Perjalanan Kejayaan Usahawan A.B.A.N.G – Nur Izham Makthar .

AbangAbu selalu teruja dengan perjalanan adek beradek abangabu network group ( A.B.A.N.G ) . Dan Minggu ini AA nak anda kenali dan juga berkenalan dengan seorang anak muda yang sangat komited , disiplin serta sangat peramah .

Beliau menjalan perniagaan sendiri pada usia yang muda , berkeluarga dengan di kurniakan dengan 2 cahaya mata.

AbangAbu sangat bersyukur kerana dapat membuat beliau berkongsi kan pengalaman beliau dalam perjalanan kejayaan beliau .

Connect ngan beliau ….. di link bawah ini

www.mokhdar.com

www.fb.com/kaedahmoktar/

BEST BEST BEST ….

Baca lah perkongsian Nur Izham ……..

Saya jalankan perniagaan bidang pendidikan. Saya teruskan legasi perniagaan ayah saya setelah perniagaannya jatuh pada tahun 2011 kerana kesihatannya tidak mengizinkan kesan daripada ilmu hitam. Dan sistem pengurusan perniagaan masih belum kukuh, serta kewangan yang bercelaru

Setelah saya tamat belajar dalam bidang Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia tahun 2014, saya buat keputusan untuk beri perhatian sepenuhnya untuk kembangkan semula perniagaan ayah dan lupakan hasrat untuk menjadi seorang Jurutera. Kerana untuk melunaskan segala hutang yang ditanggung syarikat dan keluarga, maka meneruskan hasrat dalam bidang perniagaan adalah jalan terbaik

===

Pada saya, mindset untuk kuasai ILMU adalah kunci utama untuk lebih berjaya. Punca kejatuhan perniagaan ayah saya adalah kerana kurangnya ilmu dalam pengurusan perniagaan dan kewangan. Tanpa ILMU tak akan ke mana walaupun berjaya buat Sales jutaan sekali pun, tetap sia-sia Sebab itu saya akan sentiasa upgrade diri dengan menghadiri ke kelas pengurusan perniagaan, kewangan dan lain2nya untuk memastikan setiap plan tindakan yang dibuat sentiasa berada pada track yang tepat dan tidak tersasar.

===

Kelebihan menjadi seorang entrepreneur ialah kebebasan masa dan hasil diperoleh setimpal dengan usaha yang dilakukan. Maknanya, kalau nak hasil yang lumayan, maka tindakan juga perlu berganda lebih kuat, pantas dan berkualiti. Tidak terikat, keberkatan rezeki itu lebih terjamin (contoh tak ada istilah curi tulang, tetapi gaji tetap dapat). Lebih kuat dalam pegangan agama kerana semua tahu hubung kait antara rezeki dengan Sang Pencipta

===

Modal permulaan saya ialah Rm0.00
Saya bermula dengan apa yang ada. Waktu itu (tahun 2012), saya masih ingat, saya terjumpa flyers lama ayah saya yang tak lagi digunakan tersimpan dalam stor rumah. Saya ambil dan bersihkan habuknya, dan saya bergerak ke putrajaya untuk edar flyers tersebut dari kereta ke kereta. Waktu itu bulan puasa. Sementara semua jemaah sedang dirikan solat terawikh, saya mulakan operasi letak flyers kereta ke kereta.

Alhamdulillah saya peroleh hasil bersih RM2k++ pertama waktu itu hasil daripada pendaftaran peserta program yang saya sendiri kendalikan.

Hasik wang tersebut saya gunakan untuk modal cetak banner sebanyak 30 unit. Untuk digantung ke kawasan perumahan. Namun hasilnya mengecewakan. Banner saya dipotong majlis bandaran, dan kawasan gantung yang tak strategik.

Dengan baki wang yang masih ada, saya gunakan untuk daftar ke kelas marketing fbads. Dan hasilnya alhamdulillah mulai terasa dan berjaya dapatkan jualan hingga ke hari ini

===

Mentor saya ialah ayah saya. Jatuh bangunnya dalam perniagaan pendidikan ini menjadi laluan yang jelas buat saya untuk lakukan apa yang betul dan tinggalkan apa yang salah.

===

Strategi banner saya gunakan sebanyak 4 kali, dengan 30 unit setiap kali strategi banner digunakan. Total RM 5760 dah saya habiskan namun hasilnya tetap menyedihkan. Akhirnya saya buat keputusan untuk hentikan strategi banner dan beralih sepenuhnya (100%) dengan kos fbads.

Dan hasil fbads, saya laburkan hanya RM30, dan dapat pulangan bersih RM1000++.

===

Waktu itu (2012) saya follow rapat idea dan strategi Azizan Osman dan Sifufbads. 2 ikon ini banyak beri tunjuk ajar tentang idea idea pemasaran terkini yang boleh digunakan serta pengurusan perniagaan yang lebih sistematik.

Database simpanan arkib ayah saya juga merupakan antara sumber terbaik yang saya gunakan untuk majukan lagi perniagaan ke peringkat seterusnya

===

Formula yang digunakan dalam bisnes adalah seperti berikut .

Fbads + graphic design + copywriting + database = RESULT

===

Pandangan mengenai rezeki ?

Pada saya, rezeki itu milik DIA. Apa yang paling penting ialah usaha, usaha dan usaha.

Ramai yang berusaha dan mengharap terus kepada hasil. Itu yang membawa kepada putus asa. Atau ada juga yang telah dapat hasil, tetapi terus rasa berpuas hati dengan hasilnya diperoleh.

Samada dapat hasil atau tidak, usaha wajib diteruskan. Tetapi usaha tanpa ilmu yang betul, adalah memenatkan.

Maknanya, wajib sentiasa upgrade ILMU, dan jangan sesekali ada perasaan denial, atau dah tahu semua perkara, EGO

===

Bagaimana anda membahagikan masa bisnes dan keluarga ?

Pagi ialah masa untuk bisnes. Petang ialah masa untuk keluarga

===

Next move ?

Perancangan saya seterusnya ialah buat simpanan yang lebih banyak untuk libatkan diri dalam pelaburan saham, hartanah dan lain2. Dan saya juga sedang kukuhkan SOP modul, SOP tenaga pengajar dan SOP cawangan/francais untuk kembangkan lagi perniagaan ke beberapa negeri.

===

Anything about AbangAbu atau apa yang anda belajar dari AbangAbu .

Pada pandangan saya, selagi tak jumpa dengan AA, selagi itu usaha kita untuk tingkatkan kualiti kewangan perniagaan akan sia sia. Kita tak tahu kemana hasil jualan. Sales masuk banyak tetapi rasa macam tak ada.

Selagi tak jumpa AA, Selagi itu semua seminar kewangan, kekayaan yang kita sertai tak akan berikan kesan apa-apa.

Dan sesiapa yang tak jumpa AA, selagi itu EGO dia tak akan dapat dipecahkan. EGO adalah antara punca kenapa perniagaan kita sukar untuk naik ke peringkat seterusnya. Jika ianya ditembusi, jalan selepas itu menjadi lebih mudah.

Ilmu-ilmu yang dikongsikan adalah ilmu yang praktikal dan real. Bukan teori semata-mata. Maknanya, sebelum kita terima ilmu tersebut, AA dah pun menguji keberkesanan ilmu tersebut. Bak kata mat saleh, AA definitly kind of person that walk the talk..

Perkongsian ilmu dan pengalamannya membuatkan seseorang terselamat daripada sebarang bentuk penipuan pelaburan. Buatkan sesorang terselamat daripada belengu hutang yang berpanjangan seolah tiada penghujungnya. Buatkan keluarga yang sering tertekan kerana masalah wang boleh tersenyum lega. Buatkan pasangan suami isteri yang sering bertengkar kerana masalah wang boleh berpelukan bahagia. Buatkan simpanan wang yang selama ini terasa mustahil walau hanya RM100, tetapi boleh capai ribuan ringgit dalam masa beberapa bulan sahaja. Tiada lagi isu tekanan dan lain-lainnya. Duit keluar masuk jelas tersusun di depan mata. Kita tahu cara untuk gandakan wang bagaimana. Teknik formula RM1JUTA, Magnet Wang, Kompas Wang, Biak Wang, Enjin Wang, 7 peringkat kewangan – Highway Wang dan banyak lagi sememangnya berikan kesan impak maksimum kepada sesiapa sahaja yang pelajari dan mengamalkannya. Saya berkata demikian sebab saya adalah ‘mangsa’ sebelum ini. Dan kini terasa jiwa sangat tenteram dan bahagia alhamdulillah. Terima kasih Abang Abu. Saya rasa kalau Abang Abu tinggal di US, dah lama jadi multi billionaire rasanya. Sebab orang kita tak macam orang sana. hehe.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *