Turn your weakness into your strength .

Apa khabar ? Lama tak tulis di blog . Memang masa tak banyak yang dapat di gunakan untuk menulis. Saya cuba lah dalam bulan RAMADHAN  untuk meluangkan 1 jam untuk menulis plak ..

Hari ini ingin menulis pasal satu benda yang AbangAbu rasa boleh bantu ramai orang dalam hidup mereka.

Salah satu sebab ramai tidak dapat mencapai tahap terbaik dalam apa juga perkara  yang mereka inginkan adalah di sebabkan satu WEAKNESS atau kelemahan mereka.

Selalunya di sebabkan kelemahan mereka inilah yang menjadikan mereka tidak mencapai banyak kejayaan walaupun memang telah di berikan pelbagai peluang peluang .

Jadi apa yang boleh di lakukan ?

AbangAbu sendiri pernah buat proses ini. Sebab kalau nak tau , AA ni sebenarnya adalah pemalu . memang malu gila dan suka bersendirian . Lagi lagi kalau tiada teman yang saya kenal , memang saya akan senyap . Dan malu untuk bercakap . Tapi inilah sebenarnya kelemahan saya pada awal . Akhirnya AA kini lain sangat , adakah ianya terjadi dengan sendiri ?

Tidak, AA kena buat satu process yang akan AA kongsikan,

Step 1 . Tulis semua kelemahan yang mungkin kita tahu yang kita ada . 1 2 3 4 5 atau berapa banyak pun tak pe .
Step 2 – Ambil satu je dari banyak banyak yg awak tulis itu.
contoh : dalam kes AbangAbu Malu itu adalah satu weakness yang paling tinggi dalam senarai AA.

Step 3 – Sekarang kena cari apa kah yang berlawanan dengan sifat Malu itu . Yg positive nya adalah BERANI .

Step 4 – sekarang AA kena jadi kan weakness ke Strength . Kelemahan tukar jadi Kekuatan .

Step 5 – Plan + Action = System .

  • maka sekarang AA kena plan apa yang perlu di lakukan untuk hilangkan rasa malu . Dalam kes AA  , AA kena jumpa 3 org setiap hari , org yang tak pernah jumpa sebelum ini dan kena bercakap dengan meraka . Itulah PLAN
  • Dan kena mula buat setiap hari. JAdi mulalah AA jumpa 3 orang setiap hari . Bermula dengan hanya menegur tanya jam berapa ? Hingga lah dah boleh duduk sembang pasal bisnes . Masa tu business MLM ..
  • Akhirnya bila AA buat setiap hari dalam masa 2 bulan , ianya menjadi SISTEM dalam diri saya , dimana kalau tak berjumpa orang pada hari itu AA akan menjadi lemah sangat . Setiap hari kena jumpa orang dah ….

Step 6 – Ini akan menjadikan anda sudah mula menukar weakness tadi jadi strength anda.

Inilah kaedah yang AA buat untuk menjadikan Kelemahan kita menjadi kekuatan .

#youmustmeetabangabu .

PS ; Salam Ramadhan Kareem kepada semua yang mengenali AA dan juga kepada semua kenalan dan juga fan dan follower AbangAbu .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *