Belia-Belia WOW

Baru baru ini AbangAbu @Mekanik$ berada di Kuala Lumpur menjalankan satu program khas belia belia yang bertajuk “Wang oh Wang”.

AbangAbu amat tersentuh dengan maklum balas dari peserta yang di khaskan sebanyak 30 orang dalam satu program. Belia belia ini mempunyai impian didalam diri mereka. Mereka ingin mencapai kejayaan untuk membuktikan kepada yang tidak mempunyai kepercayaan langsung pada diri mereka.

Dalam masa 2 hari bersama , AbangAbu dapat membentuk keyakinan yang tinggi dalam diri mereka, bukan itu sahaja , mereka juga diberikan alat alat untuk mereka memulakan perjalanan kejayaan mereka yang sebelum ini mereka tidak tahu apakah caranya.

Program ini membuka mata AbangAbu kerana terhadap jutaan belia belia yang seperti belia belia yang Abangabu berjumpa. Ini juga menjadikan AbangAbu lebih bersemangat untuk mencurahkan ilmu ilmu kewanganyang ada pada diri ini untuk mereka , supaya dapat mereka menafaatkan dalam hidup mereka.

Insya Allah, banyak lagi program seperti ini akan AbangAbu jalankan di serata Malaysia dalam misi hidup AbangAbu ini.

Sesuatu yang berlainan dalam program WOW ini adalah , belia belia ini akan AbangAbu pantau dan terus menjalin perhubungan menerusi satu sistem pantauan menerusi internet.

Mesej kepada semua pembaca blog abangabu.com dari AbangAbu adalah supaya sentiasa memberikan sokongan kepada belia belia ini kerana apa yang mereka inginkan adalah kepercayaan dari orang lain terhadap diri mereka. Ini adalah antara satu sedekah yang terbaik seseorang insan berikan pada seorang insan yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *