Home EKONIAGA NEWS
Category

EKONIAGA NEWS

Alhamdullilah , Assalamualaikum ,

Selalunya dalam masa anda di landa pelbagai ujian adalah masa tebaik untuk melihat banyak perkara.

1. Anda dapat lihat kekuatan diri anda sendiri dalam menghadapi ujian tersebut. Bagaimana kekuatan mental anda dalam menangani pelbagai emosi yang melanda, Anda akan faham diri anda sendiri.

2. Anda juga dapat melihat dan merasai pelbagai perasaan serta kreativiti anda sendiri. Anda mula paham akan potensi diri anda yang mungkin selama ini terpendam atau tidak pernah menjelma.

3. Anda juga akan melihat akan gugurnya kawan kawan anda yang anda ingatkan akan membantu anda ketika anda di landa ujian , malahan anda akan tahu akan siapa yang sebenarnya kawan kawan anda yang anda boleh harap kan , juga anda akan tahu siapakah yang amengambil kesempatan dan memang tidak boleh di harapkan.

4. Anda mula membentuk perjalanan anda dengan lebih keyakinan serta juga wawasan yang lebih baik yang muncul dari pengalaman dari peristiwa dan akibat dari ujian ujian yang berlaku .

AbangAbu ucapkan terima kasih kepada semua rakan rakan saya yang membantu saya ketika pelbagai dugaan dalam hidup saya . Saya juga ucapkan terima kasih yang mula mengasingkan diri dari saya kerana dugaan dugaan dalam hidup saya kerana sikap anda menguatkan diri saya .

yang lagi BEST ada yang dulunya bukan main memuji malahan menjadi orang kuat dalam perjalanan saya tiba tiba berpaling tadah tanpa apa apa berita atau apa apa penerangan malahan membuat andaian sendiri….. Saya syukur sangat Allah tunjuk kan orang orang seperti anda agar saya berwaspada .

BEST BEST BEST

January 3, 2016 0 comment
3 Facebook Twitter Google + Pinterest

Assalamualaikum. Sebagai mengaktifkan kembali blog AbangAbu yang sepi tanpa update ….

Ini slot yang interesting sebab AbangAbu akan jawap semua soalan yang diajukan pada saya.

Ini email yang saya terima :

Asm. Abg nak tanya
1) apa makna kejayaan dlm perniagaan? Jadi kaya ker?
2) kalau dah berniaga 6 tahun tapi tak berkembang. Adakah gagal? Apa harus sy buat?
3)kalau niaga dah berusaha bersungguh & sudah bertawakal kpd Nya tapi hasilnya gagal apa nak buat?

Harap Abg abu blh beri nasihat yg membina

1) Apa makna kejayaan dlm perniagaan ? Jadi Kaya ker?

Sebenarnya kejayaan dalam maksud tersendiri adalah berlainan dari seorang dengan seorang yang lain. Bagaimanapun dalam perniagaan , kejayaan selalunya diasaskan dengan kejayaan kewangan mereka dan juga brand sesuatu perniagaan tersebut.

Bagi saya kekayaan adalah semulajadi apabila sesebuah perniagaan itu berjaya. Jadi kekayaan bukan boleh diukur dengan sendirinya.

Menjadi kaya pula adalah pilihan seseroang dan menjadikan diri anda kaya dari segi kewangan boleh membuka pelbagai peluang lain dan juga pembentukan perniagaan yang lain.

Jadi kejayaan perniagaan untuk diri AbangAbu adalah apabila perniagaan itu boleh menambah nilai dalam kehidupan seseorang . Dan berapa ramai orang yang perniagaan tersebut bole menambah nilai akan memberikan jawapa dari segi kejayaan dan kekayaan perniagaan tersebut.

 

2) kalau dah berniaga 6 tahun tapi tak berkembang. Adakah gagal? Apa harus sy buat?

Soalan ini amat baik dan untuk menentukan sesbuah perniagaan intu berjaya setelah 6 tahun tapi tak berkembang.
Bertahan selam 6 tahun adalah satu kejayaan dalam sesuatu perniagaan kerana tempoh ini amat kritikal untuk perniagaan terus berkembang. Yang pentingnya pula dalam 6 tahun apakah yang telah dapat dihasilkan dari perniagaan tersebut.
jadi jawapan nya anda tidak gagal sekiranya perniagaan ini telah berjalan selama 6 tahun walau tiada keuntungan yang besar tetapi dapat bertahan, tetapi sekiranya perniagaan anda selama 6 tahun ini telah menjadikan perniagaan anda dalam keadaan hutang yang tinggi maka perhatian segera harus diberikan.

Apa yang anda harus lakukan sekarang adalah untuk memberikan perhatian kepada jenama anda . Dimanakan jenama anda di hati atai minda seseorang. apa kekuatan kewangan anda ? adakah anda sudah mempunyai sistem perniagaan? SISTEM amat penting untuk perkembangan perniagaan . Jadi anda harus memberikan perhatian terhadap BRAND dan SISTEM anda . Juga pemasaran ( Marketing ) amat penting.

Juga anda perlu mendapatkan ilmu ilmu perniagaan yang kritikal seperti ilmu pemasaran dan ilmu kewangan perniagaan. Kedua kedua ini amat penting dan tanpa satu mungkin fungsi yang lain tidak efektif. Pastikan anda mula memberkan perhatian kepada dua dua faktor ini.

 

3)kalau niaga dah berusaha bersungguh & sudah bertawakal kpd Nya tapi hasilnya gagal apa nak buat?

maksud Tawakal adalah berserah kepada allah. Dan apabila kita berserah tiada perkataan GAGAL dalam minda kita kerana setiap yang berlaku pasti yang terbaik untuk diri sendiri. Bagaimanapun Berserah dan bertawakal juga bererti , tidak putus asa dan akan terus buat walaupun gagal beribu kali…. jadi ini adalah sesuatu yang harus difahamkan ,

Anda juga perlu berikan perhatian yang amat penting kepada MINDA anda. Apakah anda mempunyai  MINDA yang positif. Kebanyakan mereka yang tidak mendapat kejayaan yang diharapkan selalunya dari minda mereka yang penuh dengan negativiti. Seperti “susah nak berjaya dalam bisnes” ‘orang bisnes selalu bankrup” dan macam macam lagi . Ini adalah salah satu sebab paling utama mengapa ramai tidak berjaya.

Kedua , anda juga harus berikan perhatian tentang ACTION atau AKSI anda. Adakah anda melakukan dengan betul apa yang anda ingin lakukan itu. Adalah action anda ini sesuatu yang betul. Adakah langkah langkah yang anda lakukan memberikan hasil yang anda inginkan , kadang kadang anda perlu membuat perubahan pada aktiviti yang sedang anda lakukan . Jadi lihat kembali cara cara anda melakukan sesuatu. Ini termasuklah pemasaran , cara servis pelanggan , casa distribution, cara penerimaan wang dan pengurusan kewangan perniagaan anda.

Dan juga perlu mempunyai pelan pelan tertentu, kadang kala sesebuah perniagaan yang mempunyai potensi untuk berkembang maju mula gagal kerana tiada pelan pelan sambungan . Jadi pastikan anda mempunyai pelan pelan pendek dan juga berjangka masa panjang agar anda tahu mana arah perniagaan anda dan memberikan anda peluang untuk melakukan tindakan yang jelas akan pelan tersebut.
jadikan anda mempunyai M A P yang betul dan pastikan M+A+P ini bercantum dan membuah kan hasil yang amat efektif.

AbangAbu juga mensyorkan anda mendapatkan ebook ini sebagai membantu anda lagi

http://abangabu.com/books/manual-bisnes-dalam-7-hari/
Harap ini memberikan penjelasan kepada soalan soalan ini.

Sila email abangabu@nowasia.sg jika mempunyai sebarang pertanyaan.

December 26, 2012 0 comment
0 Facebook Twitter Google + Pinterest

Tahun 2012 , sudah pun dikatakan sebagai satu tahun yang kan menjalani ekonomi yang meleset di seluruh dunia, Ini disebakan pelbagai faktor. Nak tak nak diri semua induvidu akan juga merasai kesan akibat kemelesatan ekonomi ini.

SOALAN :Apakah yang paling penting untuk kita lakukan?

JAWAPAN: Dapatkan ilmu kewangan.

AbangAbu amat yakin bahawa 2012 akan menjadi satu tahun yang terbaik untuk anda sekiranya anda mendapatkan ilmu ilmu kewangan dalam mengharungi masa masa sukar 2012. Ilmu ilmu kewangan seperti membuat bajet, pengurusan kewangan, pelaburan, serta idea idea penjanaan wang  harus diberikan perhatian.

Jika anda masih lagi bingung dan tidak mahu menimba ilmu kewangan maka , anda akan terus akan menjadi lebih tertekan. Walau pelbagai bantuan yang diberikan oleh pelbagai pihak , masalah anda akan tetap sama dan tidak akan berubah jika tidak mendapatkan ilmu ilmu kewangan.

Jadi fokuskan pada tahun ini anda akan terus menimba ilmu ilmu kewangan.  Hadiri seminar seminar kewangan, baca majalah majalah kewangan dan buku buku kewangan dan teruskan amalan suka menyimpan.

Ini lah ayang harus dilakukan. Tiada lagi memberikan alasan walau selogik mana sekalipun alasan anda. Ilmu kewangan lah yang boleh membantu anda dalam tahun 2012 in.

Sebagai , memberikan anda sesuatu yang baik untuk dimulakan adalah dengan mendapatkan satu satunya DVD saya yang dihasilkan untuk membantu . 8 jam DVD yang akan membuka minda anda serta memberikan ilmu ilmu kewangan yang unik ada disediakan untuk anda, Jadi ambil peluang ini.  KLIK untuk maklumat

 

January 16, 2012 0 comment
0 Facebook Twitter Google + Pinterest

Apa yang anda akan lakukan apabila anda di fitnah?Apakah anda akan lakukan kepada orang yang menuduh anda dengan perkara yang tidak benar?

Jawapan bagi saya adalah sabar. AbangAbu mendapat berita dari seorang teman yang menghantarkan satu link di facebook yang memaparkan gambar saya bersama seorang teman saya. Dan gambar ini di gunakan dalam satu promisi untuk satu program penipuan dalam internet.

AbangAbu berharap semoga perkara ini juga menjadi pelajaran kepada pembaca pembaca Blog AbangAbu supaya sentiasa berhati hati berurusan dengan apa apa iklan dengan hanya melihat gambar sebaliknya pastikan anda membuat usul periksa sebelum membuat sebaran keputusan.

October 26, 2011 0 comment
0 Facebook Twitter Google + Pinterest

Yesterday on 11 jun 2011 , I was together with Iluvislam.com Imran Kuyobe and ESQ165 Pak Arif conducted a talk session for about 100 plus people at Cairnhill CC.

It was great session and one thing that i feel that was good that Imran Kuyobe shared for building a great business using the acronym  S A I L.

S that he mentioned is about sales, The most important to have in business is SALES. He mentioned about it is the single most important thing that an organization should focus on. The greater the sales the better that the organization will expand towards betterment.

June 12, 2011 7 comments
0 Facebook Twitter Google + Pinterest

It was a pleasure being as a speaker at Million Dollar Marketing Strategy which just finish at Roxy Square Hotel with Fadzuli Wahab, Suria Mohd  and Noor Mohamad.

After the session , i can see many are excited to get into taking action by signing up for courses that been offered by everyone.

First, Congratulations for taking that 1st STEP in investing in yourself by attending trainings and workshops.  This is what i had done many years ago , going for talks and signing up seminars after seminars spending more that $40k+ in the process .

Second , Beware that signing up and attending workshops alone will never a guarantee that you are going to be successful. It is more of the willingness to change and follow and do what you need to do.

Take small steps in getting there is important, as taking big leap when you are not ready, will just make you struggle and in pain as you are overwhelmed with things that might be painful for you to do it in a one go…. ( those who will do it are those people who have that hunger and pain to get there…..)

June 6, 2011 1 comment
0 Facebook Twitter Google + Pinterest

Today AbangAbu would like to ask you a question ? Would you like to have your business suddenly known by many people and be on TV, interviewed on radio , getting full page or even free publicities from News paper, Magazine and getting invitations from many organizations asking you to speak at their events?

If you dont want such things than , you dont have to click below. However If you want that to happen to you and your business than click below

June 2, 2011 3 comments
0 Facebook Twitter Google + Pinterest

Salam , Apakah tahun 2010 memberikan anda kejayaan dalam mencapai setiap matlamat? Bagaimana dengan matlamat kewangan anda? Bagaimana pula yang mempunyai matlamat memulakan perniagaan sendiri?Apakah anda melakukan apa yang perlu untuk mendapatkan apa jua matlamat yang anda tetapkan?

Bagi anda yang berjaya , tahniah AbangAbu ucapkan , Syabas. Bagi anda yang tidak dapat mencapai matlamat anda jangan risau kerana anda bukan keseorangan dalam perkara tersebut. terdapat ramai yang tidak dapat mencapai matlamat mereka.

Bagaimana dengan tahun 2011? Apakah anda sudah menulis matlamat baru? Apakah anda mempunyai apa apa strategi dalam mencapai matlamat kali ini?

AbangAbu membuat kajian apa antara perkara yang menyebabkan seseorang tidak mencapai matlamat kewangan.

Antara sebab sebab yang ketara dalam perkara ini adalah :
1) tiada masa dan terlalu sibuk
2) tiada idea
3)tiada modal
4) tiada rakan untuk membantu
5)tiada sokongan.

Sebagai satu cara untuk mengatasi perkara ini AbangAbu memperkenalkan satu program khas yang dibentuk untuk membantu semua yang ingin mencapai matlamat kewangan dan juga perniagaan mereka. Tidak kira anda melakukan apa apa perniagaan atau yang ingin dan mempunyai matlamat untuk memulakan perniagaan.

AbangAbu menamakan program ini
PASSPORT CABARAN 101010.

Ini bertujuan untuk menjadikan keadaan ekonomi diri dan keluarga melayu menjadi lebih perkasa. Abangabu akan menceritakan lebih lagi esok.

Apakah salah satu matlamat cabaran 101010?

mencapai $100,000. Dan AbangAbu akan berkongsi strategi yang boleh menjana $100,000 dalam masa 10 bulan. AbangAbu sendiri sedang dalam process mencuba strategi ini tanpa apa apa modal. Ianya amat memberangsangkan. Dan sebelum permualaan program PASSPORT Cabaran 101010 , AbangAbu akan mencapai matlamat tersebut.

Jangan sekali lagi anda hanya menulis matlamat tahun baru , sebaliknya jadikan matlamat anda menjadi kenyataan dengan menyertai PASSPORT Cabaran 1010101.

Salam kejayaan dari AbangAbu.

December 16, 2010 0 comment
0 Facebook Twitter Google + Pinterest

Pentingnya solat. Jadikan solat sebagai paling penting dalam hidup kita insya allah semuanya akan menjadi lebih mudah.

Solat menjadi ubat dan teknik untuk banyak perkara.

Dalam perniagaan seorang peniaga boleh mendapat banyak perkara melalui solat ini.

Stress ? Solat jangan tinggal. Solat wajib lima waktu akan menjadikan anda hilang stress. tak caya cuba lah.

Cepat marah? Solat jangan tinggal. lakukan solat sunat setiap waktu. Mest dah tak marah punya. Dah boleh sabar after tu.

Malas? konsisten setiap hari solat subuh berjemaah , kalau boleh dimasjid atau surau atau dirumah bersama keluarga.Lepas tu dah tak malas lagi.

Procastination atau sifat suka melambat-lambatkan?

Lakukan Sembahyang wajib tepat masuk waktunya. Paling lewat limat minit masuk waktu.

Insya allah, start dengan ini dulu. AbangAbu gerenti insya allah mesti jadi punya. Okie. Workshop paling free dan paling bernilai adalah solat. Jadikan solat sebagai appoinment business harian anda.

kalau nak tambah please share dengan abangabu. okie.

July 9, 2010 85 comments
0 Facebook Twitter Google + Pinterest

NIAGA DALAM TALIAN: (Dari kanan) Encik Shaheed, Master Arshad dan Abang Abu akan menjayakan bengkel mengajar peserta cara berniaga menerusi e-book dan pemasaran Internet. — Foto DPPMS

Mudah cetak
E-mel

4 Mac 2010

EKONIAGA

Bengkel maraton tingkat niaga Internet

Oleh
Rosebi Mohd Sah
MENGGUNAKAN Internet sebagai alat pemasaran baru untuk terus meningkatkan penjualan dan pendapatan bagi perniagaan baru mahupun perniagaan yang ada.

Bagi memanfaatkan sepenuh tujuan itu, Rangkaian Usahawan Muda Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) atau Yen@SMCCI akan mengadakan bengkel maraton tentang penggunaan e-book (buku elektronik) dan menggunakan Internet bagi tujuan meningkatkan penjualan perniagaan.

Bengkel sehari pada Ahad ini yang akan diadakan di bangunan Dewan, Jalan Pinang, disokong oleh syarikat perunding cara Internet, Ed Borhan Pte Ltd, dan Now Asia (Chicago Style LLP).

Bengkel itu akan menampilkan dua penceramah yang mahir dalam bidang Internet dan e-book – pemilik syarikat Ed Borhan Pte Ltd, Encik Nur Shaheed Borhan; dan pakar FaceBook dari Kedah, Encik Arshad atau lebih dikenali sebagai Master Arshad.

Berkerusi roda dan sebagai usahawan berusia 23 tahun, Encik Arshad belajar sendiri kursus-kursus Internet secara dalam talian selama setahun lebih untuk meningkatkan kemahirannya dalam pelbagai bidang Internet.

Dengan kemahiran teknologi maklumat (IT) itu, beliau, yang suka mengarang buku dalam bahasa Melayu di Malaysia, kini dapat menjual hasil karyanya menerusi Internet dan menjana sekitar RM13,000 ($5,400) sebulan.

‘Para peserta bengkel ini akan diajar bagaimana mencari pelbagai idea dan inspirasi untuk menulis e-book peribadi mereka sendiri dengan menggunakan sofwe e-book yang akan disediakan secara percuma semasa bengkel itu.

‘Satu lagi ilmu yang akan diajar kepada para peserta dalam bengkel itu ialah bagaimana memaksimumkan keuntungan perniagaan menerusi penggunaan pasaran Internet,’ kata Encik Abuayubul Ansari, Pengerusi Yen@SMCCI.

E-book peribadi dapat mengasingkan seseorang daripada pesaingnya. Ia boleh menggalakkan masyarakat awam supaya menjalankan perniagaan secara langsung dengan pemilik e-book peribadi itu.

Pelbagai maklumat dan tip seperti bagaimana untuk menentukan harga dan memasarkan e-book juga akan dikongsi dalam bengkel tersebut.

Bagi mereka yang tidak mempunyai komputer riba peribadi, bengkel itu telah mendapatkan syarikat penyewa komputer, Buttersnapz, untuk menyediakan komputer riba bagi para peserta semasa bengkel tersebut.

Seminar dalam bahasa Melayu itu akan diadakan dari 8.30 pagi hingga 8 malam dan disertakan dengan jamuan.

Bayaran $350 dikenakan bagi bengkel sepanjang hari itu. Namun Yen@SMCCI akan menyediakan cara pembayaran fleksibel bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan.

Mereka yang berminat boleh menghubungi syarikat NowAsia di talian 6220-0701 atau 9146-3164 atau 8364-7260.

YEN juga ingin berkerjasama dengan mana manapihak yang mengendalikan sebarang workshop dan latihan keusahawan. Sila hubungi pengerusi Yen AbangAbu di talian 91463164.

March 5, 2010 29 comments
0 Facebook Twitter Google + Pinterest
Newer Posts