ELLIS SUHAILI
Seorang ibu yang gigih dalam membina bisnes beliau ke satu peringkat yang berjaya. Kejayaan ini bukan datamg dengan mudah , sebaliknya dengan usaha gigih , dan semangat keyakinan tinggi sikap tidak kenal penat dan tidak menyerah kalah pada sebarang masalah menjadi sumber kejayaan beliau .
AbangAbu ada buat satu interview KHAS agar pengalaman beliau ini boleh di jadikan sumber inspirasi kepada ramai usahawan yang baru bermula atau pun pada semua yang lama dalam perniagaan , boleh juga menjadikan kisah ELIS sebagai pelajaran serta sesuatu yang dapat kita belajar .
IKUTI INTERVIEW INI ….
1)What kind of business do you have? What inspired you to become an Entrepreneur business owner?
.
Jika pergi kompleks beli belah, perasaan tak ada taman permainan kanak2 yang besar, yang kanak2 boleh masuk dan main lompat2 atas permainan tersebut. Nama benda tu ialah bouncy castle atau inflatable. Sebenarnya bukan kanak2 je yg boleh main tau. Orang dewasa pun boleh. Itulah bisnes saya, Sevensix Inflatables. Membekalkan perkhidmatan keriangan untuk seisi keluarga seperti inflatable, badut, facepainter, maskot, popcorn, cotton candy dan sebagainya.
.
.
Saya mula berniaga pada umur 7 tahun. Bawa nasi lemak dan jual di sekolah. Sampai kena warning dengan pengawas dan guru. Ingat lagi duit jualan selalu habis beli makanan kat kantin. Mak pun sabar jelah.. hahaha.. Kecil2 selalu ikut mak meniaga macam2. Bila dah habis sekolah macam2 bisnes cuba buat. Bisnes sambilan je, masih kerja dalam bidang akaun. Tu pun paling lama pun 5 tahun je boleh bertahan di sesebuah syarikat. Sampailah jumpa bisnes saya buat sekarang ni, bila tengok bisnes dah boleh support keperluan keluarga, akhirnya barulah buat keputusan boleh berhenti kerja. Alhamdulillah dah 5 tahun dah usia Sevensix Inflatables ni.
.
.
2)Did you need to have a certain mindset to achieve success?
.
.
Sudah semestinya. Usahawan ni kena ada daya maju, daya tahan dan daya saing.
Saya dulu dah beberapa kali hantar rancangan perniagaan kepada agensi kerajaan untuk buat pinjaman. Beberapa kali kena tolak. Asyik2 ditanya tentang daya tahan, daya saing dan daya juang. Faktor yang orang baru mula bisnes termasuk saya selalu tersilap ialah kita suka syok sendiri. Tak ada buat market validation tapi dah mula beli barang, dah mula sangka kita buka2 kedai je orang akan menderu datang masuk kedai kita, dan selalu kata bank / agensi kerajaan ni pilih kasih tak nak bagi modal kat kita. Tapi sebenarnya bila mereka tolak permohonan kita tu memang besar hikmahnya. Orang tua2 pun dah kata kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Jadi usahawan ni kena menuntut ilmu2 perniagaan dan mempunyai idola atau mentor yang boleh memendekkan “learning curve” sebagai usahawan.
.
.
3)Have you noticed certain advantages to being an entrepreneur business owner?
.
Ya. Yang paling ketara ialah rasa keterbergantungan pada Allah tu lebih tinggi. Bila kita tak tau berapa sales yang akan masuk harini, adakah dapat lepas komitmen keluarga untuk bulan ini, maka kita mula mencari jalan untuk menjemput rezeki. Dan jalan tu akan mendekatkan kita kepadaNya.
.
Selain tu, macam saya ni event biasanya pada hujung minggu. Kru2 saya kebanyakan bekerja kerajaan, majlis bandaran. Dengan bisnes ni saya rasa seronok kerana rezeki untuk mereka tu Allah salurkan melalui saya. Saya bukan membantu satu individu (kru) sahaja, malah saya membantu individu2 lain yang bergantung kepada kru saya seperti isterinya, anak-anaknya, ibu bapanya, dll.
.
.
4)Did you have a mentor to help you get started?
.
Boleh katakan pada mula2 saya berbisnes saya tiada mentor. Ibu bapa saya adalah serial entrepreneur. Mereka memang sering berniaga, tetapi tak ada satu perniagaan pun yang kekal lama sehingga sekarang. Saya pun begitu juga pada mulanya. Sehinggalah saya menyertai NGO Sisterhood Alliance, baru saya sedar jatuh bangun saya ni sebenarnya boleh dipendekkan dengan adanya seorang mentor.
.
.
5)Approximately how much money did you invest before your business became profitable?
.
.
Jika tanya untuk bisnes2 sebelum ni memang ribu2 lah modalnya.. tapi bungkus akhirnya. Berlainan dengan Sevensix Inflatables ni.. masa tu memang kekeringan sangat. Cubaan saya yang terakhir adalah pinjam dengan suami RM3k untuk beli sebuah inflatable kecil. Bajet marketing dalam RM2k jadi keseluruhannya mungkin RM5k. Tiga bulan lepas inflatable sampai barulah dapat order pertama. Dan selepas tu alhamdulillah satu demi satu order kami terima hingga akhirnya perniagaan tersebut mampu untuk menanggung keperluan kami sekeluarga.
.
.
6)What ways have you found to be most effective in marketing your product or service to get sales?
.
Online marketing kerana kita boleh target siapa audience kita, boleh track trafik dan analisa siapa pelanggan terbaik kita. Dan paling penting yang saya perasan ramai peniaga Melayu kurang peka ialah bab customer service. Baik peniaga online mahupun peniaga offline. Manusia sentiasa evolve. Jika dulu orang beli kerana keperluan, tapi zaman sekarang orang beli kerana emosi. Kadang dia tak perlu pun barang kita tapi sebab dia suka kita maka dia beli. Jadi sentiasa lah menjadi peniaga yang jujur dan ikhlas, insyaAllah keberkatan itu lebih utama dari keuntungan.
.
.
.
7)What tips can you give others who want to embrace their dream but, don’t have the confidence or feel they don’t have what it takes to succeed?
.
Lakukan istikharah. Allah lebih tahu apa yg terbaik untuk kita, maka tanyalah Dia. Kemudian buat SWOT analysis, kaji kekuatan dan kekurangan kita. Kemudian carilah ilmu2 yang boleh membantu kita memperbaiki kekurangan kita. Jika rasa dah tak mampu nak belajar maka carilah strategik partners yang boleh membantu kita dalam perniagaan. Namun untuk mencari partner yang sesuai pun satu cabaran juga. Maka balik pada tips pertama tadi, lakukanlah istikharah sebelum bersetuju menerima seseorang sebagai partner bisnes. Bila dah buat istikharah maka serahkan segala kerunsingan tersebut kepada Allah, niat berbisnes lillahita’ala kemudian buat je kerja kita. Apa pun result yang kita dapat tu berlapang dadalah bahawa ia adalah yg terbaik untuk kita.
.
.
8)What’s next for you?
.
Sekarang saya mempunya 3 sumber pendapatan iaitu Sevensix Inflatables (event), PantangPlus.com (booking portal for confinement services) dan MHM Associates (accounting firm). Ketiga-tiga ni sedang peringkat growth stages. Impian saya adalah untuk mengembangkan lagi perniagaan2 ini sehingga saya berupaya untuk exit dari syarikat2 ini dengan cash 7 angka dalam tangan. Kemudian saya nak fokus membantu usahawan2 yang perlukan khidmat nasihat terutamanya dalam perakaunan dan kewangan.
.
.
9)Few words of AbangAbu.
.
.
Money = M = bila dipanjangkan tangan M ke atas akan ada satu limitation
Wealth = W = bila dipanjangkan tangan W ke atas maka pengakhirannya infinity
Maka => Jangan kejar duit (money), tapi bina kekayaan (wealth)
.
Kita tanam benih rambutan tapi dok doa minta Allah bagi pokok durian. Bolehkah keluar pokok durian dari benih rambutan?
.
WAVE = Writing Affirmation Visualisation Everyday = Doa. A very powerful tool.
.
.
10) One fav hadis , quote or book that impacted you?
.
“Hasbunallahu wa ni`mal Wakil’: حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Allah (Alone) is Sufficient for us, and He is the Best Disposer of affairs (for us).”
آل عمران : Surah Al ‘Imran (3:173)
Gambar :
ni gambar awal2 tahun 2012. kami punya yg kecik tu je. yg besar tu orang lain punya.
https://www.facebook.com/76inflatables/photos/a.461190850568763.102230.460608080627040/560825553938625/?type=3&theater
ni gambar tahun 2015. masa ni dah ada 9 inflatable sendiri.
https://www.facebook.com/76inflatables/photos/a.882985495055961.1073741847.460608080627040/956797557674754/?type=3&theater
ni gambar tahun 2017. lepas menghadiri kelas abang abu. alhamdulillah tercapai impian beli hilux untuk kegunaan bisnes.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1401190549933398&set=a.669325439786583.1073741837.100001273996803&type=3&theater
Best Regards,
Elis Suhaili
0162335702
* Inflatable Children & Adult * Family Entertainment Services *
Jangan lupu untuk dapatkan E BOOK PERCUMA – ABU SUCCESS METHOD di www.abangabu.com