Belia dan bisnes: Pentingnya Semangat AKU BOLEH

EKONIAGA

BELIA & BISNES
Pentingnya menanam semangat ‘aku boleh’

Oleh
Abang Abu
APAKAH persiapan anda sebagai seorang usahawan dan peniaga dalam merealisasikan matlamat yang telah dilakarkan oleh Jawatankuasa Strategi Ekonomi (ESC)?

AbangAbu merasakan usahawan-usahawan Melayu perlu berusaha gigih sekiranya hendak mencapai matlamat tersebut.

Apakah yang harus dilakukan supaya usahawan Melayu juga dapat melangkah ke persada dunia dan boleh bersaing dengan syarikat-syarikat gergasi?

Dalam mencapai matlamat tersebut di kalangan usahawan, maka penekanan terhadap minda perlu diberi perhatian rapi.

Masyarakat usahawan Melayu harus mengorak langkah dengan mempelajari pelbagai ilmu serta kemahiran baru dalam mencapai matlamat ESC.

Sebagai permulaan:

  • Pertama, anda perlu lebih bersikap yakin akan kekuatan diri sendiri serta perniagaan anda.
  • Sifat tidak yakin inilah yang telah menyebabkan kebanyakan perniagaan dan produk masyarakat Melayu tidak dapat menembusi pasaran antarabangsa.

    Ini bukan disebabkan mutu produk yang kurang baik, sebaliknya gara-gara usahawan atau peniaga kita tidak mempunyai keyakinan yang tinggi.

    Anda harus berasa yakin terhadap diri anda sendiri serta perniagaan anda. Antara faktor yang boleh memberikan keyakinan yang tinggi adalah dengan mendapatkan kemahiran-kemahiran yang baru.

    Dapatkan pelbagai ilmu perniagaan seperti pengurusan dan pemasaran. Hadirkan diri anda di seminar-seminar teknologi yang dijalankan. Contohnya, Seminar Untung Internet akan memberikan banyak pengetahuan baru kepada anda. Ini akan memberikan keyakinan baru kepada diri anda.

    Banyak buku boleh memberi idea serta pengetahuan baru dalam perniagaan.

    Bagaimanapun, apa yang AbangAbu tekankan di sini ialah ilmu itu hanya akan membuahkan hasil jika anda mempraktikkannya.

  • Kedua, anda tidak boleh lagi memberikan alasan menghadapi pelbagai cabaran. Dalam mencapai sesuatu matlamat baru, sudah pasti pelbagai cabaran akan menjelma di hadapan anda. Maka di sinilah usahawan Melayu kita perlu membina semangat ‘aku boleh’ atau I can spirit.
  • Dalam perjalanan AbangAbu sendiri, sifat itulah yang telah memberikan kekuatan menempuh pelbagai cabaran dan rintangan perniagaan.

    Setiap individu yang mahu berjaya perlu menanamkan benih ‘aku boleh’ di dalam minda mereka.

    Kekata ‘aku boleh’ ini harus sentiasa diucapkan supaya anda mendapat semangat serta kekuatan bagi menempuh segala cabaran.

    Saru cara untuk anda menanamkan sifat ini adalah dengan mempelajari kisah hidup orang yang telah berjaya. Membaca biografi mereka serta bertemu dengan mereka akan menyemarakkan semangat ‘aku boleh’ dalam jiwa anda.

    Selain itu, anda juga boleh mendapat semangat dengan melihat sendiri usahawan kurang upaya.

    Esok, di Wisma Indah, AbangAbu akan menemukan anda dengan salah seorang daripada mereka – berkerusi roda sejak umur empat tahun.

    Tetapi satu prinsip yang telah menjadikannya usahawan berjaya adalah sifat ‘aku boleh’. Malahan beliau menyifatkan keadaannya itu sebagai satu anugerah daripada Tuhan.

    Dengan menyaksikan usahawan istimewa ini, pasti akan memberikan semangat ‘aku boleh’ yang tidak akan luntur dalam diri anda.

    Abang Abu amat berharap tip hari ini akan menjadikan anda lebih berkeyakinan serta mem÷punyai sifat ‘aku boleh’ dalam diri anda.

    Semoga anda semua akan merealisasikan matlamat ESC yang telah dilakarkan untuk kemajuan watan Singapura.

    Untuk maklum balas, sila e-mel ke abangabu@nowasia.sg atau layari blog www.abangabu.com bagi mendapatkan kemahiran lain.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *