AbangAbu memulakan PROJECT $$ sebagai asas SIMPAN CHALLENGE yang begitu efektif sekali. AbangAbu syorkan anda semua menyertai SIMPAN Challenge.
Bil Air adalah salah satu bil bulanan yang memang perlu anda semua bayar.Walaupun dikira dari liter mungkin didapati murah kerana tak sampai 1 sen pun. Tapi kalau di hitung semua penggunaan air dengan cepat jumlah liter yang digunakan boleh melonjak dengan cepat sekali.
Misalanya mandi pagi hari memerlukan 20 gallon air digunakan, mandi petang 10 gallon air, penggunakan tandas hampir 3 gallon, dan macam macam lagi akan menjadikan penggunaan air menjadi tinggi sekali.
( Jangan pulak sebab project$$ ini anda tak mandi hehehe)
AbangAbu ingin kongsi banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk menjimatkan penggunaan air. lebih lebih lagi harga air disingapura akan naik lagi… Harapan AbangAbu dengan perkongsian ini anda boleh mengurangkan bil bulan air anda.
Betulkan paip paip yang bocor. Adakah tempat tempat yang bocor walaupun hanya sikit sahaja. Walaupun sedikit titik air seminit boleh menjadi beberapa gallon sebulan. Ini akan menyebabkan pembaziran dan sakaligus menambahkan bil air anda. Ambil sedikit masa dan cuba betulkan atau membaikankan tempat tempat yang bocor tadi dan kalau tidak boleh tukarkan yang baru.
Periksa tempat tersembunyi. Lihat dibawah tangki , bawah besin basuh? Adakah yang bocor dan kalau ada baiki tempat tempat yang bocor. Ini kerana tempat tempat begini tidak selalu diperiksa dan selalunya tempat sebigini mudah mengalami kebocoran.
Pasang paip bertekanan rendah . Biasanya ramai yang akan memasang paip paip yang tekanan air yang kuat. Seperti paip mandi dan juga lain lain. Ini sebenarnya akan mengunakan lebih banyak air dari paip paip yang tekanannya rendah. Dengan hanya menukarkan paip ini akan menjimatkan anda lebih kurann 8000 gallon setahun dengan penggunaan yang sama.
Isikan 10 atau 20 botol kosong dengan air dan tutup. Ini adalah supaya anda hanya mengunakan air ini semasa mengunakan tandas untuk buang air kecil. Kerana setiap kali “flushing” mengunakan 3 kali lebih air dari yang di perlukan.
Mandi dengan cepat. Selalunya mandi lah yang mengunakan air yang paling banyak sekali. lebih lebih lagi yang selalu mandi lebih 20 minit. Cuba gunakan waktu seperti 4 minit sahaja. ini akan membantu anda dalam pengurangan bil air,malahan ini akan memberikan masa untuk anda malakukan perkara yang lain.
Ini adalah antara perkara yang anda boleh lakukan dalam project $ehari $ejam AbangAbu.
Lakukan perkar perkara ini dan lihat apa yang berlaku pada bil air ( PUB ) anda.