This Week Entrepreneur – MARIAM

Hari ini seorang lagi anak muda yang terjun dalam bidang perniagaan setelah tamat pengajian beliau…
Apa yang mendorong beliau , apa cabaran yg di temui sebagai orang yang baru , padangan dan juga rancangan beliau ..

Jom kita kenal dengan lebih rapat usahawan ini …

MARIAM

1)What kind of business do you have? What inspired you to become an Entrepreneur business owner?

1) Mempunyai dua bisnes. Bisnen pertama ialah Yumny HQ yang diasaskan oleh ibu saya Dr.Khadijah seorang doktor dalam bidang wanita dan kanak kanak yang berpengalaman selama 30 tahun. Saya dilantik sebagai pegawai pemasaran syarikat. Bisnes kedua ialah Roti Canai Frozen yang diasaskan oleh suami saya sendiri iaitu Muhammad Hakim. Roti Canai Frozen yang dihasilkan sendiri oleh beliau adalah sebagai pendapatan sampingan dan dibantu oleh isterinya dalam menyusun atur kerja dan memasarkan produk serta kerja kerja production.

2)Did you need to have a certain mindset to achieve success?
2) Ya, saya memerlukan mindset yang meyakinkan saya untuk melihat hasrat ibu bapa saya tercapai untuk menjayakan bisnesnya serta melihat bisnes suami saya berjaya. Saya juga telah meletakkan beberapa perkara untuk saya capai dalam hidup seperti yang telah saya buat dalam vision board saya. Saya telah meletakkan sejumlah yang saya perlu capai dalam masa sebulan dan seharian untuk memastikan perjalanan saya tidak lari dan mencapai target yang telah saya buat.

3)Have you noticed certain advantages to being an entrepreneur business owner?
3) Ya saya melihat bisnes salah satu jalan mudah untuk meningkatkan pendapatan dengan lebih cepat. Lebih banyak usaha saya lebih banyak saya akan dapat. Bisnes juga buat saya sentiasa berfikir secara kreatif dan sentiasa berdikari serta lasak dalam keadaan susah. Bisnes sentiasa buat saya bergantung dengan Allah dalam setiap usaha yang saya buat.

4)Is it difficult to get financing for businesses? If so why and are there any solutions?
4) Pada permulaannya agak sukar untuk mendapatkan modal untuk bisnes sendiri, tetapi setelah saya tahu bahawa perlu ada penpatan dan tabungan untuk dijadikan modal bisnes sepenuhnya maka saya rasa lebih senang untuk menguruskan kewangan dalam bisnes.

5)Did you have a mentor to help you get started?
5) Ya saya telah dibantu oleh Abang Abu yang banyak mengajar saya dalam menguruskan wang.

6)Approximately how much money did you invest before your business became profitable?
6) Untuk bisnes Yumny HQ saya tidak mengeluarkan modal sendiri tetapi mak saya menggunakan EPF beliau. Roti Canai pula suami saya mengeluarkan modal RM50, beliau juga mengembangkan bisnes yang telah dijalankan oleh ibu dan ayahnya.

7)What resources were most helpful to you when you were starting your business?
7) Sebagai seorang pegawai pemasaran, saya banyak menceburi bidang jualan, saya pernah menjadi dropship dan menjual banyak benda untuk saya dapatkan banyak ilmu dan skill. Saya juga suka melihat cara influencer dan tokoh yang pernah berjaya untuk saya perhatikan cara mereka berniaga sehingga berjaya. Saya juga banyak menyertai kursus kursus bisnes yang dijalankan oleh INSKEN dan beberapa agensi untuk menambah ilmu.

8)What ways have you found to be most effective in marketing your product or service to get sales?
8) Cara paling berkesan dalam pemasaran ialah mencari sasaran yang tepat untuk melakukan promosi. Sentiasa tunjuk dan perkenalkan apa yang dijual kepada orang ramai. Menambah lebih banyak kenalan dan menyokong antara satu sama lain.

9)What tips can you give others who want to embrace their dream but, don’t have the confidence or feel they don’t have what it takes to succeed?
9) Tetapkan matlamat sejak dari awal, tetapkan objektif secara berperingkat untuk dicapai dan pastikan keep on track dalam mencapai matlamat. Sentiasa bersama orang orang yang positif dan yang ingin berjaya untuk kita mendapatkan aura positif. Sentiasa berguru dengan guru yang betul untuk kita mendapat panduan dalam melakar pelan untuk mencapai matlamat kita. Yang paling penting sentiasa bergantung dan tawakkal kepada Allah.

10)How do you manage juggling the responsibilities of being a entrepreneur?
10) Saya sentiasa berserah kepada Allah dan berdoa untuk diberikan kekuatan. Saya juga sentiasa berusaha untuk mencari semangat dengan menghadiri program atau kelas. Saya sentiasa membuat rekod apa yang telah saya lakukan untuk muhasabah dan memperbaiki apa yang telah dilakukan.

11)What Nest for you ?
11) saya ingin mencapai financial freedom tahap 3!

One Comment

  1. Asyurah

    Tahniah mariam moga berjayer mencapai impian serta menjadi seorg usahawan yg berjayer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *