AbangAbu memulakan PROJECT $$ sebagai asas SIMPAN CHALLENGE yang begitu efektif sekali. AbangAbu syorkan anda semua menyertai SIMPAN Challenge. Project $$ ini adalah untuk anda mengunakan satu jam dalam sehari untuk menjadikan kewangan anda lebih sihat dan sempurna.
Ini adalah segmen Project $$ yang ketiga. Mahu bincang mengenai kad kredit.
AbangAbu merasakan bahawa adalah baik untuk anda memintak pihak kad kredit anda memberikan potongan interest sekiranya anda mempunyai bayaran kredit yang perlu dibayar setiap bulan. Anda hanya memerlukan angaran satu jam sahaja dan waktu ini boleh menjimatkan jumlah wang yang banyak pada jangka waktu panjang.
Caranya amat mudah, cuma anda harus bersikap tegas dalam mendapatkan potongan.
Pertama, Anda dapatkan kad kad kredit yang telah anda gunakan dan mempunyai hutang kredit yang perlu di lunaskan dan belum dibayar sepenuhnya. Jika anda tidak pernah mempunyai hutang atau sentiasa membayar apa yang anda gunakan , sebarang potongan sukar didapati kerana anda bukan pelanggan yang membawa keuntungan kepada pihak bank, Sebaliknya jika anda sentiasa mempunyai kredit yang belum dibayar maka pihak kad kredit akan memberikan potongan kepada anda.
Setelah anda mendapat semua kad kad yang memang anda punyai kredit yang belum dibayar, sila dial nombor talipon yang tertera di kad tersebut. Anda harus berhubung dengan supervisor dan bukan operator sahaja. Anda harus meminta talian anda disambungkan kepada supervisor kerana selalunya pihak pertama yang menjawap panggilan anda tidak mempunyai kuasa untuk memberikan apa apa potongan. Jika anda tidak diberikan peluang maka katakan kepada mereka anda ingin membatalkan kad kredit anda.
Kini anda boleh memberitahu supervisor yang anda inginkan potongan, kebiasaanya mereka akan mengurangkan kadar interest kepada anda, jika mereka tidak mahu berikan potongan , maka katakan kepada mereka anda ingin menukarkan semua kredit ke kad kredit yang lain yang memberikan kadar faedah 0% , ini selalunya akan menjadikan supervisor atau syarikat kad kredit ini memberikan kadar interest yang lebih rendah. Jika taktik ini juga tidak menjadi maka beritahu mereka anda menghadapi kesukaran untuk membuat abayaran dan ingin interest dikurangkan , selalunya taktik ini akan membuahkan hasil yang baik. Jiaka semua taktik yang dibincangkan tidak diterima , maka ucapkan terima kasih kepada mereka dan letak talipon anda.
Dengan hanya melakukan semual proses diatasa ke kad kredit yang lain juga , anda akan dapat mengurangkan kadar interest yang boleh menjimatkan anda wang yang banyak.
Contoh, jika anda mempunyai kad kredit yang mempunyai hutang sebanyak $2000 denagn kadar interest 18.9% dan anda mendapat potongan kadar interest ke 12.9 . Ini adalah penjimatan sebanyak $120 dengan hanyasatu panggilan ke bank.
Jadikan sejam sehari anda, memberikan keuntungan jangka panjang dalam kehidupan serta kewangan anda.