Project $$ ini adalah untuk anda mengunakan satu jam dalam sehari untuk menjadikan kewangan anda lebih sihat dan sempurna. $ehari $ejam adalah inisiatif AbangAbu dalam menjadikan masyarakat Melayu menjadi lebih vibrant dalam dunia kewangan.
Semua yang mengikuti Project $$ merasakan kesan yang positif dalam keadaan kewangan mereka. Setiap yang paling baik tidak semestinya berbayar.. Teruskan dan kongsikan juga dengan teman teman dan kenalan anda supaya sama sama mendapat manfaat.
Hari ini dalam $ehari $ejam AbangAbu ingin mengambil kesempatan hari Ahad( hari keluarga bagi ramai ) untuk memberikan satu kaedah yang boleh menjimatkan wang. Selalunya hari Ahad adalah dimana sesebuah keluarga akan keluar bersama sama dan menghabiskan masa bersuka ria dan menjalinkan hubungan keluarga supaya lebih kukuh lagi. Bagaimana pun selalunya bersama sama masa duit juga akan sama sama habis!!!!!!
Hari ini AbangAbu ingin memberikan kaedah untuk bersama sama keluarga juga tetapi tidak lah banyak membuang duit. Dapatkan jadual serta waktu waktu di hujung minggu dimana banyak aktiviti aktiviti yang dilakukan dikawasan perumahan anda. Misalanya aktiviti masyarakat di kelab masyarakat, Di masjid masjid kawasan anda. Ini sebenarnya banyak menjimatkan serta menemukan anda dengan kenala kenal baru dan juga mungkin yang lama tidak ditemui.
AbangAbu juga bersama keluarga telah mula lakukan aktiviti aktiviti dua bulan kebelakang ini dan dapat menjimatkan wang yang tidak kami sangak boleh dijimatkan, serta juga dapat bertemu banyak rakan rakan baru dalam proses ini.
Untuk $ehari $ejam AbangAbu ingin anda dapatkan semua aktiviti yang dijalankan di kawasan perumahan anda atau berdekatan. Ini boleh dilakukan dengan melayari internet lelamam kawasan anda, juga majalah atau surat khabar, dan juga dari kenalan kenalan anda.
Salam project $$,
AbangAbu
PS: RESPONSE DARI PESERTA SIMPAN CHALLENGE – UPDATE EVERYWEEK
UPDATES OF OUR SEMINARS AND WORKSHOP By NOWASIA
MAP untuk KAYA – workshop kewangan melayu yang paling laris di singapura.
SIMPAN Challenge – Dapatkan tip tip menyimpan dan menjana $1000 dalam masa sebulan.
MAP2BRICH – The most effective money and wealth ecoaching program just for less than 10 cents a day.
COMING SOON – GERAJ WANG oleh AbangAbu in January 2010 Di Kuala Lumpur, Malaysia.