jangan lupa untuk Sertai SIMPAN Challenge November 2009

Bengkel MAP untuk KAYA November

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *