This Week Entrepreneur : Malek Awab

Hi all,  Today i Am sharing with you one of our favourite son of Singapore Football, Malek Awab , a name that been always in mind of football supporters and fans.

As what he been in football , now he is showing the skill in the business world. I am sure this man will make it big in business as i learn one thing from him. HUMBLENESS in him make me really respect this man.

This is the interview that i did with him… So here you go. The interview is in Malay ..fandietc.jpg

Malek Awab menceburkan diri dalam bidang perniagaan setelah lama membantu sahabat beliau dalam perniegiaan tersebut. Bacalah temuramah yang amat berpelajaran ini. Beliau menjalankan perniagaan barangan sukan.

SBD: Apa Khabar Malek?

Malek: Khabar Baik.

SBD: Malek , Terma Kasih kerana sudi bersama Selebriti bulan ini dan berkongsi tip tip usahawan.

Malek: Sama Sama.

SBD: Apakah pandangan Malek terhadap perniagaan ?

Malek: Bisnes adalah sesuatu yang serious. Mesti fikir pasal bisnes 24 jam. Dan minda mesti sentiasa positif.

SBD: Apakah Minda positif yang Malek Maksudkan?

Malek: Seseorang peniaga mesti mempunyai minda yang positif sebab dalam bisnes kadang kadang apa yang kita pelan tak jadi , maka masa itu kita harus bersikap positif dengan mencari jalan lain . Misalanya dalam bisnes kita , kadang kadang stok tak habis jadi kita kena jual pada harga yang lebih rendah dari kos supaya kita dapat bawak masuk barang baru. Jadi kena positif.

SBD:Adakah seseorang itu perlu ada mentor dan siapa mentor malek?

Malek: Mesti kena ada , sebab kita boleh belajar banyak perkara. Mentor saya adalah rakan niaga saya, Bakar, dia banyak membantu saya memahami konsep perniagaan , bagaimana untuk membeli stok bau serta dimana untuk mendapatkan pemborong misalnya. Saya banyak belajar dari beliau.

SBD:Apakah yang menjadi satu sumber yang penting ketika memulakan perniagaan malek?

Malek: Sumber utama adalah pengalaman bekerja dalam bidang tersebut. Sebab sebelum jadi rakan niaga saya memulakan dengan bekerja dengan syarikat tersebut. Saya banyak belajar dan hingga hari ini saya masih berkerja seperti mana saya mula dahulu.Ini memberikan saya banyak pengalaman yang berguna yang dapat saya gunakan dalam perniagaan saya.

SBD: Apakah satu strategi pemasaran yang pada pandangan Malek yang amat efektif?

Malek: Saya rasa yang paling penting adalah hubungan denagn pelanggan. Sebab dalam bidang saya ini saya banyak berhubungan dengan persatuan persatuan . Dan saya mesti mempunyai hubungan yang baik dengan mereka supaya mereka akan memberikan saya peluang. Jadi relationship is important sekali. Kita mesti jaga pelanggan kita.

SBD: Apakah modal perlu dalam memulakan perniagaan ?

Malek: Mesti. Sesiapa yang nak mulakan perniagaan mesti melabur duit mereka sendiri. Ini sebab kalau tak kluarkan duit kita tak rasa komited. Kalau nak komit dalam sesuatu bisnes mesti labor duit sendiri. Kalau tak labor duit , mereka tak serious dalam bisnes.

SBD:Malek, apakah tip tip yang malek rasa amat perlu untuk menjadi seorang usahawan?

Malek: Saya ini bukan lah usahawan, saya ini pekerja saja. Saya lebih suka kalau dipanggil sebagai pekerja , senang untuk saya dan saya boleh buat kerja saya dengan lebih baik . Jadi mestilah seorang usahawan itu mempunyai sifat ingin bekerja kuat, mempunyai wang untuk melabur dalam bisnes , kalau takde duit jangan buat bisnes, berfikiran positif yang kuat, dan keberanian dalam menghadapi risiko bisnes.

SBD:Bagaimana dengan tanggung jawap terhadap keluarga , dan juga sebagai seorang personaliti dan perniagaan anda?

Malek: Keluarga mesti faham. Penting sekali, bagi malek , keluarga amat faham keadaan saya, ibu ayah , serat ibu mertua saya dan semua famili faham . Ini memudahkan saya untuk menumpukan perhatian pada perniagaan saya. Dalam hal masyarakat , anda mesti lah bersifat tidak sombong, mesti merendah diri walaupun dah famous macam mana pun , baru lah orang akan suka pada kita. Mesti kena hormat pada semua orang.

SBD: Malek , AbangAbu sendir boleh merasakan betapa serious sekali Malek mengenai bisnes. Apa pula rancangan masa depan malek dan perniagaan malek?

Malek: Untuk diri sendiri nak jadikan anak saya belajar seberapa tinggi, dalam perniagaan insya allah nak berkembang lagi besar. Semau pelan ini dilakukan oleh rakan niaga saya.

SBD: Terima Kasih Malek, sekali lagi

Malek: Sama Sama.

Itulah tadi sedutan temuramah yang dijalankan bersama Selebriti bulan ini.

AbangAbu juga dalam edisi ini ingin berkongsi antara tip tip emas yang AbangAbu cungkil dari diri Malek yang akan membantu anda semua.

1- Positif Mindset- Minda positif yang kuat

2- Humble – Sikap merendah diri dan menghormati

3- Focus – Tumpuan penuh dalam perniagaan

4- Serious – Dalam perniagaan perlu disiplin diri tinggi

5- Relationship Marketing – Hubungan rapat dan mesra dengan pelanggan

6- Family – Keluarga yang memahami keadaan dan perniagaan.

PS: JANGAN LUPA UNTUK JOIN SIMPAN Challenge

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *