PASSPORT:101010 The Making- Part 1

Salam cabaran buat semua yang saya kasihi.

AbangAbu telah memulakan satu inisiatif untuk masyarakat melayu kita yang AbangAbu namakan PASSPORT : Cabaran 101010.

Ramai yang ingin tahu akan lebih lanjut mengenai inisiatif ini.Akan AbangAbu terangkan segala galanya.

Bagi yang belum mengenali AbangAbu mungkin merasakan ini adalah satu lagi program kesedaran, bagi yang mengenali pula ada yang faham akan tujuan dan terus menyokong serta membantu dalam mencapai matlamat PASSPORT:Cabaran 101010 .

Ada pula memnyimpan perasaan iri hati dan tidak mempunyai niat untuk meyokong langsung walaupun sedar dan tahu akan nilai untuk masyarakat melayu Singapura.

AbangAbu akan mula menulis semua yang berlaku dari tercetusnya idea ini hingga ke hari perlaksaan inisiatif ini pada January 2011 nanti. AbangAbu perlukan sokongan padu dari semua yang mahu melihat perubahan keadaan ekonomi masyarakat melayu.

Bermula dari diri sendiri dan seterusnya keluarga yang akan menjadikan masyarakat melayu lebih perkasa dalam hal ekonomi yabg boleh membawa pelbagai kejayaan dalam segala bidang bidang lain termasuk keilmuan dan kekeluargaan.

Usaha AbangAbu untuk PASSPORT: Cabaran 101010 berniatkan untuk yang maha pencipta. Dimulakan dengan niat untuk membantu diri sendiri , keluarga serta keseluruhan masyarakat melayu singapura.

Inisiatif ini tercetus pada awal tahun lalu di Kuala lumpur ketika AbangAbu bersama sama dengan rakan karib AbangAbu , Dr Irfan Khairi.

Sedang makan makan danberbuakl mengenai satu project bersama dengan beliau AbangAbu terlihat satu tajuk 101010 yang mana ramai orang mendaftarkan untuk melangsungkan perkhawinan mereka.

Dalam Fikiran AbangAbu pula bermain satu idea untuk memulakan satu inisiatif untuk membantu masyrakat melayu. Ketika itu hingga kini Abangabu masih menjalankan program program bersama agensi pemerintah dalam membantu masyarakat melayu dalam hal hal kewangan seperti PROGRAM BIJAK BELANJA yang mendapat perhatian perdana menteri Singapura juga.

AbangAbu sedar akan kepentingan ilmu kewangan ini dalam menjadikan masyarakat yang berpendapatan rendah dalam mengharungi kehidupan seharian. AbangAbu terperanjat sekali dengan melihat akan betapa susah kehidupan harian antara saudara melayu kita. Dan masih ramai lagi memerlukan bantuan sentiasa. Puncanya juga kerana tiada ilmu kewangan serta tiada simpanan.

Setelah hampir 2 tahun membantu pihak MENDAKI dalam menyemai ilmu kewangan dan mula menampakan sedikit hasil dengan melihat ada keluarga yang sudah boleh berdikari.

Kemudian dalam masa rapat umum national Day 2009 . PM Lee telah menyarankan agar masyarakat melayu mula menyimpan dan jangan terlalu boros. Beliau telah juga mengingatkan statistik kaum melayu yang tidak ada simpanan. Ia amat merungsingkan kerana keseluruhan ekonomi singapura juga terbabit.

Disinilah terciptanya idea SIMPAN Challenge yang istimewa dalam membantu masyarakat melayu menabung. Satu kempen yang berjaya mendapat sambutan baik dari semua golongan masyarakat , dari menteri , media serta masyarakat keseluruhannya.

SIMPAN CHallenge berlangsung selama hampir 30 hari dalal membantu memberikan tip tip praktikal dalam seni menyimpan. Hasilnya telah dilihat sendiri dengan liputan meluas didalam akhbar harian melayu Berita Harian.

Amat menggembirakan diri AbangAbu adalah ucapan terima kasih yang tidak putus putus dari peserta pesrta yang menjangkau lebih 900 orang. Ini menjadikan diri AbangAbu lebih bersemangat dalam meneruskan perjuangan untuk mempertingkatkan keadaan ekonomi masyarakat melayu

Akan AbangAbu sambung the MAKING of PASSPORT: cabaran 101010 esok.

Sertai PASSPORT: Cabaran 101010 sekarang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *