PELABUR – UJIAN RISIKO

Jawap soalan soalan di bawah ini … Pilih satu jawapan saja.

1- Anda ada membeli sebuah buku atau menghadiri workshop pelaburan dan melabur menggunakan strategi yang anda pelajari . 30 hari kemudian, seluruh pasaran saham jatuh teruk dan nilai keseluruhan saham anda jatuh 15% . Bagaimana pun strategi yang anda gunakan sangat tepat dan padu . Apa yang anda akan lakukan.

a) Tunggu sehingga nilai naik balik nilainya.
b) Jual dan selamatkan dari terus rugi .
c) Beli lagi , kerana dengan harga yang murah , mungkin boleh berikan pulangan yg tinggi.

2. Apa yang anda rasa akan anda lakukan:

a) Melabur dalam pelaburan Unit trust yg agrresif dan tidak bertambah nilai sejak 6 bulan sebelumnya.
b) Melabur dalam pasaran forex dan bertambah nilai nya sebanyak 50% dalam masa 6 bulan.

3. Adakah anda akan merasa tenang jika :

a) Menggandakan wang anda dengan pelaburan saham yang agrresif .
b) Menyelamatkan kerugian dengan pelaburan saham sebanyak 50% dengan melabur di pelaburan unit trust yang tiada risiko

4. Situasi mana yang akan membuat anda paling gembira.?

a) Anda menangi peraduan yang menawarkan RM100K
b) Anda mewarisi harta dari saudara anda sebanyak RM100K
c) Anda berjaya mendapatkan keuntungan dari RM2000 modal dalam pasaran pelaburan forex atau saham.
d) Semua di atas – akan rasa gembira tak kisah dari mana dtgnya .

5.Sebuah appartment yang anda miliki akan di naikkan taraf menjadi condominium . Jadi anda boleh membeli dengan harga RM80K atau menjual hak membeli ( option) dengan harga RM20K . Harga pasaran Kondo di kawasan tersebut adalah RM120K .
Jika anda membeli kondo tersebut anda hanya boleh menjualnya selepas 6 bulan . Setiap bulan tanggungan untuk kondo tersebut adalah RM1200. Kerana anda perlu membuat loan untuk membeli kondo tersebut . Apa yang akan ada lakukan?

a) Ambil RM20K keuntungan .
b) Beli unit tersebut dan jual di pasaran terbuka nanti.

6.Anda mendapat rumah bernilai RM100K yang telah di bayar penuh. Rumah ini mempunyai potensi untuk naik harganya dengan cepat kerana kedudukan yang strategik , bagaimana pun dalam keadaan yg lama dan usai.
jika di sewakan dalam keadaan yang sama , akan boleh disewa dengan Rm1000. Dan jika di bersihkan dan diubah suai boleh di sewakan dengan kadar RM1500.
Loan renovasi juga di sediakan.

Anda akan :
a) Jual rumah itu .
b)Sewakan dengan keadaan sekarang.
c) Ubah Suai kemudian di sewakan.

7.Anda bekerja di sebuah syarikat yang sedang menjualkan saham syarikat kepada pekerja nya. Syarikat tersebut ingin di senaraikan dalam bursa saham dalam lebih kurang 4 tahun atau lebih . Anda juga tidak boleh menjual saham tersebut sehingga ia telah di senaraikan . Anda juga tidak akan dapat apa apa pulangan atau dividen dari saham tersebut .
Pulangan yang akan anda dapat adalah 10 – 20 kali ganda dari harga yang anda beli . Berapa kah jumlah yang akan anda laburkan .

a) Tidak akan melabur
b) Sebulan wang gaji
c) 3 Bulan wang gaji
d) 6 Bulan Wang gaji

8.Sepupu anda , seorang biologist yang telah mendapatkan pulangan yang sangat tinggi dari pelaburan saham sebelum ini , memberitahu anda bahawa ada saham yang boleh memberikan pulangan yang luarbiasa . Dia syorkan untuk anda melabur dalam UNIT TRUST yang dia cadangkan. Anda pula tiada apa apa pengetahuan mengenai bentuk pelaburan tersebut , tetapi anda pernah dengar yang pelaburan jenis itu berisiko sangat tinggi.

a) Terus melabur dalam pelaburan yang di cadangkan oleh sepupu.
b) Anda dapatkan report pelaburan tersebut dan mula mencari di google tentang saham tersebut .
c) Tak buat apa apa , simpan duit yang ada dalam bank anda
d) Mula hubungi broker saham dan dapatkan pandangan mereka , yang mereka cadangkan untuk labur di saham yang lain . dan anda ikut nasihat mereka .

9.Ada seorang pakar dalam bidang petrolium yang juga rakan lama anda , sedang mencari pelabur pelabur untuk sama sama melabur dalam satu project petrolium yang boleh memberikan pulangan 50-100 kali ganda jika ianya menjadi sukses. bagaimana pun semua pelaburan akan rugi sekiranya project tersebut tidak berhasil. . Dia juga mengetakan bahawa kemungkinan untuk projek itu berjaya dalam 20% .

a) Tidak akan buat apa apa
b) Sebulan wang gaji
c) 3 bulan wang gaji
d) 6 Bulan Wang gaji .

10.Anda mendapat peluang dari satu pihak yang sedang membangunkan tanah untuk projek perumahan. Mereka menawarkan anda option untuk melabur dalam projek tersebut .
Kos untuk anda adalah 2 bulan wang gaji anda . dan bila di buat perkiraan anda boleh mendapatkan pulangan lebih dari 10 bulan wang gaji anda. Anda akan:

a) Beli option tersebut
b) Biarkan sahaja , sebab bukan masa nya .

11.Anda berada di satu rancangan TV yang menawarkan hadiah wang tunai … manakah satu yang akan anda pilih.

a) RM1000 cash
b) 50% peluang untuk menang RM4000
c) 20% peluang untuk menang RM10000
d) 5% peluang untuk menang RM100,000

12.Inflasi tahun 1992 kembali lagi . Semua asset , emas dan perak , hartanah termasuk saham di jangka anda memberikan pulangan yang tinggi diantara 8-15%. Semua wang anda dalam pelaburan berjangka panjang ASB, UNIT TRUST , FIXED DEPOSITt yang pulangan nya dalam 6% … Apa yang anda lakukan?

a) Simpan sahaja Unit Trust , ASB , FD
b) Jualkan semua dan bahagikan hasil jualan , 50% dalam pasaran saham , dan 50% dalam asset pejal ” hartanah , emas .
c) Jual semua dan laburkan dalam semua aset pejal
d) Jual semua dan labur dalam saham dan juga pinjam wang untul labir dalam hartanah…

CONVERSATIVE ?
ACTIVE PASSIVE ?
AGGRESIVE ?

2 Comments

  1. Mohammed Ghazali

    Abang Abu,says ingin buat bayaran untuk kursus “Promo E-mail”. Says sertakan maklumat yang dikehendaki tetapi tidak diterima oleh sistem.Sila beritahu says APA yang harus says lakukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *