Mula 1 je , sekarang dah 30-100 setiap minggu !!

Alhamdullillah, Apa yang kita niatkan untuk diri kita juga baik kalau kita berikan peluang yang sama pada kenalan lain.

Begitulah bermula nya Apa yang Abangabu mulakan hampir 16 bulan lalu , AA hanya sedeqah satu pack dan tambah 5 pack dan seterusnya 10 pack regular … Dan akhirnya menjadi 15 bungkus . Dan masa inilah AbangAbu rasa seolah terpanggil untuk ajak kawan kawan dan kenalan lain juga sama sama derma makan amal setiap jumaat .. dan akhirnya AA mulakan satu telegram group yang sama juga mahu derma setiap minggu .

Tidak ada paksaan , ikhlas apa pun jumlah yang mereka nak dermakan , dan ada masa ianya meningkat sehingga 150 bungkus . Sasaran AbangAbu setiap minggu dapat 100 bungkus alhamdullilah .

Hari ini , dapat dalam 46 bungkus hasil derma dalam 5 orang alhamdullilah . AA akan terus melakukan ini , kerana ianya memberikan satu rasa kepuasan dalam diri dan juga AA yakin kesannya BEST BEST BEST .

ika anda yang juga ada niat nak sedeqah makan setiap jumaat boleh lah buat sama sama dengan group AA ni k….


JEMAAH MENGAMBIL MAKAN AMAL DI MASJID AL FALAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *