Belia dan Bisnes 10oct2008 berita harian

BELIA & BISNES

TIP URUS WANG KETIKA EKONOMI TAK MENENTU

Oleh
Abang Abu
APA khabar semua? Kita baru sahaja menyambut Hari Raya Puasa, mungkin ada yang masih merayakan Hari Raya dan ada juga yang sudah memulakan kembali kehidupan seperti biasa.

Dalam rencana hari ini, AbangAbu ingin menekankan kepentingan pengurusan kewangan kerana ekonomi seluruh dunia dijangka terus berada dalam keadaan lembap.

AbangAbu ingin membincangkan beberapa ciri penting yang anda harus beri perhatian dalam membentuk keadaan kewangan sihat dalam bisnes dan juga hidup anda.

  • Disiplin
  • Untuk menjadi seorang pengurus kewangan yang cekap, sifat ini paling penting.

    AbangAbu banyak sekali perhatikan bahawa sifat inilah yang menentukan sama ada seseorang itu berjaya dalam bidang kewangan.

    Pada suatu ketika dahulu, AbangAbu berpengalaman hutang bertimbun kerana tidak berdisiplin ketika berbelanja.

    Sejak mula mengamalkan sifat disiplin ketika berbelanja untuk membayar balik hutang, ia telah menjadikan keadaan kewangan AbangAbu lebih baik.

  • Bajet
  • Mula buat bajet bagi segala perbelanjaan yang anda ingin lakukan.

    Jangan ambil sikap sambil lewa dalam perkara ini. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu serta lembap, membuat bajet bagi segala perkara yang melibatkan kewangan adalah amat kritikal.

  • Simpan Rekod
  • Sikap menyimpan rekod perbelanjaan tidak kira besar atau kecil amat penting. Anda tidak perlu menggunakan sofwe canggih untuk perkara ini. Sebaliknya, nota kecil pun boleh melakukan tugas ini dengan sempurna.

    Jika anda benar-benar ingin menjadi pengurus kewangan yang berjaya, sifat ketiga ini amat penting. Anda juga perlu amalkan sifat ini secara berdisiplin serta konsisten.

    Pada akhir setiap bulan, pastikan anda melihat perbezaan perbelanjaan anda berbanding bajet yang anda buat sebelumnya. Tuliskan perbezaannya.

  • Sambut kejayaan
  • Setiap kali anda berjaya melakukan perbelanjaan yang tidak melebihi bajet, pastikan anda meraikan kejayaan itu.

    Jangan pula anda meraikannya dengan perbelanjaan besar pula, sebaliknya jadikan kejayaan itu sebagai pendorong menjadi pengurus kewangan lebih bijak.

    Jika anda dapati bahawa anda sentiasa melebihi bajet, maka anda harus memberikan perhatian serius terhadap perkara itu. Anda harus lebih berdisiplin dan berhati-hati dalam segala yang anda lakukan.

    AbangAbu percaya dan yakin bahawa anda akan dapati empat sifat yang AbangAbu bincangkan ini mampu memantapkan keadaan kewangan anda.

    Sila layari www.abangabu.com untuk keterangan lanjut serta tip-tip perniagaan yang lain. Untuk maklum balas serta pendapat, sila e-mel abangabu@nowasia.sg. Idea yang baik akan mendapat hadiah.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *