Belia dan Bisnes:Petua dapatkan untung daripada niaga bulan Ramadan

Mudah cetak
E-mel

31 Julai 2009

EKONIAGA

BELIA DAN BISNES BERSAMA ABANG ABU


Petua dapatkan untung daripada niaga bulan Ramadan

APA khabar semua?

AbangAbu merasakan bahang bazar Ramadan sudah bermula. Anda yang akan menjalankan perniagaan pada musim ini sudahkah bersedia?

Sudahkah anda membaca mengenai langkah-langkah niaga pada bulan Ramadan dalam rencana lalu? Bagi yang tidak berkesempatan, anda boleh melayari blog www.abangabu.com.

Hari ini, AbangAbu akan berkongsi enam lagi petua bagi memastikan perniagaan anda menguntungkan.

(1) Dapatkan perhatian media. Semua orang pasti ada berita untuk disampaikan kepada orang ramai. Cara terbaik ialah menerusi media – media cetak, radio atau televisyen. Tulis rencana ringkas yang dapat menarik perhatian media.

(2) Ramai wartawan dan penerbit televisyen dan radio memerlukan berita untuk disiarkan. Hantarkan berita kepada mereka yang membuat liputan. Sentiasa dapatkan sesuatu yang unik dalam produk atau khidmat anda dan yang mungkin menarik untuk disiarkan. Wartawan juga manusia biasa dan mereka menerima beratus-ratus e-mel dan berita untuk disiarkan. Rencana yang menarik akan mendapat perhatian mereka.

Berita mengenai produk atau khidmat anda yang tersiar dalam media akan mendapat perhatian orang ramai yang ingin mendapatkan khidmat anda.

(3) Mulakan blog dan menulis mengenai khidmat atau produk serta perniagaan anda di alam siber akan cepat mendapat perhatian ramai. Anda juga boleh menulis e-report (e-book) yang ringkas untuk pengunjung blog anda. Ini juga akan memberikan reputasi yang tinggi kepada anda.

Anda juga boleh menghantar rencana anda ke semua pihak media alam siber.

Anda tidak perlu mengeluarkan wang dalam memulakan blog sendiri. Ia seperti menulis diari; begitu mudah sekali. Dapatkan blog percuma daripada www.blogger.com.

(4) Mulakan sesuatu kempen mengenai produk atau khidmat anda. Memulakan kempen bagi membantu masyarakat akan menolong membina dan menguatkan reputasi perniagaan anda. Dapatkan pakar-pakar dalam bidang anda untuk memberikan taklimat kepada pelanggan anda.

Contohnya, Mendaki yang memulakan kempen ‘Bijak Belanja’ menggalak masyarakat berhemat pada musim perayaan. AbangAbu sendiri akan memulakan kempen menabung mulai September ini bagi menanam sifat menabung dalam kalangan masyarakat.

(5) Rebut peluang berucap. Satu cara terbaik memperkenalkan khidmat serta produk anda ialah dengan mendapatkan peluang berucap di depan khalayak.

Salah seorang usahawan yang AbangAbu latih telah mendapat banyak tempahan kuih pada musim perayaan ini dengan cara ini.

Anda boleh berhubung dengan Kelab Masyarakat setempat bagi mendapatkan peluang berucap. Kebanyakan kelab ini mencari idea untuk kegiatan mereka. Sediakan profil dan kepakaran anda dan hantarkan kepada mereka.

Anda juga boleh menyertai Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) dan kelabkelab perniagaan yang memberi peluang kepada anggota mereka mempromosikan produk masing-masing.

(6) Anda juga boleh memanfaatkan teknologi maklumat (IT) dalam mendekatkan diri kepada bakal pelanggan anda.

Dapatkan bantuan rakan-rakan anda dalam memanfaatkan rangkaian sosial alam siber.

Facebook, Multiply, My Space, YouTube adalah antara rangkaian luas untuk anda bina hubungan niaga.

Jangan lupa join SIMPAN CHALLENGE by clicking htttp://www.abangabu.com/simpan-challenge/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *